Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Tip & Petua

Bagaimana Merawat Sihir Pemisah?

Sejak kebelakangan ini saya kerap sangat mendapat pertanyaan tentang masalah rumahtangga yang melibatkan tanda-tanda sihir pemisah.

Antara masalah yang paling kerap berlaku ialah suami atau isteri yang bermasalah itu sudah tidak pulang ke rumah.

Kalau pulang ke rumah pun, sudah lagi tidak bertegur sapa, bergurau senda dan sebagainya. Tinggal sebumbung tetapi bawa haluan masing-masing.

Jadi, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda apakah rawatan yang dapat diusahakan jika anda mengalami masalah begini.

Tetapi perkongsian ini sesuai sekiranya pasangan anda masih tinggal serumah dengan anda. 

Tetapi apabila pasangan anda (suami atau isteri) telahpun keluar dari rumah, rawatan begini tidak sesuai untuk dilakukan.

Continue reading “Bagaimana Merawat Sihir Pemisah?”

Bagaimana Mengenali Tanda-Tanda Sihir Pendarahan?

Sihir menurut bahasa adalah ungkapan tentang perkara yang berlaku disebabkan oleh sesuatu yang samar, tidak jelas, tersembunyi dan lembut.

Manakala menurut istilah pula, sihir bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama, sihir ini adalah buhul-buhul ataupun mentera, atau disebut juga jampi serapah yang digunakan oleh tukang-tukang sihir sebagai satu jalan untuk menyeru jin. Tujuan jin diseru adalah untuk meminta pertolongan kepada jin tersebut bagi menghantar sihir kepada mangsa.

Continue reading “Bagaimana Mengenali Tanda-Tanda Sihir Pendarahan?”

Bolehkah Perawat Mengetahui Di mana Barang Sihir?

Di dalam artikel-artikel saya yang lepas, saya ada menulis satu artikel tentang bagaimana caranya sihir dihantar kepada mangsa.

Salah satu diantaranya ialah dengan cara ditanam barang-barang sihir itu. Bagaimana barang sihir itu berfungsi?

Barang-barang yang digunakan untuk tujuan menyihir itu akan ditanam ditempat-tempat yang dilalui oleh mangsa contohnya seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan dan sebagainya.

Sekarang anda dah tahu bagaimana cara sihir itu dihantar kepada mangsakan. Jadi, saya nak bincangkan satu persoalan di sini iaitu, adakah perawat tahu di mana barang-barang sihir tersebut di tanam?

Baca Selanjutnya

6 Jenis Punca Gangguan Jin

Al-quran adalah sebuah kitab suci yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk menjadi panduan kepada seluruh umat manusia. Sebagai seorang yang beriman, mempercayai dengan seluruh isi kandungan al-Quran adalah termasuk di dalam rukun Iman.

Diantara banyak-banyak ayat al-Quran, Allah ada menceritakan sejenis makhluk ciptaan-Nya yang bernama jin. Antara ayat-ayat yang menyentuh dan membuktikan kewujudan makhluk jin ini ialah:

Di dalam Surah al-Hijr, ayat 25-27, Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah menciptakan Jin sebelum diciptakan manusia dari api yang sangat panas”

Continue reading “6 Jenis Punca Gangguan Jin”

Bagaimana Mendapatkan Doa Yang Makbul?

Bagaimanakah untuk mendapatkan doa yang dimakbulkan oleh Allah? InshaaAllah di dalam artikel ringkas ini saya kongsikan dengan anda 3 faktor yang menyebabkan doa anda dimakbulkan Allah.

Telah berkata Yahya bin Muad’z, iaitu seorang ahli sufi:

“Siapa yang Allah mudahkan baginya untuk menghadirkan hati di dalam doa, maka doanya tidak akan tertolak”

Ibnu Qayyim al-Jauziah mengatakan:

“Sesiapa yang menghadirkan hati di dalam berdoa kepada Allah, dan ia meminta dalam keadaan yang sangat memerlukan, dan kuat pengharapannya agar doanya dimakbulkan Allah, maka hampir-hampir doanya sukar untuk ditolak” (Al-Fawaid, halaman 78)

Continue reading “Bagaimana Mendapatkan Doa Yang Makbul?”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!