Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Alam Jin

17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu.

Antara perkara yang paling disukai oleh syaitan ialah apabila ada manusia yang menyeru golongan mereka (jin dan syaitan) untuk dijadikan pendamping. Bukan sekadar itu, golongan jin dan syaitan ini dijadikan tempat oleh sebahagian manusia untuk meminta pertolongan. Ini kerana Iblis laknatullah telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan manusia sepertimana yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran:

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan aku sebagai sesat, pasti aku akan jadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya”. (Surah al-Hijr ayat 39)

Saka adalah satu perbuatan yang banyak diamalkan oleh masyarakat terdahulu, khususnya masyarakat Melayu. Istilah saka adalah merujuk kepada segolongan manusia yang mengadakan perjanjian dengan golongan jin untuk membantu golongan manusia tersebut melaksanakan segala impiannya.

Continue reading “17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu.”

14 Sebab Punca Gangguan Jin

Permusuhan diantara jin dan manusia sangat berbeza keadaannya diantara permusuhan manusia dengan manusia. Ini kerana, apabila terjadinya permusuhan diantara manusia dan manusia, Islam mengajar kita agar bersabar, bahkan dianjurkan supaya berbuat baik kepada mereka yang memusuhi kita.

Apa tujuan Islam mengajar kita cara yang begitu? Ini kerana tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghilangkan permusuhan dan kebencian sesama manusia. Tetapi permusuhan diantara manusia dan syaitan, cara yang dianjurkan di atas tidak akan memberikan kesan. Kesabaran dan kebaikan yang kita tunjukkan tidak akan menghilangkan rasa permusuhan dan kebencian jin terhadap manusia.

Continue reading “14 Sebab Punca Gangguan Jin”

Bagaimana Nak Tahu Kewujudan Saka?

Gangguan ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa sahaja jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan  daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara ke bawah) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dan sebagainya).

Continue reading “Bagaimana Nak Tahu Kewujudan Saka?”

Mengapa Masih Suka Berjumpa Bomoh?

Semalam ketika aktiviti merawat saya bagi sesi malam berjalan, saya didatangi oleh satu keluarga. Masalah pada anak perempuannya. Saya lihat anak perempuannya nampak macam murung, tak banyak bercakap, orang kata nampak ‘blur’ je. Saya bertanyakan pada mak dan ayah kepada perempuan tersebut, apa masalah sebenar anak mereka. Mereka sendiri tak tahu.

Mereka memaklumkan kepada saya yang anak mereka tu baru je keluar dari wad. Kata doktor denggi. Tapi setelah dibuat pemeriksaan terperinci, bukan denggi. Demam pun tak kuat. Ketika nak memulakan sesi rawatan, mata saya terpandang pada tangan kanan perempuan tersebut. Ada dipakaikan seperti tangkal. Sah, mesti pergi jumpa bomoh. Tetapi saya masih membuat sangkaan baik, mungkin anak perempuan mereka ni pakai sekadar fesyen (macam tak masuk akal fesyen).

Continue reading “Mengapa Masih Suka Berjumpa Bomoh?”

Kerasukan Jin: Bagaimana pandangan di dalam Islam?

 

jin
Kredit gambar: http://www.konsultasisyariah.com/

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Manusia apabila dikaitkan dengan fenomena kerasukan jin, akan terbahagi kepada dua golongan.

1) Mereka yang mempercayai dan meyakininya. Ini adalah keyakinan yang umum bagi keseluruhan kaum muslimin seluruhnya.

2) Mereka yang mengingkarinya dan menganggap itu bukannya kerasukan jin. Keyakinan ini menjadi salah satu prinsip aliran liberal. Mereka ini telah terikut-ikut pemahaman golongan yang terdahulu, iaitu muktazilah.

Untuk golongan yang kedua ini, tak perlulah untuk kita hairankan. Ini kerana golongan ini lebih mendahulukan logik akal dari mempercayai al-Quran dan as-Sunnah.

Continue reading “Kerasukan Jin: Bagaimana pandangan di dalam Islam?”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!