Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Kelebihan dan Tafsir Surah an-Nas

Dikemaskini pada 13/11/2016 oleh Ustaz Abdullah

Saya selalu mendapat soalan dari individu yang bertanya apakah zikir dan doa yang boleh dijadikan amalan untuk mendinding diri dari gangguan jin.

Saya selalunya lebih suka memberikan amalan-amalan dari surah-surah al-Quran yang mudah dan ringkas dan juga doa-doa yang datang dari hadis Nabi s.a.w.

Bukan apa, ada yang bertanyakan pada saya itu, terdiri dari mereka yang tak berapa lancar nak membaca al-Quran. Jadi, jika saya bagi yang mudah, senanglah mereka nak beramal.

Tetapi, apa yang saya perasan, masyarakat kita ini, bila diberikan surah-surah yang mudah-mudah untuk dijadikan amalan, contohnya macam surah an-nas, surah al-Falaq, mereka memberikan respon yang sinis.

Mereka merasakan surah-surah mudah, ringkas dan pendek itu tiada fadhilat dan kelebihannya berbanding surah-surah lain di dalam al-Quran yang lebih panjang.

Jadi dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda kelebihan surah an-Nas di mana kelebihannya telah disebutkan melalui hadis-hadis Nabi yang sahih.

Surah an-nas adalah surah yang terakhir di dalam al-Quran, surah yang ke 114, iaitu selepas surah al-Falaq. Surah ini pendek, hanya mengandungi enam ayat sahaja. Ia tergolong di dalam surah Makiyyah. Surah Makiyyah adalah surah-surah yang diturunkan sebelum berlakunya hijrah Nabi s.a.w.

Kalau anda perasan, biasanya surah-surah Makiyyah ini menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan akidah, di mana akidah ialah perkara paling penting di dalam ajaran Islam.

Nama “an-Nas” diambil dari perkataan “an-Nas” yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.

Walaupun surah ini pendek dan ringkas, namun ianya membawa pengertian yang besar. Ia menjelaskan betapa pentingnya pergantungan manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan yang direjam.

FADHILAT SURAH AN-NAS

  1. Surah an-Nas merupakan salah satu dari dua surah ‘Al-Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah di mana di dalamnya mengandungi ayat-ayat yang menyuruh memohon perlindungan kepada Allah.
  2. Surah ini juga boleh diamalkan sebagai ikhtiar untuk penenang dan penerang hati.
  3. Jika dibaca surah an-Nas sebanyak 1000 kali, inshaaAllah boleh menjadi pengasih dan daya penarik.

Daripada Aisyah r.aha, katanya: “Nabi s.a.w apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam Baginda akan menadah kedua tangannya kemudian menghembus kedua tapak tangan lalu membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangannya, Baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali”  (Hadis riwayat Bukhari)

SURAH AN-NAS

Seperti yang telah saya sentuh di atas tadi, surah an-Nas ini pendek dan ringkas, tetapi ianya membawa makna yang sangat mendalam, yang berkaitan dengan tauhid.

Dalam surah yang pendek ini Allah memperingatkan kepada kita manusia, betapa perlunya kita menjadikan hanya Allah semata-mata sebagai pelindung dan tempat memohon perlindungan dari kejahatan musuh utama kita, iaitulah Iblis dan syaitan yang dilaknat.

Surah ini mengandungi tiga sifat Allah, iaitu Rububiyah, Mulkiyah dan Uluhiyah. Allah lah pengurus, Raja dan ‘Illah’ segala sesuatu. 

Semua yang ada di dunia, di langit dan di bumi, adalah makhluk Allah. Semuanya di bawah kerajaan-Nya dan semuanya mengabdikan diri kepada-Nya.

Oleh kerana itulah, Allah memerintahkan kepada kita supaya memohon perlindungan hanya kepada Allah yang memiliki tiga sifat agung tadi.

Persoalannya berlindung dari apa?

Persoalan ini telah pun Allah jawab dalam ayat yang 4, iaitu berlindung dari segala macam bisikan “al-khannas”. Iaitu syaitan yang akan diwakilkan pada setiap manusia.

