Post thumbnail

Satu yang saya rasa agak tidak betul dalam kefahaman masyarakat kita, mungkin kerana mereka tidak tahu, ialah mereka sering menyangka golongan pengamal perubatan Islam boleh mengetahui tentang alam jin. Atau lebih khusus lagi ialah mereka menyangka golongan seperti kami boleh melihat makhluk jin.

Saya tidak menyalahkan masyarakat sepenuhnya. Mereka beranggapan begitu mungkin kerana pernah berjumpa dengan bomoh, atau bomoh yang menyamar sebagai perawat Islam, dan kemudian mereka ini mengaku boleh nampak makhluk jin. Tetapi hakikatnya sebenarnya adalah tidak.

gangguan jinSaya yakin, boleh dikatakan semua dari kita yakin dan percaya tentang kewujudan jin. Selama empat tahun saya mendalami bidang rawatan Islam, pengalaman saya membuktikannya.

Bahkan ada yang berlebih-lebihan dalam mempercayai kewujudan jin dan kejahatan yang dilakukannya. Contohnya, ada dikalangan pesakit yang pernah mendapatkan khidmat saya percaya yang suaminya berjudi disebabkan oleh perbuatan jin.

Apa yang saya nak tegaskan di sini ialah tentang kepercayaan wujudnya jin. Walaupun tidak dinafikan, memang ada segelintir kecil yang tidak mempercayai kewujudan jin atas alasan yang tidak masuk akal.

Post thumbnail

Dalam artikel yang lalu, saya telah pun kongsikan dengan anda secara ringkas apakah kaedah rawatan Ruqyah Syariah. Dan saya harap perkongsian tersebut membantu anda.

Baiklah, dalam artikel kali ini, saya akan menulis pula tentang dari manakah sumber rujukan yang digunakan untuk kaedah rawatan pengubatan Islam, ataupun ruqyah syariah ini. Apabila kita tahu dari mana sumbernya, kita akan dapat menggunakan kaedah rawatan ini dengan yakin dan tanpa ragu-ragu.

ruqyah syar'iyyah ruqyah syar'iyyah

Sebelum saya menulis lebih jauh tentang kaedah dalam rawatan Islam ini, saya rasa lebih baik jika kita mengenali terlebih dahulu dengan lebih lanjut tentang kaedah rawatan Ruqyah Syariah ini.

Apakah peranannya? Dari mana sumber ambilan kaedah rawatan ini? Dan paling penting bagaimanakah tahap keberkesanan kaedah rawatan ini, terutamanya dalam membantu merawat penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti sihir, saka, pukau dan sebagainya.

Ruqyah Syariah terdiri dari dua perkataan, iaitu Ruqyah dan juga Syariah. Ruqyah bermaksud jampi, dan syariah pula bermaksud hukum-hakam dan perundangan dalam tatacara hidup berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.