Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Maksud Tazkiyatun Nafs & Kepentingannya Dalam Perubatan Islam?

tazkiyatun nafs

Dikemaskini pada 28/09/2017 oleh Ustaz Abdullah

Apakah yang dimaksudkan dengan tazkiyatun nafs? Dan mengapa pentingnya proses tazkiyyatun nafs?

Tazkiyatun nafs berasal daripada dua patah perkataan, iaitu tazkiyah dan nafs. Tazkiyah berasal dari kata dasar Zakaa Yazku-Zakaa & Zakatan, yang beerti tumbuh dan juga bertambah.

Zakaa juga boleh bermaksud baik atau banyak kebaikan. Disamping itu boleh juga diertikan sebagai suci (sila lihat dalam Al-Mu’jamul Wasith, hal 396)

Manakala bentuk kata Tazkiyah dari kata Zaka yang diberi tambahan huruf kaf, sehingga menjadi Zakka-Yuzakki-Tazkiyatan yang berarti menumbuhkan, mengembangkan, memperbaiki, membersihkan, mensucikan dan menjadikannya baik serta bertambah baik.

Perkataan Zakka-Tazkiyatan di dalam pelbagai bentuk banyak kali disebutkan di dalam Al-Quran. Bahkan diulang-ulang sehingga 20 kali. 9 kali terdapat dalam ayat-ayat Makkiyah (ayat yang diturunkan sebelum hijrah), dan 11 kali di dalam ayat-ayat Madaniyyah (ayat yang diturunkan selepas hijrah Rasul).

Manakala perkataan An-Nafs pula boleh diertikan sebagai ruh/nyawa/jiwa, seperti di dalam ayat “Keluarkanlah ruh-mu”. Dalam ayat tersebut, ruh boleh difahami sebagai nafas, iaitu udara yang keluar dan masuk ke dalam tubuh manusia, melalui mulut atau hidung (lihat Al-Mufradat fii qoribil Qur’an, hal 501).

Selain itu, an-Nafs juga boleh beerti sebagai diri sendiri. Seperti dalam kalimat “Ja A huwa nafsuhu”. Yang bermaksud dirinya sendiri yang datang. Bukan wakilnya atau sesiapa pun (Lihat, Al-Mu’jamul Wasith, hal. 940).

Dan perkataan an-Nafs samada dalam bentuk tunggal atau jamak, disebutkan di dalam Al-Quran sebanyak 306 kali.

Jadi, menurut etimologis, tazkiyatun nafs bererti membersihkan jiwa, memperbaikinya, dan menumbuhkannya agar menjadi semakin baik serta mengembangkan potensi baik jiwa manusia.

Dari segi istilah pula, maksud tazkiyatun nafs menurut beberapa pandangan ulama ialah:

Menurut Abul Qasim Husain bin Muhammad, beliau lebih popular dikenal dengan Ragib Al-isfahani (wafat 502 H), beliau mengatakan bahwa Tazkiyatun Nafs adalah upaya manusia untuk mensucikan jiwa dan dirinya, sehingga ia mempunyai sifat terpuji pada dirinya di dunia tentunya dan kelak di akhirat mendapatkan pahala dan balasan yang besar.

Syeikh Sa’id Hawwa menjelaskan bahwa Taziyatun nafs adalah salah satu tugas utama para rasul, ia merupakan tujuan yang dicapai oleh orang-orang bertaqwa. Dan selamat atau celakanya manusia tergantung sikapnya terhadap tazkiyatun nafs, apakah ia mengambil berat terhadap permasalahan yang satu ini, atau acuh tak acuh dengan hal ini.

Karena tazkiyatun nafs adalah proses pembersihan jiwa dari segala kekotoran serta memperbaiki jiwa, maka tazkiyatun nafs dapat dilakukan dengan berbagai bentuk ibadah, perbuatan baik dan berbagai amalan shalih serta langkah-langkah mujahadah.

Setelah kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan tazkiyatun nafs, sekarang kita pergi pada persoalan yang kedua, iaitu apakah kepentingan tazkiyatun nafs ini.

Mengapa tazkiyatun nafs ini penting?

Tazkiyatun nafs ini sangat penting kerana hati kita setiap hari melekat daki-daki yang akan mengotorkan hati. Daki-daki ini disebabkan oleh dosa yang setiap hari kita lakukan. Apatah lagi dosa yang disebabkan oleh syirik.

Oleh kerana hati ini selalu berisiko melekatnya daki, yakni dosa, maka sebab itulah proses tazkiyatun nafs ini menjadi satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita. Untuk membersihkan daki-daki kotoran tadi.

Selain itu, hati yang kotor bukan sahaja akan menjadikan pemilik hati itu hidupnya terumbang-ambing tanpa arah, malah ianya akan menjadi seakan magnet yang akan menarik perhatian syaitan dari kalangan jin untuk mengawal kehidupannya.

Hati yang kotor juga akan menjadi tapak yang kuat untuk jin-jin sihir terus bertahan. Sebab itulah walaupun beberapa kali diruqyah, gangguan jin dan sihir tidak juga sembuh dan berulang-ulang. Ini kerana hati yang kotor tidak dibersihkan.

Oleh kerana itu, seperti yang saya sebutkan bahawa proses tazkiyatun nafs merupakan salah satu elemen yang penting di dalam amalan ruqyah syariyyah.

Ini bertujuan supaya gangguan jin dan sihir tidak akan dapat bertahan untuk terus berada di dalam badan manusia. Kalaupun ia cuba untuk bertahan, ia akan merasa terseksa apabila hati kembali bersih melalui proses tazkiyatun nafs.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Follow saya di sosial media:
Apakah Maksud Tazkiyatun Nafs & Kepentingannya Dalam Perubatan Islam?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!