Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Kerasukan Jin: Bagaimana pandangan di dalam Islam?

Dikemaskini pada 02/06/2015 oleh Ustaz Abdullah

 

jin
Kredit gambar: http://www.konsultasisyariah.com/

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Manusia apabila dikaitkan dengan fenomena kerasukan jin, akan terbahagi kepada dua golongan.

1) Mereka yang mempercayai dan meyakininya. Ini adalah keyakinan yang umum bagi keseluruhan kaum muslimin seluruhnya.

2) Mereka yang mengingkarinya dan menganggap itu bukannya kerasukan jin. Keyakinan ini menjadi salah satu prinsip aliran liberal. Mereka ini telah terikut-ikut pemahaman golongan yang terdahulu, iaitu muktazilah.

Untuk golongan yang kedua ini, tak perlulah untuk kita hairankan. Ini kerana golongan ini lebih mendahulukan logik akal dari mempercayai al-Quran dan as-Sunnah.

Jadi, bagaimana pandangan Islam?

Di bawah adalah beberapa catatan  yang boleh kita jadikan bahan  rujukan untuk membuat kesimpulan yang lebih benar:

Pertama, terdapat banyak dalil dari Alquran dan hadis yang menggambarkan keberadaan penyakit kerasukan jin. Diantaranya,

1. Allah berfirman, menceritakan keadaan pemakan riba ketika dibangkitkan,

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا

Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba…” (QS. Al-Baqarah: 275)

Keterangan Ibnu Katsir,

2. Disebutkan dalam hadis dari Abul Aswad as-Sulami, bahwa diantara doa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari tertimpa benda keras, aku berlindung kepada-Mu dari mati terjatuh, aku berlindung kepada-Mu dari tenggelam dan kebakaran, dan aku berlindung kepada-Mu dari keadaan setan merasuki badanku ketika mendekati kematian…” (HR. Nasai 5533 dan dishahihkan al-Albani)

Al-Munawi menjelaskan,

“…syaitan merasuki badanku ketika mendekati kematian…”: dengan gangguan yang yang bisa menggelincirkan kaki, merasuki akal dan pemikiran. Terkadang syaitan menguasai seseorang ketika hendak meninggal dunia, sehingga dia boleh menyesatkannya dan menghalanginya untuk bertaubat… (Faidhul Qadir, 2:148)

Kedua, kerasukan, dengan masuknya jin  ke dalam tubuh manusia adalah kejadian yang hakiki, kenyataan dan bukan khayalan.

Abdullah bin Imam Ahmad pernah bertanya kepada ayahnya,

إنَّ قَوْمًا يَزْعُمُونَ أَنَّ الْجِنِّيَّ لَا يَدْخُلُ فِي بَدَنِ الْإِنْسِيِّ

“Sesungguhnya ada beberapa orang yang berpendapat, bahwa jin tidak boleh masuk ke badan manusia.”

Imam Ahmad menjawab,

يَا بُنَيَّ يَكْذِبُونَ هُوَ ذَا يَتَكَلَّمُ عَلَى لِسَانِهِ

“Wahai anakku, mereka dusta. Jin itulah yang berbicara dengan lisan orang yang dirasuki.”

Setelah membawakan keterangan ini, Syaikhul Islam memberi komentar,

وَهَذَا الَّذِي قَالَهُ أَمْرٌ مَشْهُورٌ فَإِنَّهُ يَصْرَعُ الرَّجُلَ فَيَتَكَلَّمُ بِلِسَانٍ لَا يَعْرِف مَعْنَاهُ وَيُضْرَبُ عَلَى بَدَنِهِ ضَرْبًا عَظِيمًا لَوْ ضُرِبَ بِهِ جَمَلٌ لَأَثَّرَ بِهِ أَثَرًا عَظِيمًا. وَالْمَصْرُوعُ مَعَ هَذَا لَا يُحِسُّ بِالضَّرْبِ وَلَا بِالْكَلَامِ الَّذِي يَقُولُهُ

“Apa yang disampaikan Imam Ahmad adalah masalah yang selalu berlaku di dalam masyarakat. Orang yang kerasukan berbicara dengan bahasa yang tidak boleh difahami maknanya. Terkadang dia dipukul sangat keras, andaikan dipukulkan ke unta, pasti akan menimbulkan sakit. Meskipun demikian, orang yang kerasukan tidak merasakan pukulan dan tidak menyedari ucapan yang diucapkannya.”