Selain itu surah An-Nas mempunyai satu lagi perkara penting yang perlu difahami oleh kita semua. Ia terdiri daripada enam ayat dan terbahagi kepada dua bahagian yang sangat penting untuk kita fahami.

Bahagian pertama bermula dari ayat 1 hingga 3 surah ini mengandungi ayat yang memperkenalkan Allah, Zat Yang Maha Berkuasa, manakala bahagian kedua iaitu dari ayat 4 hingga 6 pula menceritakan tentang hakikat syaitan laknatullah.

BAHAGIAN 1: MEMPERKENALKAN ALLAH S.W.T

Di dalam tiga ayat yang pertama, Allah memperkenalkan Zatnya kepada manusia melalui tiga indentiti utama, iaitu Rabb, Malik dan Ilah. Jika kita teliti ayat tersebut, fokus utama diberikan kepada makhluk bernama manusia. Di sini dapat kita lihat dengan jelas betapa besarnya kasih sayang Allah dan istimewanya makhluk bernama manusia ini.

Dengan ketiga-tiga sifat Allah inilah, Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya supaya memohon perlindunga kepada Allah dari keburukan dan kejahatan was-was yang dihembuskan oleh syaitan.

Sebuah pendidikan ‘Rabbani’, bahawa semua makhluk Allah adalah hamba yang lemah, dan sangat memerlukan pertolongan dari-Nya. Ini termasuklah Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun baginda adalah makhluk yang terpaling mulia dan istimewa berbanding semua makhluk yang diciptakan Allah, hakikatnya baginda tetap manusia biasa yang berhajat kepada pertolongan dari Allah. 

Dan disebabkan itu juga Rasulullah s.a.w adalah hamba yang tidak boleh disembah, bukan tempat untuk meminta pertolongan dan perlindungan, dan bukan juga tempat meletakkan pergantungan.

TERJEMAHAN SURAH AN-NAS

Ayat 1: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia”

Allah sebagai “Rabb” bermaksud Dia yang Maha Mencipta, Pemilik, Pemelihara, Penguasa, Pengatur, dan Pemberi Rezeki. Dipamerkan kasih dan sayang-Nya kepada makhluk yang diciptakan-Nya di mana Allah, Dialah sebagai Tuhan yang Mencipta.

Surah ini dimulakan dengan suatu perintah, iaitu perintah agar manusia memohon perlindungan hanya kepada-Nya, bukan selain Dia. Ar-Rabb dalam surah ini membawa maksud yang luas termasuklah mengarah, menjaga, membimbing, memelihara dan melindungi.

Dengan kefahaman ini, membolehkan kita merasakan betapa dekatnya Allah s.w.t dengan kita, Tuhan yang mengenali diri kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri.

Pengakuan Allah selaku raja dan sembahan manusia juga sepatutnya membawa rasa takut kita kepada kekuasaan-Nya yang mempu berbuat apa sahaja. Pada masa yang sama, kita turut diberikan harapan oleh Allah SWT yang rahmatnya tiada terbatas.

Ayat 2: “Raja (Yang menguasai dan memerintah) manusia”

Perkataan ‘Al Malik’ bermakna Allah sebagai Raja (pemilik dari segala sesuatu yang ada di alam ini), yang Maha Memimpin, Menjaga, Menguasai dan Hakim (pengubal undang-undang) untuk manusia. Manusia tidak boleh mengambil undang-undang lain selain daripada undang-undang ciptaan-Nya.

Allah SWT sebagai Pemimpin, kita adalah hamba yang dibawah pimpinanNya seperti Raja dan rakyat, maka segala apa yang dimuka bumi ini adalah tanah Allah, kerajaan Allah bukan milik sesiapa. Negara ini (tanah yang kita duduki) bukan milik kita tapi milik Allah, Allah SWT telah mengatur sistem undang-undang yang perlu dilaksanakan di tanahNya.

