Bagaimana Memastikan Jin Kafir Atau Islam?

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Sepertimana yang diketahui bahawa jin juga merupakan makhluk yang mukallaf, iaitu dibebani dengan hukum syarak seperti kita. Maksudnya jin juga wajib mendirikan solat, berpuasa, menunaikan haji dan juga ibadah-ibadah lainnya seperti yang kita lakukan.

Dan sebagai makhluk yang mukallaf, segala perbuatan mereka juga tertakluk kepada dosa dan pahala. Oleh kerana itu, dikalangan jin ada yang Islam dan ada yang kafir. Ada yang beriman, bertaqwa dan ada yang fasik.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda bagaimana caranya kita nak lakukan untuk mengetahui samada jin yang mengganggu seseorang manusia itu terdiri dari kalangan jin Islam atau jin kafir.

Cara-Cara Melakukannya

Pertama: Ajaklah jin tersebut untuk berdialog dan katakan padanya bahawa Islam tidak membenarkan jin masuk ke dalam badan manusia atas alasan apa sekalipun. Katakan juga bahawa segala perbuatannya akan mengundang dosa dan akan dibalas oleh Allah s.w.t diakhirat kelak.

Kedua: Kemudian, ajaklah jin tersebut untuk bersumpah dengan sumpah di bawah:

“Saya bersumpah atas nama Allah Yang Maha Agung, kekuatan-Nya yang lebih dahulu dan kemuliaan-Nya yang tidak terkira. Dengan hak Allah Yang Maha Kuasa bahawa Allah s.w.t telah berfirman,(bacakan surah Fathir ayat 5 dan suruh jin ikut bacaan anda) “Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)”. 

Kemudian bacakan pula surah Al-Mujadilah ayat 16 dan suruh juga jin tersebut mengikuti bacaan anda, “Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina”

Bahawasanya saya demi Allah telah bertaubat kepada Allah dan masuk Islam, bahawasanya saya benar-benar demi Allah berniat untuk keluar dari tubuh manusia ini tetapi saya tidak boleh keluar. Saya demi Allah benar-benar jujur dalam sumpah ini kerana takut dengan ancaman dan azab Allah yang telah berfirman. (bacakan surah An-Nahl ayat 94 dan suruh jin tersebut mengikutinya), “Dan janganlah kamu menjadikan sumpah-sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar) dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (diakhirat kelak)”

Perhatikan, sekiranya jin tersekat-tersekat atau terhenti ketika mengikuti bacaan sumpah di atas, itu maksudnya jin tersebut telah berbohong (jika dia mengaku jin Islam), dan sepatutnya anda tidak mempercayai cakap jin itu.

Tetapi, sekiranya bacaannya jelas dan lancar, maka itu menunjukkan inshaaAllah jin itu benar-benar muslim.

Sumber: Quranic-Healing.org

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.