Beliau juga menegaskan,

ومن شاهدها أفادته علماً ضرورياً بأن الناطق على لسان الإنس ، والمحرك لهذه الأجسام جنس آخر غير الإنسان

Orang yang menyaksikan kejadian kerasukanan, dia akan mendapatkan kesimpulan yang meyakinkan bahwa yang bicara dengan lidah manusia dan yang menggerakkan badannya adalah makhluk lain, selain manusia (Majmu’ al-Fatawa, 24:277).

Keadaan ini selalu saya saksikan. Pernah ada beberapa kes kerasukan yang saya rawat, pesakit itu bercakap dalam bahasa yang pesakit itu sendiri tidak faham. Contohnya, anda bayangkan bagaimana seorang melayu yang tak pandai berbahasa siam, ketika kerasukan, beliau boleh bercakap siam dengan fasih.

Itu maksudnya, bukan pesakit itu yang bercakap melainkan jin yang ada di dalam badan pesakit itulah yang bercakap dalam bahasa siam.

Ketiga, ulama sepakat, jin boleh merasuki tubuh manusia.

Hal ini sebagaimana ditegaskan Syaikhul Islam dalam fatwanya,

وليس في أئمة المسلمين من ينكر دخول الجن بدن المصروع وغيره، ومن أنكر ذلك وادعى أن الشرع يُكذب ذلك فقد كذب على الشرع، وليس في الأدلة الشرعية ما ينفي ذلك

“Tidak ada satupun ulama Islam yang mengingkari bahawa jin boleh masuk ke badan orang yang kerasukan dan lainnya. Orang yang mengingkari hal ini dan mengatakan bahawa syariat mendustakan anggapan jin boleh masuk ke dalam badan manusia, beerti dia telah berdusta atas nama syariah. Karena tidak ada satupun dalil syariat yang membantah hal itu.” (Majmu’ al-Fatawa, 24:277).

Keempat, sebab terjadinya kerasukan.

Syaikhul Islam menjelaskan,

إن صرع الجن للإنس قد يكون عن شهوة وهوى وعشق كما يتفق للإنس مع الإنس …

“Jin yang merasuki manusia boleh saja terjadi karena dorongan syahwat atau hawa nafsu atau karena jatuh cinta. Sebagaimana yang terjadi antara manusia dengan manusia…”

وقد يكون وهو الأكثر عن بغض ومجازاة مثل أن يؤذيهم بعض الإنس أو يظنوا أنهم يتعمدون أذاهم إما يبول على بعضهم وإما يصب ماءً حاراً وإما بقتل بعضهم ، وإن كان الإنس لا يعرف ذلك ، وفي الجن جهل وظلم فيعاقبونه بأكثر مما يستحقه ، وقد يكون عن عبث منهم وشر بمثل سفهاء الإنس

“Boleh juga terjadi karena kebencian atau kedzaliman (yang dilakukan manusia), misalnya ada orang yang mengganggu jin atau jin menganggap ada seseorang yang sengaja mengganggu mereka, baik dengan cara mengencingi jin atau membuang air panas ke arah jin atau membunuh sebahagian jin, meskipun manusia itu sendiri tidak mengetahuinya.

Namun jin juga bodoh dan zalim, sehingga dia membalas kesalahan manusia dengan kezaliman melebihi yang dia terima. Kadang-kadang ada juga jin yang mengganggu manusia hanya untuk mempermainkan atau mengganggu manusia, sebagaimana yang dilakukan orang-orang yang buruk akhlaknya di kalangan manusia.” (Majmu’ al-Fatawa, 19:39).

Kesimpulan:

Fenomena kerasukan jin adalah kenyataan yang tidak mungkin dapat dinafikan. Di samping kejadian yang memang berlaku di dalam kehidupan seharian, realiti ini juga dibuktikan dengan dalil Alquran, hadis dan kesepakatan ulama.

Satu-satunya golongan yang mengingkari kebenaran ini adalah mu’tazilah, dan para pemuja akal sederhana yang mengikuti jejak mereka. Ada banyak sebab, mengapa jin merasuk ke dalam tubuh manusia, antaranya boleh disebabkan jin mencintai manusia, dan boleh juga disebabkan sebaliknya, iaitu jin membenci manusia.

Allahu a’lam

Kredit info: Konsultansi Syariah

Follow saya di sosial media:
Kerasukan Jin: Bagaimana pandangan di dalam Islam?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!