Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Month: June 2015

Adakah Gangguan Jin Dalam Bulan Ramadhan?

Dikemaskini pada 12/05/2019 oleh Ustaz Abdullah

gangguan jin

Bila tibanya bulan Ramadhan, antara persoalan paling banyak ditanya oleh pesakit-pesakit saya ialah betulkah masih ada gangguan jin dalam bulan Ramadhan?

Persoalan mereka berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datangnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”

Adakah anda juga mempunyai persoalan di atas? Inshaa Allah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda jawapan berkaitan dengan persoalan tersebut.

Continue reading “Adakah Gangguan Jin Dalam Bulan Ramadhan?”

10 Jenis Rumah Yang Disukai Jin

Dikemaskini pada 10/10/2019 oleh Ustaz Abdullah

Selain dari mengganggu manusia, jin juga suka mengganggu kediaman manusia. Saya kerap didatangi oleh mereka-mereka yang minta saya agar memagar rumah mereka. Adakah kediaman anda diganggu oleh jin? Mari kenali 10 jenis rumah yang disukai jin.

1. Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering  walau pun pada musim kemarau.

Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat tinggal jin. Oleh sebab itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jika terdapat mata air, terlebih dahulu bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.

Continue reading “10 Jenis Rumah Yang Disukai Jin”

Kelebihan Bulan Ramadhan

Dikemaskini pada 23/01/2023 oleh Ustaz Abdullah

bulan ramadhan

Allah s.w.t telah berfirman di dalam kitab-Nya yang suci:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (Surah al-Baqarah ayat 183)

Pejam celik pejam celik, tak dirasa masa berlalu tersangat pantas. Bulan Ramadhan, bulan yang mempunyai pelbagai kelebihan, bulan yang dimuliakan Allah kini kembali lagi. Bersyukur kita kepada Allah dan mohonlah agar Allah ketemukan kita dengan bulan Ramadhan dan panjangkan umur kita agar dapat kita merebut segala kelebihan dan ganjaran di dalam bulan Ramadhan.

Continue reading “Kelebihan Bulan Ramadhan”

Bagaimana Nak Mengenali Bomoh?

Dikemaskini pada 10/10/2019 oleh Ustaz Abdullah

Dalam artikel saya yang lalu, saya dah pun kongsikan mengapa masih ramai orang suka berjumpa dengan bomoh. Percaya dengan bomoh. Jika anda baru menjumpai blog ini, boleh baca artikel tersebut di sini. Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pula bagaimana kita nak kenal bomoh. Pentingkah nak kenal bomoh ni? Jawapannya ya, sangat penting supaya kita tak terjebak dengan tipu daya bomoh. Ingat, bila kita dah mula berubat dengan bomoh, susah kita nak lepaskan diri.

Satu perkara yang tidak ada beza diantara bomoh sekarang dan bomoh di zaman Nabi dulu ialah, mereka ini mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang. Bagaimana mereka berani untuk mendakwa yang sedemikian? Ini kerana kebiasaannya bomoh ini akan mengadakan hubungan dengan jin. Maksudnya jin itulah yang menceritakan kepada bomoh apa-apa yang ditanyakan oleh masyarakat kepada sibomoh tadi.

Continue reading “Bagaimana Nak Mengenali Bomoh?”

17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu.

Dikemaskini pada 14/06/2019 oleh Ustaz Abdullah

Antara perkara yang paling disukai oleh syaitan ialah apabila ada manusia yang menyeru golongan mereka (jin dan syaitan) untuk dijadikan pendamping. Bukan sekadar itu, golongan jin dan syaitan ini dijadikan tempat oleh sebahagian manusia untuk meminta pertolongan. Ini kerana Iblis laknatullah telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan manusia sepertimana yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran:

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan aku sebagai sesat, pasti aku akan jadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya”. (Surah al-Hijr ayat 39)

Saka adalah satu perbuatan yang banyak diamalkan oleh masyarakat terdahulu, khususnya masyarakat Melayu. Istilah saka adalah merujuk kepada segolongan manusia yang mengadakan perjanjian dengan golongan jin untuk membantu golongan manusia tersebut melaksanakan segala impiannya.

Continue reading “17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu.”
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!