Akidah

ghaib ghaib

Kerapkali saya mendengar cerita dari para pesakit saya ada sesetengah ahli keluarga mereka, atau saudara-mara mereka, ataupun rakan-rakan mereka, yang mengatakan mereka ini mempunyai kelebihan hijab terbuka. Maksud hijab terbuka itu ialah mempunyai kemampuan untuk melihat alam ghaib ataupun berinteraksi dengan makhluk ghaib.

Dari apa yang saya tahu, makhluk ghaib ini ada dua sahaja yang diceritakan di dalam Al-Quran iaitu golongan Malaikat dan juga Golongan Jin. Dalil-dalil tentang kewujudan malaikat dan jin adalah seperti berikut:

talbis iblis talbis iblis

Sesungguhnya musuh kita Iblis telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan seluruh manusia ini untuk dibawa bersamanya ke dalam neraka. Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang merakamkan dialog diantara Iblis dan juga Allah s.w.t.

Antaranya:

1) Surah Al-A’raf ayat 16 hingga 17 yang bermaksud:

Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)”

2) Surah Sod ayat 82 hingga 85 yang bermaksud:

Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, (82) Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan. (83) Allah berfirman: Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan hanya perkara yang benar Aku firmankan (84) Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya. (85)”

Oleh kerana janji inilah, kita perlu sangat berhati-hati di dalam setiap tindakan kita. Kerana Iblis dan pengikutnya (dari golongan jin dan manusia) akan setiap mencari ruang dan peluang untuk menjauhkan kita dari jalan Allah yang lurus.

tawassul tawassul

Di dalam artikel saya yang lepas bertajuk Tawasul Yang Tidak Menyebabkan Syirik, saya sudah pun menjelaskan bagaimanakah cara bertawasul yang benar. Maksud benar di sini ialah berlandaskan petunjuk dari Nabi s.a.w dan juga para sahabat Baginda.

Jadi, dalam artikel kali ini pula, kita akan sambung pula tentang bagaimana cara-cara bertawasul yang tidak dibenarkan oleh Islam. Kerana ianya mengandungi perbuatan-perbuatan yang membawa kepada perlakuan syirik.

Tawasul yang dilarang ini ada banyak. Contohnya seperti meminta kepada berhala, binatang, memuja makhluk, berlebih-lebihan dalam meminta kepada makhluk sehingga melupakan Allah s.w.t, meminta kepada makhluk dan disertai dengan keyakinan bahawa makhluk itu mampu untuk mengabulkan permintaannya.

tawasul tawasul

Betulkah bertawassul itu boleh menyebabkan seseorang terjatuh dalam kesyirikan? Ya betul, jika tidak difahami betul-betul apakah itu tawassul dan bagaimana cara melakukannya berdasarkan petunjuk Nabi SAW. Ini kerana tawassul terbahagi kepada dua, iaitu tawasul yang masyru’ (syar’i) dan juga yang mamnu’ (dilarang).

Jadi dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda apakah tawasul? Dan dalam keadaan bagaimana ianya boleh menjadi tawasul yang mengikut syarak, dan dalam keadaan bagaimana ianya dilarang.

gangguan jin gangguan jin

Amalan yang dapat mengundang berlakunya gangguan jin, yang mungkin masyarakat kita tak sedar ialah amalan-amalan kebatinan di dalam ilmu persilatan.

Saya tidak menafikan di sini bahawa ilmu persilatan adalah salah satu warisan bangsa Melayu yang sangat berharga di dalam bidang seni pertahanan diri.

Saya juga tidak menafikan, dari silatlah telah lahirnya pahlawan-pahlawan Melayu yang gagah berani ketika mempertahankan Tanah Melayu dari ancaman penjajah suatu ketika dulu.

Dan dengan seni silatlah juga berjaya melahirkan individu-individu yang sihat dan kuat dari segi fizikal dan mentalnya. Dan bukankah Islam sangat menyukai umatnya kuat?