Ayat 3: “Tuhan yang disembah manusia”

Tuhan (Al-Ilah) sembahan manusia pula mengandungi erti bahawa Allahlah yang paling dicintai, yang paling ditakuti dan ditaati, sebagai sumber pengharapan dan satu-satunya Zat yang berhak disembah dan diibadahi. Tidak ada pergantungan lain melainkan pergantungan hanya kepada Allah SWT.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah at-Taubah, ayat 31 yang bermaksud:

“Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia.” 

Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah ialah seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah SWT. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT semata-mata.

Bahagian 2: Hakikat Syaitan

Bahagian kedua surah ini pula menceritakan hakikat syaitan, musuh kita yang lemah pada azalinya, namun jauh lebih kuat daripada hati-hati manusia yang tidak mengenal Tuhannya.

Syaitan tidak mampu berbuat kerosakan, melainkan membisikkan kalimah-kalimah jahat serta melemparkan hasutan-hasutan pada hati manusia yang mudah alpa. Seterusnya manusia sendiri yang terpengaruh lalu melakukan kerosakan di dunia dengan tangan mereka masing-masing.

Syaitan juga punya perangai si penakut. Dia hanya muncul dalam hati mereka yang tidak teguh imannya dan merasa lazat dengan perlakuan maksiat berterusan serta tidak yakin akan agungNya kekuasaan Allah, penguasa hari pengadilan.

Ayat 4: “Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang biasa bersembunyi”

Makna ‘al was-was’ adalah bisikan, manakala ‘al khannas’ adalah yang betul-betul tersembunyi, samar dan ‘mundur’.

Syaitan selalu membisikan hasutan-hasutan yang menyesatkan manusia ketika manusia leka dan lalai dari berzikir kepada Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya di dalam surah az-Zukhruf ayat 36 yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpaling (tidak mengendahkan) pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya). Maka jadilah syaitan itu teman karibnya.”

Adapun ketika seorang hamba berzikir kepada Allah SWT, maka syaitan bersifat ‘khannas’ iaitu ‘mundur’ dari perbuatan menyesatkan manusia. Sebagaimana firman-Nya di dalam surah an-Nahl ayat ayat 99 yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan (Rabb)-nya.”

Ayat 5: “Yang membisik (kejahatan) dalam dada manusia”

Syaitan selalu berupaya menghembuskan bisikan dan perasaan was-was kepada manusia. Mereka menghiasi kebatilan sedemikian indah dan menarik serta mengubah kebenaran dengan segala yang buruk sehingga seakan-akan yang batil itu nampak benar dan yang benar itu nampak batil.
.
Perangai syaitan ini telah bermula sejak dari zaman Nabi Adam dan isterinya, Hawa lagi. Sebagaimana dalam firman-Nya di dalam surah al-A’raf ayat 20 yang bermaksud:

“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, dan syaitan berkata: “Tuhan-mu tidak melarang untuk mendekati pokok ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam asyurga)”.

Begitu juga kisah, ketika Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam sedang beri’tikaf. Shafiyyah bintu Huyay (salah seorang isteri Baginda shalallahu ‘alaihi wasallam) mengunjunginya pada malam hari. Setelah berbincang beberapa ketika, maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menghantarkannya pulang ke kediamannya. Namun perjalanan kedua-duanya dilihat oleh dua orang Al Ansar. Kemudian syaitan menghembuskan ke dalam hati kedua-duanya perasaan was-was (curiga).

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam melihat gelagat yang kurang baik dari kedua-duanya. Oleh kerana itu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengejarnya, seraya bersabda:

“Tenanglah kamu berdua, dia adalah Shafiyyah bintu Huyay. Mereka berdua berkata: “Maha Suci Allah wahai Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan mengalir di tubuh bani Adam sesuai dengan aliran darah, dan aku pula bimbang dihembuskan kepada kamu sesuatu atau keburukan.” (HR Muslim no. 2175)

Demikianlah watak syaitan selalu menghembuskan bisikan-bisikan jahat ke dalam hati manusia. Apalagi Allah SWT dengan segala hikmah-Nya telah mencipta ‘pendamping’ (dari kalangan jin) bagi setiap manusia, bahkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam juga ada pendampingnya.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a kata Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada seorangpun di antara kamu kecuali diberikan seorang ‘qarin’  (pendamping) dari kalangan jin.”  Para sahabat bertanya:  “Termasuk Tuan juga ya Rasulullah?” Jawab Baginda:  “Ya. Aku juga. Tetapi Allah telah melindungiku dari godaannya sehingga akhirnya dia masuk Islam (menyerah). Maka itu dia tidak pernah menyuruhku  melainkan kepada kebaikan.”  (Hadis Riwayat Muslim:2814).

