Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

6 Waktu Anda Perlu Mohon Perlindungan Allah Dari Gangguan Jin

mohon perlindungan

Dikemaskini pada 11/04/2017 oleh Ustaz Abdullah

Jin dan syaitan sentiasa  mengganggu dan “menyerang” manusia khususnya orang mukmin dari pelbagai sisi dan dalam pelbagai keadaan. Untuk itu, agar usaha mereka tidak berhasil dan dapat dipatahkan, maka seorang mukmin harus mempunyai “senjata” khusus dalam menghadapi  mereka.

Senjata bagaimana yang diperlukan oleh orang-orang beriman untuk menangkis gangguan dari jin dan syaitan ini?

Tak perlu nak bersusah-payah nak cari sebab Allah dah sediakan senjata tersebut. Mengenai “senjata” ini, Allah telah berfirman dalam surat al-A’raf ayat 199-200:

“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,” (QS. Al-Araf: 199-200).

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda 6 tempat dan waktu di mana anda perlu memohon perlindungan dengan Allah dari gangguan jin dan syaitan. Adapun keadan atau situasi yang memungkinkan adanya gangguan jin adalah sebagai berikut:

1) KETIKA MASUK TANDAS

Rasulullah S.A.W menganjurkan kepada umatnya agar setiap kali masuk ke dalam tandas, terlebih dahulu membaca doa masuk tandas sebagai permohonan  perlindungan  kepada  Allah dari gangguan syaitan jantan dan  syaitan betina. Hal ini sebagaimana telah disebutkan dalam hadis berikut ini:

Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh kerana itu,  apabila seseorang di antara kamu masuk ke tandas, maka katakanlah: Allahumma Inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan  jin  laki-laki  dan  jin  perempuan,”  (HR.  Abu  Dawud,  Nasa’I,  Ibnu  Majah  dan Ahmad).

2) KETIKA SESEORANG ITU SEDANG DALAM KEADAAN MARAH

Ketika seseorang marah, maka syaitan akan dengan mudah masuk dan menggodanya. Sebab itulah, dalam pengalaman saya merawat, apabila seseorang terkena gangguan jin, antara gejalanya ialah dia akan mudah nak marah. Marah akan memudahkan kerja jin dan syaitan menggoda manusia.

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w mengajarkan bahawa apabila ketika seseorang marah, hendaklah ia membaca ta’awudz, iaitu audzubillahi minasyaithanir rajim. Hal ini sebagaimana dikatakan dalam sebuah hadis berikut ini:

Dari Sulaiman bin Shurad  berkata:  “Ada  dua  orang saling memaki di hadapan Rasulullah, saat itu kami sedang duduk di sampingnya. Salah seorang dari keduanya memaki temannya dengan  sangat  marah  sehingga  tampak  mukanya lebam merah.  Rasulullah  Saw kemudian bersabda:  “Sesungguhnya saya mengetahui sebuah kalimat yang apabila diucapkan, maka marah kalian akan hilang, iaitu: Audzu billah minas syaithanir rajim (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang direjam),” (HR. Bukhari Muslim).

3) KETIKA BERHUBUNGAN BADAN SUAMI ISTERI

Rasulullah s.a.w juga mengajarkan kepada kita agar sebelum melaksanakan hubungan intim antara suami dan isteri, terlebih dahulu berdoa dan berlindung kepada Allah dari gangguan jin dan syaitan. Dalam sebuah hadis dikatakan: Rasulullah  Saw  bersabda:  “Apabila  salah  seorang  dari  kalian  hendak  menggauli isterinya kemudian sebelum menggaulinya ia membaca doa: “Bismillah, allahumma jannibnaas syaithan  wa  jannibis  syaithana  ma  razaqtana”  (Dengan  menyebut  nama  Allah,  ya  Allah jauhkanlah kami dari gangguan dan godaan syaitan serta jauhkanlah syaitan itu dari apa yang akan Engkau  anugerahkan  kepada  kami  (anak), maka apabila dari  hubungan tersebut ditakdirkan membuahkan seorang anak, maka anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan selamanya” (HR. Muttafaq ‘alaih).

4) KETIKA TURUN DARI LEMBAH ATAU DARI RUMAH

Rasulullah s.a.w juga telah mengajarkan bahawa apabila  seseorang  keluar dari rumah, atau melewati lembah, hendaklah membaca doa sebagaimana tercantum dalam hadis berikut:

Rasulullah Saw bersabda: “Kalau saja seseorang di antara kalian keluar rumah lalu berdoa:  Audzu bikalimatillahit tammati min syarri ma khalaq (Aku berlindung kepada Allah dengan  perantaraan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya), maka ia tidak akan diganggu sedikitpun sejak ia berada di rumah itu sampai ia meninggalkannya” (HR. Ibnu Majah dengan sanad yang shahih).

5) KETIKA MENDENGAR SUARA RENGEKAN KELDAI

Dalam hal ini pula, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Abu Hurairah berkata, Rasulullah Saw bersabda:  “Apabila kalian mendengar ayam jantan berkokok, maka mintalah keampunan dari Allah, kerana sesungguhnya ayam  itu  melihat  malaikat.  Dan  apabila  kalian  mendengar  ringkikan  keledai,  berlindunglah kepada Allah dari godaan dan tipu daya syaitan kerana keldai itu telah melihat syaitan,” (HR. Bukhari Muslim).

6) KETIKA HENDAK MEMBACA AL-QURAN

Jangan kita menyangka syaitan tidak mampu atau takut apabila mendengar bacaan al-Quran. Malah, peringatan dari Allah iaitu apabila kita hendak membaca al-Quran, hendaklah meminta perlindungan dari Allah dari gangguan jin dan syaitan.

Allah berfirman dalam surat an-Nahl ayat 98-99:

“Apabila kamu membaca Al-Qur`an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang- orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” (QS. An-Nahl: 98-99).  

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Follow saya di sosial media:
6 Waktu Anda Perlu Mohon Perlindungan Allah Dari Gangguan Jin
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!