Gel Mandian Bidara (Hijau)


Adakah anda mengalami ganggun jin seperti sihir, saka, gangguan jin asyiq, dan sebagainya?

Anda mahu melakukan rawatan tetapi kadang-kadang ada faktor-faktor yang menjadikan ikhtiar anda untuk mendapatkan rawatan terbantut.

Contohnya:

  • anda mempunyai masa kerja yang sibuk.
  • kerap kena out station.
  • tiada pusat perubatan Islam yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
  • pernah tertipu buatkan anda serik nak berubat.
  • dan lain-lain.

Jadi bagaimana nak atasi masalah begini?

Antara kaedah yang terbukti berkesan (dengan izin Allah) untuk merawat gangguan jin, selain dari mendapatkan rawatan dengan perawat, adalah dengan mengamalkan pemakaian produk-produk khusus untuk masalah tersebut.

Bagaimana saya tahu kaedah ini berkesan?

Sebab saya perawat. Sebab itu saya tahu kaedah begini juga berkesan. Walaupun mungkin ada beberapa kes gangguan, yang masih belum sembuh selepas menggunakan produk-produk perubatan Islam, tetapi itu tidak bermaksud semua produk tersebut tidak berkesan.

Ini kerana dari pemerhatian saya, masih ada faktor lain yang mempengaruhi proses kesembuhan tersebut. Memanglah sebagai orang-orang beriman, kita meyakini bahawa kesembuhan itu adalah mutlak milik Allah.

Tetapi faktor yang saya nak maksudkan di sini ialah dari segi komitmen (kesungguhan) pesakit mengamalkan pemakaian produk-produk tersebut.

Selain dari faktor komitmen, faktor lain ialah kekuatan semangat pesakit apabila mengamalkan produk-produk perubatan Islam ini.

Sepertimana yang anda semua sedia maklum, perbezaan ketara produk-produk khusus untuk gangguan jin ini dengan produk-produk lain ialah ianya sudah dijampi oleh dengan ayat-ayat ruqyah. Setelah dijampi, aura ayat-ayat suci Al-Quran digabungkan dengan sifat-sifat produk akan menimbulkan tindakbalas.

Walaupun sebenarnya tindakbalas ini bagus, tetapi ada sesetengah pesakit yang tidak tahan dengan tindakbalas tersebut, akhirnya menjadikan mereka ‘fed-up’ atau putus asa untuk meneruskan penggunaannya. Inilah yang berlaku kepada mereka yang menggunakan produk wangian kasturi terapi ruqyah saya.

Daun Bidara & Khasiatnya

Salah satu bahan semulajadi yang cukup popular dalam amalan perubatan Islam, khususnya untuk rawatan gangguan makhluk halus ialah daun bidara.

Saya yakin, tentu anda sudah selalu mendengar tentang daun bidara ini.

Tahukah anda, daun bidara bukan baru digunakan pada zaman sekarang, bahkan melalui dalil-dalil yang sahih, daun bidara telah digunakan sejak zaman Rasulullah lagi untuk pelbagai tujuan.

1) Mengubati Gangguan Sihir

Ibnu Katsir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al Baqarah Ayat 102 berkaitan Syaitan yang memfitnah Nabi Allah Sulaiman bahawa baginda menggunakan Sihir bukan Mukjizat meriwayatkan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu yaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.:

Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi ,Insya Allah akan hilang sihirnya”.

“Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak ,Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.” (Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Singkat Halaman 171 dan juga Tafsirul Quranil Azim Juz: 1 halaman 372)

2) Untuk Memandikan Jenazah

Ummu ‘Athiyyah Rodhiyallohu ‘Anha berkata, “Nabi SAW pernah menemui kami sedangkan kami kala itu tengah memandikan puterinya (Zainab), lalu Baginda bersabda: “Mandikanlah dia tiga, lima, (atau tujuh) kali, atau lebih dari itu. Jika kalian memandang perlu, maka pergunakan air dan daun bidara. (Ummu ‘Athiyyah berkata, ‘Dengan ganjil?’ Baginda bersabda, ‘Ya.’) dan buatlah di akhir mandinya itu tumbuhan kafur atau sedikit darinya.”. (H.R. al Bukhori 3/99-104, Muslim 3/47-48, Abu Dawud 2/60-61, an Nasa-i 1/266-267, at Tirmidzi 2/130-131, Ibnu Majah 1/445, Ibnul Jarud 258-259, Ahmad 5/84-85, 4076-4078, Syaikh al Albani – Hukum dan Tata Cara Mengurus Jenazah hal 130-131).

