Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bolehkah Ayat Al-Quran Dijadikan Tangkal Pendinding?

tangkal ayat al-quran

Dikemaskini pada 12/12/2020 oleh Ustaz Abdullah

Tangkal atau azimat merupakan suatu benda yang dipercayai dapat memberikan tuah atau perlindungan kepada pemakainya.

Tangkal yang dipakai boleh didapati dalam pelbagai bentuk, contohnya seperti permata, patung, syiling, cincin, tumbuhan, haiwan dan sebagainya.

Sebagai agama yang sempurna dan mahu membersihkan penganutnya daripada kepercayaan karut dan khurafat, Islam melarang sama sekali kita memakai tangkal.

Tetapi, bagaimana pula pandangan Islam tentang tangkal yang dibuat daripada Al-Quran? Adakah ianya dibolehkan?

Kerana ada yang mengatakan bahawa ada seorang sahabat yang memakaikan tangkal kepada anak-anak mereka dan apabila ianya ditanyakan kepada Rasulullah, baginda tidak melarang.

Apa yang perlu difahami, di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal sebagai pendinding merupakan suatu amalan umum yang telah sebati dalam masyarakat ketika itu.

Ulama-ulama muktabar berpendapat seperti dalam sebut Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) halaman 253, bahawa adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama berselisih pendapat, di kalangan ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak ada sedikit yang mengharuskannya dengan syarat-syarat khusus.

Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal sebagai pendinding sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu, sedang keharusan yang Rasulullah sebutkan pada para sahabat, itu adalah pada permulaan Islam, apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka dilarang sama sekali pengunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat Quran kerana:

  1. Mencegah daripada keburukan yang lebih besar.
  2. Mengaja kesucian al-Quran dari terbawa hingga ke dalam tandas
  3. Membulatkan keyakinan bahawa Allah S.W.T yang melindungi manusia daripada segala-galanya.

Dengan sedikit perkongsian ini, saya mengharapkan selepas ini kita dapat memahami boleh atau tidak memakai tangkal pendinding dari al-Quran. Contohnya, kalau bayi menangis. Dari pengalaman saya merawat, banyak yang saya perhatikan ibu ayah yang memakaikan benang di pergelangan tangan anak-anak mereka.

Semoga kita dijauhkan Allah dari melakukan perbuatan dosa, terutamanya yang membawa kepada syirik.

Ketahui cara mudah merawat sihir tanpa berjumpa perawat!

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Follow saya di sosial media:
Bolehkah Ayat Al-Quran Dijadikan Tangkal Pendinding?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!