syaitan syaitan

Di dalam Al-Quran, selain menyebutkan tentang manusia, Allah juga ada menyatakan tentang makhluk lain selain kita iaitu, jin, syaitan dan iblis.

Ramai yang terkeliru dengan ketiga-tiga istilah ini kerana menyangka ianya sama. Tetapi hakikatnya berbeza.

Ada yang menyangka bahawa jin, syaitan dan iblis adalah 3 jenis makhluk yang berlainan. Jadi dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan cuba membahaskan tentang ketiga-tiga istilah ini menurut pandangan Islam.

Bila menyebutkan dari sudut pandangan Islam, maka tidak lain tidak bukan, rujukannya mestilah dari Al-Quran dan juga Hadis.

Kerana, tidak ada yang lebih mengetahui tentang persoalan yang melibatkan makhluk ghaib ini melainkan Allah dan Rasul-Nya.

ruqyah ruqyah

Adakah anda sudah beberapa kali mendapatkan rawatan Ruqyah Syariyyah? Tetapi masih juga belum mendapatkan kesembuhan dari rawatan yang anda terima.

Ataupun masalah sihir anda masih juga berulang kembali walaupun sudah diruqyah.

Sehingga anda tertanya-tanya, mengapa dah guna kaedah perubatan yang mengikut syarak pun, masalah gangguan jin yang anda hadapi masih tidak sembuh sepenuhnya.

Dalam keadaan begini, anda pun sudah mulai ragu-ragu dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi:

“Allah tidak akan menurunkan penyakit, melainkan menurunkan ubatnya juga”. (Sahih Bukhari 5246)

Juga hadis dari Jabir dari Rasulullah SAW, Baginda telah bersabda:

“Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubatnya tepat, maka sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah”. (Sahih Muslim 4084)

InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 7 faktor yang menyebabkan rawatan ruqyah yang anda lakukan tidak berhasil.

syaitan syaitan

Jin selalu mengintai-ngintai kita untuk mencari jalan dan peluang agar mereka dapat masuk ke dalam tubuh badan kita.

Jangan salah faham. Tidak semestinya apabila jin masuk ke dalam tubuh badan, seseorang itu akan menjadi kerasukan (histeria).

Apa yang lebih bahaya ialah, apabila jin-jin ini masuk ke dalam badan kita, ia akan mempengaruhi kita dan menjauhkan kita dari jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya ada 17 pintu di mana jika tanpa sedar kita membukanya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita.

Apakah matlamatnya?

sihir sihir

Dalam artikel yang lepas, saya pernah menulis satu artikel tentang bagaimana sihir dihantar kepada mangsa. Dalam artikel tersebut, saya kongsikan 4 cara yang digunakan oleh tukang sihir untuk menghantar sihir kepada mangsa.

Dalam artikel kali ini, saya nak fokuskan pula pada ciri-ciri barang yang akan digunakan oleh tukang sihir.

Sebelum saya membahaskan tentang perkara ini, apa yang perlu kita semua faham ialah sihir adalah satu bentuk kezaliman yang dilakukan ke atas mangsa dengan cara yang tersembunyi.

Ada dua sebab saya katakan ianya tersembunyi.

syaitan syaitan

Sepertimana kita semua sedia maklum bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran menegaskan perkara tersebut.

Iblis, sejak dia telah dilaknat oleh Allah akibat kesombongan dirinya sendiri, maka sejak itu dia terus berfikir dan mengatur strategi bagaimana untuk menyesatkan, memesongkan atau paling kurang, menjauhkan manusia itu dari Tuhannya, yakni Allah SWT.

Diantara strategi syaitan untuk menjayakan agendanya ialah ketika manusia itu sedang tidur. Apabila manusia tidur, syaitan akan datang dan mengikat manusia dengan ikatan. Bukan satu, tetapi tiga ikatan.

Sekiranya tidak dibuka ikatan ini, maka ianya akan memberikan kesan buruk pada jiwa dan semangat anda. Khususnya semangat untuk beribadah.