Alam Jin

jin islam jin islam

Saya pernah ditanya soalan tentang keharusan seseorang itu menggunakan bantuan jin untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh jin juga (sihir, saka, gangguan jin asyiq, dll), apakah benar ianya dibolehkan di dalam Islam?

Dan mungkin anda juga pernah berjumpa dengan perawat, tambahan lagi perawat yang mengaku ustaz, atau imam-imam masjid, yang mengatakan mereka memang menggunakan bantuan jin, tetapi dari kalangan jin Islam.

Keadaan ini lebih menambahkan lagi kekeliruan yang dah sedia ada dalam pemikiran. Jadi, yang sebenarnya bagaimana? Adakah menggunakan bantuan jin tidak dibolehkan secara mutlak? Atau menggunakan bantuan jin Islam dibolehkan?

Artikel kali ini akan membahaskan persoalan-persoalan di atas, dan inshaaAllah akan disertakan dalil. Mudah-mudahan artikel ini memberikan manfaat.

syaitan syaitan

Di dalam Al-Quran, selain menyebutkan tentang manusia, Allah juga ada menyatakan tentang makhluk lain selain kita iaitu, jin, syaitan dan iblis.

Ramai yang terkeliru dengan ketiga-tiga istilah ini kerana menyangka ianya sama. Tetapi hakikatnya berbeza.

Ada yang menyangka bahawa jin, syaitan dan iblis adalah 3 jenis makhluk yang berlainan. Jadi dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan cuba membahaskan tentang ketiga-tiga istilah ini menurut pandangan Islam.

Bila menyebutkan dari sudut pandangan Islam, maka tidak lain tidak bukan, rujukannya mestilah dari Al-Quran dan juga Hadis.

Kerana, tidak ada yang lebih mengetahui tentang persoalan yang melibatkan makhluk ghaib ini melainkan Allah dan Rasul-Nya.

syaitan syaitan

Jin selalu mengintai-ngintai kita untuk mencari jalan dan peluang agar mereka dapat masuk ke dalam tubuh badan kita.

Jangan salah faham. Tidak semestinya apabila jin masuk ke dalam tubuh badan, seseorang itu akan menjadi kerasukan (histeria).

Apa yang lebih bahaya ialah, apabila jin-jin ini masuk ke dalam badan kita, ia akan mempengaruhi kita dan menjauhkan kita dari jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya ada 17 pintu di mana jika tanpa sedar kita membukanya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita.

Apakah matlamatnya?

tanda gangguan jin tanda gangguan jin

Rumah adalah tempat untuk kita beristirehat setelah disiang harinya kita melakukan segala tugasan harian. Oleh kerana itu, tidak ada apa yang akan dicari di dalam rumah melainkan ketenangan dan kebahagiaan.

Tidak ada guna banglo mewah bertingkat-tingkat, tetapi apabila duduk di dalamnya, langsung tidak dapat ketenangan.

Tetapi, biarlah rumah yang kita diami itu, walaupun sederhana tetapi apabila berada di dalam rumah tersebut, hati menjadi tenang.

Diantara salah satu faktor yang menyebabkan ketenangan di dalam rumah hilang ialah apabila rumah tersebut diganggu oleh jin dan syaitan.

Bagaimana nak tenang, sekiranya kita yang tinggal di dalam rumah itu kadang-kadang terlihat kelibat atau lembaga yang melintas.

Kadang-kadang di dalam rumah dengan tiba-tiba, tak tahu puncanya dari mana terbau seperti bau kemenyan atau setanggi.

Jadi, apabila berada di dalam rumah yang sebegini, mustahil hati akan tenang. Jadi apa yang boleh anda lakukan?

InshaaAllah di dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda 8 cara yang boleh anda lakukan untuk mengusir jin yang mengganggu rumah anda.

jin islam jin islam

Berkenaan dengan unsur penciptaan jin, Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran tentang perkara tersebut. Antara ayat yang menjelaskan tentang penciptaan jin ialah:

“Dan jin pula Kami jadikan sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma” (Surah al-Hijr, ayat 27)

“Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang” (Surah ar-Rahman ayat 15)

Di dalam dua ayat di atas Allah menjelaskan bahawa Dia telah menciptakan makhluk jin dari unsur api. Tetapi ada persoalan menarik di sini yang boleh dibahaskan iaitu bahagian api yang manakah yang digunakan untuk menciptakan jin?