Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Hukum Orang Yang Mengaku Tahu Perkara Ghaib?

Dikemaskini pada 03/06/2015 oleh Ustaz Abdullah

ghaibKali ini saya akan menulis artikel yang mungkin akan menyebabkan beberapa pihak agak tersinggung. Tapi bagi saya sangat penting untuk saya kongsikan tentang perkara ini. Sebab dah banyak kali sangat dah pesakit-pesakit yang datang ke tempat saya merawat, bercakap tentang perkara ini.

Contohnya ada setengah pesakit yang datang nak dapatkan rawatan, bila saya tanya masalah apa, katanya masalah saka. Saya tanya kembali, bagaimana tahu? Katanya ada ustaz ini yang bagitahu. Saya tanya semula, adakah ustaz tu tahu melalui rawatan ruqyah? Katanya tak, ustaz tu tengok guna nama.

Benda-benda macam ini yang salah. Macam mana siustaz tu boleh tahu masalah pesakit tanpa pesakit ada dihadapannya? Maksudnya tanpa pesakit itu dirawat terlebih dahulu. Hanya melalui nama. Ada sesetengah ustaz ini pula, mengaburi mata pesakit dengan menggunakan kaedah solat hajat.

Kononnya melalui solat hajat boleh tahu siapa yang hantar sihir, siapa yang ada saka, di mana barang hilang, siapa jodoh kita dan macam-macam lagilah. Macam malam ini (semalam), ada seorang pesakit datang berjumpa saya bertanyakan betulkah ada orang yang boleh tahu perasaan seseorang.

Mereka yang mendakwa perkara-perkara begini sebenarnya dalam tidak sedar sudah pun meletakkan diri mereka dalam golongan manusia yang kononnya dapat mengetahui perkara ghaib.

Sebelum saya nak kongsikan apakah hukum seseorang yang mendakwa tahu perkara ghaib, saya nak kongsikan dulu apa yang dimaksudkan dengan perkara ghaib.

Apakah Yang Dimaksudkan Perkara Ghaib?

Definisi ghaib dan ertinya menurut bahasa ialah sesuatu perkara yang tidak nampak. Manakala maksud ghaib dari segi istilah ialah sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera, tetapi ada dalil dari al-Quran dan juga hadis yang menjelaskan tentang kewujudannya.

Oleh itu, menafikan atau tidak percaya wujudnya benda-benda ghaib ini samalah ertinya dengan mengingkari agama Islam itu sendiri. Selain itu perkara ghaib ialah perkara di luar jangkauan pancaindera manusia seperti perkara yang telah berlaku, contohnya kisah-kisah para Nabi yang Allah kisahkan di dalam al-Quran, benda yang akan berlaku pada masa akan datang, contohnya seperti tanda-tanda kiamat, seksa kubur, syurga, neraka, dan termasuk juga alam jin, seperti saka dan jin pendamping.

Hukum Mereka Yang Mendakwa Tahu Perkara Ghaib

Syeikh Muhammad bin Sholih al-Utsaimin rahimahullah pernah ditanya tentang golongan-golongan ini yang mengaku tahu perkara ghaib dengan pertanyaan berikut: “Apa hukumnya mereka yang mengaku tahu perkara-perkara ghaib?”

Beliau menjawab persoalan ini di dalam kitabnya Fatawa Arkan Al-Islam (hal. 40), “Hukumnya mereka yang mengaku tahu perkara ghaib ialah ia menjadi kafir, kerana ia adalah termasuk dalam golongan yang telah melakukan pendustaan kepada Allah ‘Azza wa Jalla”.

Ini kerana Allah s.w.t telah berfirman di dalam al-Quran surah an-Naml, ayat 65 yang bermaksud:

ghaib
Apa yang berlaku di langit dan di bumi semuanya dalam pengetahuan Allah.

“Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)”

Apabila Allah -Azza wa Jalla- memerintahkan Nabi-Nya Muhammad s.a.w untuk mengumumkan kepada kaumnya ketika itu bahawa tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. Apabila demikian, maka sesungguhnya orang yang mengaku tahu perkara ghaib telah mendustakan Allah Azza wa Jalla berdasarkan berita (ayat) ini.

Jadi, kalaulah anda berjumpa dengan golongan ini, cuba tanya kepada mereka ini, “Bagaimana kamu boleh tahu benda-benda ghaib ini, sedangkan Nabi s.a.w sendiri tidak mengetahui perkara ghaib?! Adakah kamu lebih mulia atau Nabi Muhammad yang lebih mulia ?!” Kalau mereka berkata, “Kami lebih mulia daripada Rasul”, maka mereka ini kafir, karena ucapan ini. Kalau mereka berkata, “Baginda lebih mulia”, katakan kepada mereka, “Kenapa Allah menghalang Nabi dari mengetahui perkara ghaib, sedangkan kamu sebagai umat Nabi boleh tahu?! Ini maksudnya kamu penipu”. 

Padahal Allah -Azza wa Jalla- sungguh telah berfirman tentang diri-Nya,

“(Dia adalah Tuhan) yang mengetahui yang ghaib, Maka dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Allah hendak melakukan demikian), Maka sesungguhnya Dia mengadakan di belakang dan di hadapan Rasul-Rasul itu Malaikat-Malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)”. (QS.Al-Jin : 26-27).

Ini adalah ayat kedua yang menunjukkan kafirnya orang yang mengaku tahu perkara ghaib. Allah -Ta’ala- juga sungguh telah memerintahkan Nabi-Nya untuk mengumumkan kepada kaumnya dari kalangan bangsa Arab dalam firman-Nya,

Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) Aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) Aku mengatakan kepadamu bahwa Aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: “Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?” Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?” (QS.Al-An’am : 50)”.

Oleh itu, kesimpulan dari artikel yang saya kongsikan ini ialah tidak ada seorang pun sebenarnya mengetahui benda-benda ghaib ini melainkan Allah s.w.t sahaja. Jika ada yang mengetahui perkara ghaib, mereka ini hanyalah dari golongan para Rasul dan itupun disebabkan oleh wahyu Allah.

Tetapi tetap juga Allah memerintahkan kepada para Rasul yang mengetahui perkara-perkara ghaib ini supaya menyampaikan kepada kaumnya bahawa hanya Allah sahajalah yang mengetahui persoalan ghaib. Jadi, jika selepas ini anda berjumpa dengan golongan-golongan penipu ini, tinggalkan dan jangan percaya dengan kata-kata mereka.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari terjerumus ke dalam golongan mereka yang mendustakan Allah dab Rasul-Nya.

(Sumber rujukan artikel ini boleh anda baca di laman web ini)


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

Follow saya di sosial media:

Apakah Hukum Orang Yang Mengaku Tahu Perkara Ghaib?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!