Ayat 6: “Iaitu dari (golongan) jin dan manusia”

Seterusnya, Allah mengingatkan kita bahawa yang melakukan bisikan ke dalam dada manusia tidak hanya dari golongan jin, bahkan di kalangan manusia pun boleh berperanan sebagai syaitan. Iaitu manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan pemfitnah yang tidak pernah kenyang memamah daging saudara sendiri serta mereka yang tenggelam dalam nafsu seranah.
.
“Kaldai Nabi SAW telah terjatuh, lalu aku mengatakan, “celakalah syaitan” Lalu Nabi bersabda, “Janganlah kamu katakan ‘celakalah syaitan’ sebab jika kamu mengatakannya maka syaitan akan menjadi semakin besar tubuhnya dan mengatakan, ’Dengan kekuatanku, aku akan mengalahkannya.’ Namun, apabila kamu mengatakan ‘bismillah’, maka dia akan mengecil sehingga menjadi sekecil lalat.” (HR. Ahmad)

Hal ini juga dipertegaskan Allah SWT  melalui firman-Nya iaitu di dalam surah al-An’am ayat 112 yang bermaksud:

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari jenis syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia), dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”

Firman Allah lagi di dalam surah an-Nisa ayat 76 yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan). oleh sebab itu, perangilah pengikut-pengikut syaitan itu. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”

Ayat di atas menerangkan bahawa syaitan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah dari jenis jin kerana Allah SWT menyebutkan kalimah thaghut. Berdasarkan ayat atas, ditunjukkan bahawa tipu daya syaitan dari jenis jin tidaklah terlalu kuat berbanding tipu daya yang dilakukan oleh syaitan jenis manusia.
.
Maka salah satu jalan keluar dari bisikan dan godaan syaitan baik dari kalangan jin dan manusia adalah sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu hasutan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” 

PENUTUP

Maka sudah sepatutnya bagi kita selalu memohon pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah SWT semata-mata. Mengakui bahawa sesungguhnya seluruh makhluk berada di bawah tatacara dan kuasa-Nya. Semua kejadian ini terjadi atas kehendak-Nya. Dan tiada yang boleh memberikan pertolongan dan menolak mudarat kecuali atas kehendak-Nya pula.

Semoga Allah SWT menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang sentiasa meminta pertolongan, perlindungan dan mengikhlaskan seluruh ibadah hanya kepada-Nya.

APAKAH WANGIAN KASTURI TERAPI RUQYAH? BAGAIMANA IA MEMBANTU ANDA?

Kasturi Terapi Ruqyah adalah koleksi wangian kasturi yang telah diruqyah dengan ayat-ayat penghalau dan pembakar jin.

Dengan mengamalkan memakai wangian Kasturi Terapi Ruqyah ini akan dapat membenteng dan menjauhkan diri anda sihir, saka dan gangguan jin yang lain.

Kelebihan mengamalkan wangian ini ialah:

  1. Dapat memberikan ketengangan jiwa.
  2. Menjadikan anda kekal harum sepanjang masa.
  3. Menjimatkan wang kerana wangiannya yang tahan lama.
  4. Memberikan kekhusyukan di dalam solat.
  5. Menjauhkan diri anda dari gangguan jin inshaaAllah.

Ingin tahu lebih banyak RAHSIA tentang wangian Kasturi Terapi Ruqyah? Klik di sini untuk mendapatkan 5 manfaat di atas dengan segera!

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

Kelebihan Dan Tafsir Surah An-Nas

Follow saya di sosial media:
Kelebihan dan Tafsir Surah an-Nas
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!