Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Tip & Petua

Teknik Hilangkan Pautan Syaitan Di Hati

Di dalam Islam, peranan hati sangat penting. Betapa pentingnya hati sehingga Nabi s.a.w mengatakan ianya adalah raja kepada seluruh anggota manusia.

Peringatan Nabi itu seperti dalam hadis di bawah:

“Ketahuilah bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang mana bila ianya baik, maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, maka buruklah amalan seseorang itu. Ketahuilah, ianya adalah hati” (Hadis riwayat Muslim no 1599)

Oleh kerana pentingnya hati, maka ianya menjadi tempat perebutan diantara syaitan dan juga malaikat.

Baca Selanjutnya

Bagaimana Mengenal Gangguan Jin Di Dalam Atau Luar Badan?

Jin adalah makhluk yang diciptakan Allah sama seperti manusia. Mereka adalah makhluk yang diberati dengan hukum syarak.

Oleh kerana mereka adalah makhluk yang diberati dengan hukum syarak, ini bermaksud jin adalah sama seperti manusia. Mereka mempunyai akal dan nafsu.

Mereka ada yang Islam dan kafir. Yang Islam pula, ada yang beriman dan bertaqwa, yang fasik dan munafik.

Baca Selanjutnya

Mengenali Gangguan Saka Keturunan Dan Cara Merawatnya

Di dalam budaya masyarakat Melayu, istilah saka adalah merujuk kepada jin yang diambil sebagai pendamping dan diwariskan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya.

Manakala gangguan saka pula merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai tanda gangguan saka dan ianya telah dipastikan setelah dilakukan rawatan dengan kaedah ruqyah ke atas diri orang itu.

Di dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan kongsikan dengan anda perkara-perkara yang berkaitan dengan saka.

Baca Artikel Penuh

Bagaimana Mengesan Jin Dalam Badan & Cara Atasinya?

Mengapakah jin suka mengganggu manusia? Jin mengganggu manusia adalah disebabkan permusuhan yang telah lama berlaku diantara keduanya.

Ya, permusuhan yang berlaku diantara Iblis dan juga Nabi Adam a.s. Bukankah Iblis itu sebenarnya adalah dari golongan jin. Dalil yang membuktikan bahawa Iblis dari golongan jin ialah firman Allah di dalam surah Al-Kahfi ayat 50:

“Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam! Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim”

Baca Selanjutya

Bagaimana Mengenali Jika Suami Anda Terkena Sihir Pemisah?

Saya banyak menerima panggilan telefon dari para isteri. Mereka meluahkan kepada saya masalah suami mereka yang telah terkena sihir pemisah yang kononnya telah dihantar oleh sekian-sekian orang.

Disihir oleh madu lah.

Disihir oleh mak mertua lah.

Disihir oleh rakan sekerja lah.

Bila saya tanya, macam mana tahu?
Jawapnya ada seorang ustaz bagitahu.

Betulkah ada orang boleh tahu siapa yang menyihir anda?

InshaaAllah, saya akan jelaskan lebih lanjut dalam artikel ini.

Walaupun artikel ini menekankan tajuk suami yang terkena sihir, tetapi ia juga boleh dijadikan panduan untuk mengesan samada isteri terkena sihir atau tidak.

Baca Selanjutnya
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!