Pengaruh Sihir: Realiti Atau Ilusi?

Adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan, bahawa sihir memiliki pengaruh, seperti dapat membunuh orang yang terkena sihir, dapat membuatkan seseorang jatuh sakit, sihir dapat memisahkan antara suami dan isteri, juga boleh menimbulkan pergaduhan antara dua orang yang bersahabat dan berkasih-sayang. Semua perkara yang saya sebutkan di atas adalah termasuk salah satu aqidah Ahlu Sunnah wal Jama’ah. Iaitu meyakini bahawa pengaruh sihir benar-benar nyata dan ianya satu realiti yang memang benar berlaku.

Para ulama berbeza pendapat tentang hakikat sihir dan jenis-jenisnya, tetapi majoriti ulama Ahlu Sunnah wal Jama’ah berpendapat, sihir dapat memberikan pengaruh langsung terhadap kematian orang yang disihir, atau membuatnya jatuh sakit, tanpa terlihat tanda-tanda zahiriyah yang menyebabkannya. Sebahagian lainnya pula, iaitu mereka yang terdiri dari kalangan ahli falsafah dan kelompok Mu’tazilah, mereka meyakini bahawa gangguan sihir hanyalah khayalan (ilusi) belaka.

(more…)

Bagaimana Al-Quran Mampu Menyembuhkan Penyakit?

Al-quran yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w, yang menjadi petunjuk dalam setiap lapangan kehidupan kita, bukan sahaja berfungsi sebagai pembeza diantara yang hak dan batil, tetapi ia juga mempunyai kekuatan penyembuhan untuk segala penyakit. Sepertimana firman Allah:

“Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang dzalim selain kerugian.” (Al-Isra’: 82)

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda fakta ilmiah bagaimana Al-Quran mampu menyembuhkan penyakit yang dihadapi manusia, termasuk penyakit yang disebabkan gangguan jin.

(more…)

4 Sebab Lambat Sembuh Dari Gangguan Jin

Ramai pesakit-pesakit saya yang mengalami gangguan jin bertanya kepada saya, mengapa mereka masih tak sembuh walaupun dah buat rawatan. Adakah anda juga mempunyai persoalan yang sama? Di dalam artikel kali ini saya kongsikan 4 sebab mengapa anda lambat sembuh.

1) Pesakit terlalu beriktikad pada perawat bahawa perawat mampu menyembuhkan gangguan jin yang dialami pesakit. Perlu diingat,perawat tiada kuasa langsung dalam menyembuhkan sebarang penyakit,hanya ALLAH SWT yang mempunyai kuasa mutlak dalam penyembuhan.Tugas perawat hanyalah sebagai tukang doa,dan tak lebih dari itu pun. Pesakit perlu betulkan iktikad bahawa hanya Allah SWT mampu memberi kesembuhan dan berjumpa dengan perawat hanyalah sebagai satu usaha dan ikhtiar.

(more…)

Rawatan Menggunakan Jampi Serapah. Apa Hukumnya?

Sejak kebelakangan ini, kaedah rawatan alternatif untuk merawat penyakit-penyakit yang dihadapi, terutamanya yang melibatkan makhluk halus semakin mendapat sambutan masyarakat. Antara kaedah yang tak dapat dipisahkan dalam rawatan alternatif, antaranya menggunakan jampi serapah. Persoalannya, apakah jampi serapah ini dibolehkan agama?

Amalan perubatan dengan menggunakan jampi, khususnya di dalam bahasa Arab dikenali sebagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-­kadang amat digalakkan. Galakan ini merujuk kepada peristiwa di mana ketika Baginda Rasulullah s.a.w sakit, Jibril turun menemui Baginda dan menawarkan kepada Baginda untuk dijampi. Nabi bersetuju dan jampi Jibril itu dikenali sebagai Ruqyah Jibril.

(more…)

9 Tanda Menunjukkan Gangguan Saka Dalam Badan Anda.

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.

Apakah itu saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

(more…)

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: