Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Author : Ustaz Abdullah

Saya merupakan seorang perawat ruqyah syar'iyyah yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun.

Bagaimana Amalan Memasuki Rumah Baru?

Selain dari merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan jin, saya juga selalu diminta oleh mereka untuk melihatkan tempat kediaman yang mungkin diganggu oleh makhluk jin.

Ada dua perkara yang saya nak jelaskan terlebih dahulu di sini. Yang pertama, saya tidak dapat melihat, mengesan, merasa, mengetahui jika di dalam rumah seseorang ada gangguan jin atau tidak.

Apatahlagi kalau yang minta saya tengokkan rumah mereka itu letaknya beratus-ratus kilometer, lagilah saya tak dapat nak lakukan perkara tersebut.

Yang kedua, dari pengalaman saya, saya sangat yakin yang jika di dalam rumah seseorang itu adanya gangguan jin, di sana pasti akan wujudnya tanda-tanda kehadiran makhluk tersebut.

Continue reading “Bagaimana Amalan Memasuki Rumah Baru?”

Kelebihan dan Tafsir Surah an-Nas

Saya selalu mendapat soalan dari individu yang bertanya apakah zikir dan doa yang boleh dijadikan amalan untuk mendinding diri dari gangguan jin.

Saya selalunya lebih suka memberikan amalan-amalan dari surah-surah al-Quran yang mudah dan ringkas dan juga doa-doa yang datang dari hadis Nabi s.a.w.

Bukan apa, ada yang bertanyakan pada saya itu, terdiri dari mereka yang tak berapa lancar nak membaca al-Quran. Jadi, jika saya bagi yang mudah, senanglah mereka nak beramal.

Tetapi, apa yang saya perasan, masyarakat kita ini, bila diberikan surah-surah yang mudah-mudah untuk dijadikan amalan, contohnya macam surah an-nas, surah al-Falaq, mereka memberikan respon yang sinis.

Mereka merasakan surah-surah mudah, ringkas dan pendek itu tiada fadhilat dan kelebihannya berbanding surah-surah lain di dalam al-Quran yang lebih panjang.

Continue reading “Kelebihan dan Tafsir Surah an-Nas”

Bahaya Ain (Sihir Mata) Dan Cara Mencegahnya

Ibnu Qoyyim rohimahullah dalam kitab Tafsir Surat Muawwadzatain berkata:

“Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang berhadapan langsung dengan sasarannya. Sasaran tukang pandang kadang-kala boleh mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti benda, haiwan, tanaman, dan harta. Dan kadang-kala pandangan matanya dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan yang tajam dan pandangan kekaguman.”

Pengaruh daripada bahaya pandangan mata pun hampir mengenai Rasulullah s.a.w. sebagaimana firman-Nya:,

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al Qur’an dan mereka mengatakan “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar gila.” (Al Qalam (68): 51)

Continue reading “Bahaya Ain (Sihir Mata) Dan Cara Mencegahnya”

7 Doa Perlindungan Yang Mesti Anda Amalkan

Kebergantungan manusia kepada sang Pencipta, Allah SWT memang tidak boleh dinafikan. Sekuat mana pun, sepandai mana pun seseorang manusia itu, segala gerak kerja buatnya tetap tertakluk kepada keizinan Allah SWT.

Sebab itulah, manusia yang beriman akan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan beribadah serta menggandakan ibadahnya dan berdoa kepada-Nya.

Orang beriman diajar, sekiranya berdepan dengan kesulitan, musibah, kepayahan atau apa jua rintangan, maka janganlah berputus asa kerana masih ada jalan keluar baginya iaitu berdoa mengadu kepada Allah SWT. Inilah rahsia kekuatan bagi orang-orang yang beriman sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Daripada ‘Ali Bin Abi Tholib r.a;

“Doa merupakan senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi”.

Continue reading “7 Doa Perlindungan Yang Mesti Anda Amalkan”

Pembedahan Batin Dalam Penilaian Islam

Masyarakat Melayu dari dulu hingga sekarang memang terkenal dengan kehebatan dalam pelbagai jenis amalan perubatan tradisional.

Sebutlah apa sahaja, ada sahaja kaedah perubatannya. Urutan, perbidanan, mengelokkan kembali tulang yang patah dan sebagainya. Selain itu, masyarakat kita juga hebat dalam perubatan berbentuk mistik dan spiritual, yang mana kebanyakkannya menggunakan jampi serapah.

Amalan Jampi Dalam Perubatan

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

“Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kami melakukan jampi di zaman jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik.” (Hadith Riwayat Muslim)

Continue reading “Pembedahan Batin Dalam Penilaian Islam”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!