jin saka jin saka

Ganguan ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa sahaja jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan  daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara ke bawah) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dan sebagainya).

belajar sihir belajar sihir

Keadaan suatu negeri yang berlatar belakang animisme dan dinamisme ternyata sangat berpengaruh bagi masyarakatnya. Sisa-sisa ajaran tersebut nampak berbekas walau pun sudah berlalu sekian lama dari masa. Terlebih lagi di saat ilmu agama yang bertumpu pada tauhid dan menjauhi kesyirikan mulai kurang mendapat perhatian di kalangan masyarakat. Akibatnya, syirik dikira tauhid dan tauhid dikira syirik, sunnah dikira bid’ah, dan bid’ah dikira sunnah, kebenaran dikira kebatilan, dan kebatilan dikira kebenaran.

Di antara warisan animisme dan dinamisme yang masih wujud di tengah-tengah masyarakat adalah ilmu sihir. Bahkan semakin parah di saat kalangan mereka yang bergelar ”Ustaz”  ada yang menekuni dan mengajarkannya dengan dihiasi wirid-wirid tertentu, seraya berkata: “Ini ilmu putih bukan ilmu hitam”. Padahal hakikatnya keduanya sama-sama hitamnya dan sama-sama sihirnya.

ilmu mimpi ilmu mimpi

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Tidak tinggal dari Nubuwwah (kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar (al-Ru’ya al-Sadiqah).”

Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali. Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi para Nabi dan Rasul. Mimpi mereka adalah benar kerana ianya termasuk dalam wahyu, sedangkan mimpi manusia biasa lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.

Ok, mungkin ada dikalangan pembaca yang mengajukan soalan, “Bagaimana kalau kita bermimpi didatangi dengan seorang lelaki yang alim, dan dia menyuruh kita berbuat perkara-perkara yang baik seperti jangan meninggalkan solat, selalu berzikir dan membaca al-Quran, dan sebagainya, adakah kita boleh mengamalkan apa yang disuruh?”. Ada tak soalan begini terlintas di pemikiran anda?

bomoh bomoh

Semalam ketika aktiviti merawat saya bagi sesi malam berjalan, saya didatangi oleh satu keluarga. Masalah pada anak perempuannya. Saya lihat anak perempuannya nampak macam murung, tak banyak bercakap, orang kata nampak ‘blur’ je. Saya bertanyakan pada mak dan ayah kepada perempuan tersebut, apa masalah sebenar anak mereka. Mereka sendiri tak tahu.

Mereka memaklumkan kepada saya yang anak mereka tu baru je keluar dari wad. Kata doktor denggi. Tapi setelah dibuat pemeriksaan terperinci, bukan denggi. Demam pun tak kuat. Ketika nak memulakan sesi rawatan, mata saya terpandang pada tangan kanan perempuan tersebut. Ada dipakaikan seperti tangkal. Sah, mesti pergi jumpa bomoh. Tetapi saya masih membuat sangkaan baik, mungkin anak perempuan mereka ni pakai sekadar fesyen (macam tak masuk akal fesyen).

 

jin
Kredit gambar: http://www.konsultasisyariah.com/

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Manusia apabila dikaitkan dengan fenomena kerasukan jin, akan terbahagi kepada dua golongan.

1) Mereka yang mempercayai dan meyakininya. Ini adalah keyakinan yang umum bagi keseluruhan kaum muslimin seluruhnya.

2) Mereka yang mengingkarinya dan menganggap itu bukannya kerasukan jin. Keyakinan ini menjadi salah satu prinsip aliran liberal. Mereka ini telah terikut-ikut pemahaman golongan yang terdahulu, iaitu muktazilah.

Untuk golongan yang kedua ini, tak perlulah untuk kita hairankan. Ini kerana golongan ini lebih mendahulukan logik akal dari mempercayai al-Quran dan as-Sunnah.