Tazkirah

perawat-islam perawat-islam

Jika anda merupakan pelawat kali pertama ke blog ini, saya sangat menggalakkan supaya anda baca tulisan awal artikel ini di sini.

Baiklah, dalam artikel yang lepas, saya sempat kongsikan tiga perkara yang jika ada perawat Islam lakukan perkara tersebut, nasihat saya tinggalkanlah mereka dan jangan sekali-kali gunakan khidmat mereka.

Jadi dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan cuba habiskan apakah sembilan perkara tersebut. Sambung yang keempat.

4) Ilmu perubatan Islam adalah satu cabang ilmu yang perlu dipelajari secara bertalaqqi. Bertalaqqi ini apa dia? Untuk mudah faham, bertalaqqi ini ialah kita mempelajari sesuatu bidang ilmu secara berhadapan dengan guru kita. Kita baca dan dia dengar. Jika ada kesalahan guru akan membetulkan kesalahan tersebut.

gangguan jin gangguan jin

Sepanjang tempoh saya melakukan rawatan untuk pesakit yang mengalami gangguan jin, banyak cerita-cerita yang saya dengar dari para pesakit saya. Mereka ini pernah mendapatkan rawatan dengan perawat lain sebelum datang untuk mendapatkan rawatan dari saya.

Mereka menceritakan ada perawat yang merawat mereka mengatakan mereka ini telah disihir oleh sifulan. Ada perawat lain pula yang mengatakan mereka ini ada saka keturunan, dan macam-macam lagi. Tetapi apa yang agak memelikkan saya ialah semua yang dikatakan oleh perawat-perawat ini berdasarkan rawatan yang dilakukan secara jarak jauh. Contohnya menggunakan gambar, nama dan sebagainya.

Bolehkah? Benarkah? Kaedah ini syar’i ke tak?

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut tentang perkara ini, saya nak kongsikan dengan anda dua perkara yang menjadi asas dalam tulisan saya kali ini.

penyakit hati penyakit hati

Rasa dengki atau dendam bukanlah tabiat semulajadi manusia, melainkan rasa dengki ini datang kerana adanya penyakit hati dalam jiwanya yang bersifat negatif yang dapat menyebabkan kehancuran pada dirinya.

Kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila datangnya penyakit hati ini. Kebiasaannya, ia akan datang ketika hati kita sedang marah ataupun nafsu yang selalu datang dalam jiwa manusia sehingga manusia tidak dapat mengawalnya dengan baik.

Apabila penyakit hati itu datang, akibatnya kita tidak dapat mengeratkan tali silaturrahim dengan teman, saudara, tetangga, sahabat, dan semua orang di dunia kerana kita selalu berfikiran negatif, iri, dan dengki terhadap manusia.

Contoh mudah. Apabila seseorang merasa dengki dan iri hati terhadap saudaranya, ketika itulah syaitan dan nafsu akan menghasut ia untuk melakukan kejahatan, sampai ke tahap melakukan sihir. Bukankah sihir itu perbuatan mensyirikkan Allah. Dan ianya juga akan memutuskan tali silaturrahim.

mohon perlindungan mohon perlindungan

Jin dan syaitan sentiasa  mengganggu dan “menyerang” manusia khususnya orang mukmin dari pelbagai sisi dan dalam pelbagai keadaan. Untuk itu, agar usaha mereka tidak berhasil dan dapat dipatahkan, maka seorang mukmin harus mempunyai “senjata” khusus dalam menghadapi  mereka.

Senjata bagaimana yang diperlukan oleh orang-orang beriman untuk menangkis gangguan dari jin dan syaitan ini?

Tak perlu nak bersusah-payah nak cari sebab Allah dah sediakan senjata tersebut. Mengenai “senjata” ini, Allah telah berfirman dalam surat al-A’raf ayat 199-200:

“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,” (QS. Al-Araf: 199-200).

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda 6 tempat dan waktu di mana anda perlu memohon perlindungan dengan Allah dari gangguan jin dan syaitan. Adapun keadan atau situasi yang memungkinkan adanya gangguan jin adalah sebagai berikut:

syaitan syaitan

Syaitan adalah satu-satunya makhluk yang paling merbahaya bagi manusia. Ia adalah musuh yang paling nyata. Kebenciannya terhadap manusia menjadikan ia rela melakukan pelbagai cara untuk masuk ke dalam diri manusia.

Banyak ayat Al-Quran di mana Allah memperingatkan manusia berkali-kali tentang status syaitan itu sebagai musuh manusia yang terang dan nyata. Permusuhan ini sehinggalah tibanya Hari Kiamat.

Tujuan syatitan Ia melakukan perkara yang sia-sia ini adalah semata-mata untuk memastikan semua manusia berpaling dari Tuhannya. Dengan ini akan menjadikan manusia yang sesat itu menjadi temannya yang banyak di dalam neraka.

Syaitan masuk ke dalam tubuh badan manusia dengan pelbagai cara dan datang dari semua arah. Perkara ini telah dijelaskan sendiri oleh syaitan, iaitu syaitan yang bernama Iblis.