3) Untuk Wanita Haid

‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita haidh) mengambil air yang dicampur dengan daun bidara lalu dia bersuci dan memperbaiki bersucinya. Kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya seraya menggosoknya dengan gosokan yang kuat sampai air masuk ke akar-akar rambutnya, kemudian dia menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Kemudian dia mengambil secarik kain yang telah dibaluri dengan minyak misk lalu dia berbersih darinya.” ‘Aisyah berkata, “Dia mengoleskannya ke bekas-bekas darah.” (H.R. Muslim no. 332 dari ‘Aisyah)

Banyak lagi sebenarnya manfaat yang dapat diambil dari khasiat daun bidara, khususnya untuk merawat gangguan makhluk halus (jin).

Di Mana Nak Dapatkan?

Mungkin soalan ini yang anda nak tanya, di mana boleh dapatkan daun bidara untuk digunakan untuk tujuan merawat gangguan jin?

Kita beruntung sebab zaman sekarang kita tidak perlu dah nak cari daun bidara, nak tumbuk, dan nak jampi. Nak cari daun bidara itu pun dah agak mengambil masa.

daun bidaraDi sini saya nak memperkenalkan kepada anda Gel Mandian Bidara (hijau) yang telah diformulasikan oleh Ustaz Zulhelmi Mohamad Rohani. Beliau adalah CEO Gel Mandian Bidara Consultancy.

Banyak produk-produk berasaskan daun bidara yang telah beliau keluarkan khusus untuk anda yang mengalami gangguan jin. Antara produk yang telah beliau keluarkan iaitulah Gel Mandian Bidara.

Gel Mandian Bidara beliau telah digunakan dan mendapat feedback sebanyak 2000 pesakit dalam tempoh setahun. Dan dari situ beliau telah memperbaiki mutu produk ini.

Mengapa saya mengesyorkan produk ini?

Antara sebab saya mengesyorkan produk Gel Mandian Bidara ini kerana:

  • Anda tak perlu bersusah payah nak sediakan daun bidara untuk mandi. Gel mandian ini dah siap diproses dan sedia untuk digunakan.
  • Gel mandian ini juga sudah diruqyah dengan ayat-ayat syifa. Dengan izin Allah mampu untuk mengeluarkan jin-jin yang berada di dalam tubuh anda.
  • Ada follow-up dari Ustaz Helmi sendiri. Untuk memudahkan anda, saya akan selalu follow-up perkembangan anda selepas menggunakan gel mandian bidara ini, dan saya akan tanyakan pendapat kepada Ustaz Helmi sendiri.

Mengapa Membeli Dari Lazada?

Saya yakin anda mesti dah tahu dan pernah dengar tentang laman web Lazada. Lazada adalah sebahagian dari Lazada Group.

Ianya adalah laman web jualan dan pembelian secara atas talian yang terbesar di Asia Tenggara di mana menjalankan operasinya di 6 buah negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan juga Vietnam.

Kelebihan apabila anda melakukan pembelian secara atas talian di Lazada ialah:

  1. Harga barangan di Lazada adalah murah berbanding jika anda membeli di luar.
  2. Selain itu, Lazada kerap memberikan voucher atau kupon terutamanya ketika musim perayaan. Dengan kupon tersebut anda dapat membeli barangan-barangan di Lazada dengan harga yang sangat murah.
  3. Lazada memberikan kepada pelanggannya jaminan pemulangan wang 100%. Jadi anda tiada risiko rugi apabila membeli barangan dari Lazada.
  4. Lazada juga menyediakan kaedah pembayaran secara COD (Cash On Delivery), di mana anda hanya membuat pembayaran secara tunai selepas menerima barang.
  5. Kaedah pembayaran yang mudah melalui kad kredit atau kad debit. Jika anda tidak tahu cara membuat pembayaran menggunakan kad, jangan risau kerana sekarang Lazada juga membolehkan anda membuat pembayaran secara tunai di 7-Eleven. Mudahkan. Klik di sini untuk ketahui cara pembayaran melalui 7-Eleven.

Untuk makluman lanjut tentang Gel Mandian Bidara dan tempahan, klik di sini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan bantuan, sila hubungi saya.

Sumber Rujukan: