Author: Ustaz Abdullah Idris

Saya berkemahiran membantu anda yang menghadapi sihir, saka dan gangguan jin yang lain dengan cara melakukan terapi Ruqyah Syariah agar dalam tempoh 7 hari gangguan yang anda hadapi dapat disembuhkan beransur-ansur.

ayat ruqyah ayat ruqyah

Di dalam ilmu perubatan Islam, air adalah salah satu bahan terpenting yang paling banyak digunakan untuk merawat penyakit, terutamanya penyakit yang berkaitan dengan gangguan jin.

Bahkan di dalam Al-Quran, lebih khususnya pada Surah Sad ayat 42, Allah menceritakan bagaimana Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s dengan perantaraan air.

perubatan islam perubatan islam

Adakah anda keliru dengan istilah perubatan Islam?

Sebenarnya isu penggunaan istilah perubatan Islam telah lama menjadi satu topik hangat yang dibincangkan.

Ada yang bersetuju dengan penggunaannya. Ada yang tidak bersetuju dengan penggunaan istilah tersebut. Walaupun penggunaannya mendapat pelbagai reaksi dan pandangan, bagi saya ia sebenarnya bukanlah satu isu besar.

istidraj istidraj

Sebelum ini saya sudahpun kongsikan dengan anda 4 jenis perkara mencarik adat iaitu mukjizat, irhas, karamah, dan juga maunah. Keempat-empat perkara ini berlaku adalah atas anugerah dari Allah dan ianya berlaku secara tiba-tiba. Bagi anda yang baru pertama kali membaca di blog ini, saya menggalakkan supaya anda membaca dulu artikel bahagian pertama di sini.

perkara mencarik adat perkara mencarik adat

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara yang mencarik adat? Untuk mudah faham, maksud perkara yang mencarik adat ini ialah perkara-perkara yang berlaku di luar jangkaan akal manusia. Maksudnya akal tidak dapat menerima berlakunya sesuatu perkara yang mencarik adat tersebut.

Mengenai perkara ini, ianya ada dijelaskan di dalam kitab “Aqidatun Najin fi ‘Ilmu Usulluddin”(I`itiqad Segala Orang Yang Kelepasan Daripada Sesat Dan Bid`ah Pada Menyatakan `Ilm Usuluddin), iaitu sebuah karya yang dikarang oleh Syeikh Zainal Abidin al-Fatani. Di dalam tulisan ini, saya tidak bercadang untuk menulis dengan panjang lebar berkenaan dengan pengarang kitab tersebut, dan juga kitab yang saya sebutkan di atas. Anda boleh membuat kajian sendiri samada melalui pembacaan di internet, membeli buku dan sebagainya.

Dari pengalaman saya di dalam bidang perubatan Islam, saya dapati ramai pesakit tertipu apabila ada perawat yang menunjukkan kejadian-kejadian yang mencarik adat. Mereka sangat mudah percaya kononnya itu adalah kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada mereka.

Hakikatnya apa yang mereka katakan itu adalah tidak benar sama sekali. InshaaAllah dengan membaca artikel ini, saya berharap anda akan lebih memahami perkara-perkara mencarik adat. Ini kerana perkara mencarik adat ini ada yang datangnya dari Allah, dan ada yang berlakunya perkara tersebut disebabkan bantuan jin sebagai balasan kepada manusia yang sanggup menuruti permintaan jin tersebut.

Seperti yang anda baca pada bahagian tajuk artikel ini, ada 8 jenis perkara-perkara mencarik adat. Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 4 perkara mencarik anda yang mana keempat-empat ini berlaku adalah disebabkan anugerah dan pemberian Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih disebabkan keimanan dan ketaatan mereka kepada Allah.

ilmu makrifat tingkat tinggi ilmu makrifat tingkat tinggi

Bagi yang baru pertama kali membaca artikel di blog ini, saya galakkan anda baca dulu bahagian pertama dan bahagian kedua terlebih dahulu. Klik di sini untuk membaca artikel bahagian pertama. Dan klik di sini untuk membaca artikel bahagian kedua.

Meramal barang hilang atau makhluk halus

Cara ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu tenaga dalam dengan melatih pancainderanya menjadi peka atau dengan membuat tangannya menjadi sensitif hingga boleh ‘meradar’ lokasi barang yang hilang atau makluk halus.

Tidak diragukan bahwa cara mengesan ba­rang hilang seperti ini tidak ada beza dengan cara perdukunan (kahanah) dan peramal (‘arrofah). Sebab termasuk mengaku me­ngetahui benda yang hilang. Sekalipun para pengamal ilmu tenaga dalam mengingkari hal itu.

Praktik perdukunan dan ramalan telah dilarang oleh Rasululloh s.a.w dengan larangan yang keras, sebagaimana dalam sabdanya :

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal dan menanyakan tentang sesuatu lalu membenarkannya, maka tidak diterima shalatnya 4o hari. “ (HR. Muslim dari sebagian istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam)

Baginda juga telah  bersabda: “Barangsiapa yang mendatangi dukun (peramal) dan membenarkan apa yang dikatakannya, sungguh ia telah ingkar (kufur) dengan apa yang dibawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam .” (HR. Abu Dawud)

Jika ancaman orang yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan perkataanya adalah ti­dak diterima solatnya empat puluh hari dan kufur dengan apa yang dibawa oleh Nabi, jadi bagaimana dengan orang yang mempelajari dan mengajarkannya kepada orang lain ? Tentu ancaman dan dosanya lebih besar.