Tip & Petua

Post thumbnail

Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.

Apakah itu saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

gangguan jin gangguan jin

Tahukah anda bahawa di bumi ini selain kita manusia, haiwan dan tumbuhan, masih ada lagi makhluk-makhluk yang kita tidak dapat melihat jasadnya. Kita berkongsi tempat tinggal di bumi dengan mereka. Salah satu makhluk yang tinggal bersama kita di bumi yang kita tak dapat melihatnya ialah jin.

Jin dan manusia sepatutnya tidak saling bantu membantu. Ini kerana apabila manusia meminta bantuan kepada golongan jin, perbuatan tersebut akan menjadikan jin bertambah sombong dan jahat. Perkara ini telah dijelaskan awal-awal oleh Allah di dalam al-Quran:

“Dan bahwasannya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada laki-laki di antara golongan jin, sehingga mereka menjadikan jin itu bertambah sombong,” (QS. al-jin: 6).

jinGangguan jin boleh berlaku pada bila-bila masa. Dan ada ketikanya ia berlaku secara senyap, tanpa kita sedari. Dan mungkin apabila kita menyedarinya, ia sudah pun menjadi gangguan yang kronik.

Jika berlakunya gangguan jin pada diri atau keluarga anda, apakah yang patut anda lakukan? Inshaa Allah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda langkah-langkah yang patut anda lakukan jika berlakunya gangguan jin.

Sebaiknya, anda digalakkan agar selalu berulang-ulang kali memperhatikan apakah adanya tanda-tanda gangguan jin pada diri anda. Kemudian berusahalah untuk memperhatikan dengan lebih teliti dan jujur supaya anda akan nampak dengan semakin jelas, apakah tanda-tanda gangguan jin itu benar-benar berlaku pada diri anda atau tidak.

depressionBagaimanakah caranya kita nak membezakan diantara gangguan jin dan juga gangguan kejiwaan?

Ini kerana berdasarkan pengalaman saya, ciri-ciri mereka yang mengalami gangguan jin adalah agak sama dengan mereka yang mengidap gangguan kejiwaan.

Disebabkan kesamaan ini juga kadang-kadang masyarakat selalu tersalah anggap tentangnya. Jadi, di dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda ciri dan bagaimana nak tahu samada seseorang itu mengalami gangguan jin atau gangguan kejiwaan.

ayat-syifa
al-Quran adalah penyembuh kepada segala penyakit manusia.

Bagi orang-orang beriman, al-Quran bukan sahaja menjadi petunjuk dan pemutus hukum dalam kehidupan, tetapi lebih dari itu, al-Quran juga berfungsi sebagai ayat syifa, atau ayat penyembuh dari sebarang penyakit. Samada penyakit jasmani mahupun rohani.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda enam ayat syifa yang boleh anda gunakan untuk merawat sebarang jenis penyakit yang dialami. Tapi sebelum itu, ada perkara paling penting yang perlu anda ingat, faham dan yakin betul-betul.

Perkara yang paling penting itu ialah anda perlu niat dan yakinkan di dalam hati bahawa yang menyembuhkan segala penyakit anda ialah Allah semata-mata, tiada yang lain. Ayat syifa yang anda amalkan hanyalah sebagai ikhtiar semata-mata dan tidak mampu memberikan kesan jika tidak diizinkan Allah.