Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Alam Jin

Bagaimana Jin Qarin Menarik Gangguan Jin Lain?

Saya pasti anda yang membaca artikel ini tentu pernah mengalami gangguan jin. Ataupun jika tidak, mungkin anda mempunyai kenalan yang pernah mengalami gangguan jin.

Tetapi tahukah anda bahawa gangguan jin terbahagi kepada 2, iaitu:

  1. Gangguan jin luaran
  2. Gangguan jin dalaman

Gangguan jin luaran adalah gangguan yang pada asalnya tidak ada pada diri seseorang, tetapi ianya berlaku kemudian disebabkan beberapa faktor.

Baca Selanjutnya

Gangguan Jin Asyiq & Penyebabnya

Pernahkah anda mendengar adanya golongan jin yang mencintai seorang manusia? Golongan jin ini dipanggil jin asyiq. Gangguan jin asyiq ini boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya disebabkan kelalaian manusia itu sendiri.

Gangguan jin asyiq ada bermacam-macam jenis. Ada jin yang jatuh cinta dengan seseorang manusia itu dalam tempoh masa yang sekejap sahaja. Tetapi ada juga yang jatuh cinta dengan seseorang sejak dari manusia itu kecil lagi. Gangguan jin asyiq yang berlaku sejak dari kecil lagi adalah gangguan yang sangat sukar untuk dirawat.

Ini kerana perasaan cinta jin itu kepada manusia sudah terlalu mendalam dan sukar untuk dipisahkan. Keadaan ini berlaku disebabkan jin telah selalu melihat manusia yang dicintainya itu. Melihat kebaikannya, apatahlagi jika jin selalu melihat manusia itu selalu berbogel dalam keadaan tidak membaca sebarang doa perlindungan.

Sebab itulah Islam mengajar kita supaya dalam keadaan apa sekalipun perlulah kita melazimi diri dengan memulakan membaca doa.

Continue reading “Gangguan Jin Asyiq & Penyebabnya”

Apakah Perbezaan Diantara Saka & Qarin?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan dan petunjuk kepada manusia supaya mereka akan selamat samada di dunia, lebih-lebih lagi diakhirat.

Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang berbentuk peringatan, kisah-kisah umat terdahulu, hukum-hakam dan sebagainya. Dan, diantara perkara yang disentuh di dalam Al-Quran itu adalah berkenaan dengan kewujudan makhluk halus.

Bahkan di dalam Al-Quran terdapatnya satu surah yang dinamakan Surah Jin, merujuk kepada sejenis makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah.

Maka, oleh kerana itulah, kita sebagai orang-orang yang beriman wajiblah mempercayai akan kewujudan makhluk halus ini kerana kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib itu sendiri termasuk di dalam rukun iman yang enam.

Baca Selanjutnya

Bagaimana Membezakan Diantara Tangisan Manusia & Tangisan Dari Jin?

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Dari pengalaman saya ketika merawat pesakit yang diganggu oleh jin, ada sesetengah keadaan di mana ketika diruqyah, pesakit itu menangis teresak-esak.

Persoalannya di sini ialah bagaimana untuk membezakan diantara tangisan yang memang datang dari diri pesakit, atau tangisan itu sebenarnya tangisan yang datang dari jin yang ada di dalam badan pesakit/.

Ini kerana, ada sesetengah pesakit yang datang mendapatkan rawatan, sebenarnya bukanlah berpunca dari gangguan jin, tetapi sebenarnya berpunca dari masalah lain.

Sebagai contoh, ada pesakit yang kelihatan seperti mengalami gangguan jin jika dilihat dari simtom-simtom yang dialaminya, tetapi hakikatnya bukanlah itu masalahnya. Masalah sebenarnya ialah dia mengalami gangguan emosi seperti stress atau kemurungan.

Oleh kerana itu, ketika dirawat, pesakit yang mengalami masalah stress ini juga berkemungkinan boleh bereaksi menangis. Jadi, sangat penting untuk kita dapat membezakan diantara tangisan yang berpunca dari gangguan jin ataupun bukan, terutamanya kepada mereka yang mungkin baru di dalam bidang perubatan Islam.

Continue reading “Bagaimana Membezakan Diantara Tangisan Manusia & Tangisan Dari Jin?”

3 Sebab Berlakunya Kerasukan Jin

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Kita selalu mendengar, atau pernah melihat sendiri kes-kes mereka yang mengalami kerasukan jin. Persoalannya, apakah punca berlakunya gangguan jin kepada seseorang?

InshaaAllah di dalam artikel ringkas yang saya kongsikan dengan anda kali ini, akan cuba memberikan jawapannya.

Dari pengalaman saya, jin merasuki manusia adalah disebabkan 3 perkara di bawah:

Continue reading “3 Sebab Berlakunya Kerasukan Jin”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!