Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Akidah

4 Perkara Membezakan Antara Mukjizat, Karamah & Sihir

Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian,

Apa khabar? Terima kasih kerana anda masih setia untuk terus membaca artikel-artikel yang saya kongsikan di blog ini.

Sepanjang saya merawat pesakit-pesakit gangguan jin dengan menggunakan al-Quran, saya sering diajukan persoalan seperti di bawah:

“Ustaz, betulke ada orang boleh tahu siapa yang hantar sihir kat kita?”

“Ustaz, saya berubat kat satu tempat ni, keluar paku, kaca dan macam-macam benda dari badan saya. Betulke rawatan macam tu ustaz?”

Itu dua contoh soalan yang saya selalu kena jawab. Tetapi saya taknak jawab secara terus soalan di atas. Saya taknak kata rawatan tu tak betul. Terserah pada kita samada nak percaya apakah rawatan sebegitu benar-benar bertepatan dengan syarak atau tidak.

Tapi, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan empat perkara paling asas, bagaimana nak membezakan dintara mukjizat, karamah dan juga sihir.

Continue reading “4 Perkara Membezakan Antara Mukjizat, Karamah & Sihir”

Apakah Susuk & Bagaimana Mengeluarkannya?

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Apa khabar? Saya doakan anda semua sihat bersama keluarga. Saya alhamdulillah sihat-sihat je. Takde ke mana-mana ke dengan keluarga?

Di Ipoh, khususnya Manjoi ni, jerebu agak kuat. Jadi saya dan keluarga tidaklah ke mana-mana. Takut pulak nanti menjejaskan kesihatan diri dan anak-anak terutamanya. Jadi saya ambil kesempatan siapkan artikel.

Lagipun agak lama dah saya tak update blog ni dengan artikel baru. Mungkin ada pembaca yang tertunggu-tunggu perkongsian terbaru dari saya.

Beberapa hari yang lepas, ada pesakit yang datang berjumpa saya dan bertanyakan tentang susuk. Jadi, dalam artikel kali ni saya nak kongsikan dengan anda tentang susuk. Tapi artikel yang saya nak kongsikan tentang susuk ni bukan berkaitan dengan jamu susuk dara tu ye 🙂

Continue reading “Apakah Susuk & Bagaimana Mengeluarkannya?”

Bagaimana Untuk Elak Disihir Melalui Makanan?

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Apa khabar? Saya doakan anda sihat semuanya. Sedar tak sedar, masa berlalu dengan sangat cepat. Dah beberapa hari kita selesai menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kalau anda terlibat sebagai penyumbang binatang-binatang korban tahun ini, saya doakan semoga Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengan amalk kebajikan yang anda lakukan.

IBLIS MEMUSUHI MANUSIA

Di dalam al-Quran Allah s.w.t telah banyak kali memperingatkan kita tentang permusuhan Iblis dan kuncu-kuncunya ke atas Nabi Adam a.s dan keturunannya. Antara ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang permusuhan Iblis ini ialah:

Continue reading “Bagaimana Untuk Elak Disihir Melalui Makanan?”

Bolehkah Ayat Al-Quran Dijadikan Tangkal Pendinding?

Tangkal atau azimat merupakan suatu benda yang dipercayai dapat memberikan tuah atau perlindungan kepada pemakainya.

Tangkal yang dipakai boleh didapati dalam pelbagai bentuk, contohnya seperti permata, patung, syiling, cincin, tumbuhan, haiwan dan sebagainya.

Sebagai agama yang sempurna dan mahu membersihkan penganutnya daripada kepercayaan karut dan khurafat, Islam melarang sama sekali kita memakai tangkal.

Tetapi, bagaimana pula pandangan Islam tentang tangkal yang dibuat daripada Al-Quran? Adakah ianya dibolehkan?

Kerana ada yang mengatakan bahawa ada seorang sahabat yang memakaikan tangkal kepada anak-anak mereka dan apabila ianya ditanyakan kepada Rasulullah, baginda tidak melarang.

Apa yang perlu difahami, di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal sebagai pendinding merupakan suatu amalan umum yang telah sebati dalam masyarakat ketika itu.

Baca Selanjutnya

Sihir Akhir Zaman Lebih Hina Dari Sihir Zaman Dahulu?

Kesibukan dunia, menjadikan sebahagian besar manusia tidak peduli lagi dengan urusan agamanya. Banyak perintah Allah tidak dilaksanakan dan macam-macam perbuatan kemaksiatan dilakukan. Perbuatan kemaksiatan dengan segala macam bentuknya menjadi hal yang biasa dan lumrah untuk dilakukan. Termasuk juga perbuatan maksiat yang paling bahaya, dosa besar yang paling besar, dan kezaliman yang paling zalim, iaitu perbuatan syirik.

Sudah menjadi sunnatullah, bahawa kesyirikan akan terus ada pada setiap zaman. Termasuk di zaman kita hidup sekarang ini, berbagai bentuk ritual kesyirikan terjadi dimana-mana. Bahkan kesyirikan hasil tipu daya iblis yang terjadi di masa kini lebih parah daripada kesyirikan yang terjadi di masa jahiliyah saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup. Kenapa berlakunya demikian ?

Continue reading “Sihir Akhir Zaman Lebih Hina Dari Sihir Zaman Dahulu?”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!