Berminat Nak Dapatkan Rawatan
Dengan Saya?


Luangkan sedikit masa anda untuk baca semua
informasi yang ada di laman web ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kerana anda berminat untuk mendapatkan rawatan dari saya. InshaaAllah dengan pengalaman saya selama 8 tahun di dalam bidang perubatan Islam, saya dapat membantu anda dengan syarat, anda mahu membantu diri anda sendiri.

Baik, sedikit penerangan tentang kaedah rawatan yang saya gunakan. Kaedah yang saya gunakan ialah kaedah Ruqyah Syariyyah. Di mana dengan kaedah ini, saya hanya menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran sahaja.

Melalui kaedah ini, saya akan melakukan proses berikut ke atas diri anda:

Pertama: Mengesan Gangguan Jin (scanning)

Ini penting kerana, ada sesetengah gejala yang dialami oleh pesakit, sebenarnya bukanlah gejala yang menunjukkan adanya gangguan jin, tetapi sebenarnya berpunca dari masalah lain. Jadi, dari proses scanning ini, saya juga dapat mencadangkan rawatan yang lebih sesuai jika ternyata bahawa apa yang sedang anda alami bukanlah berpunca dari gangguan jin atau sihir.

Kedua: Mengeluarkan Jin

Setelah melalui proses pertama iaitu scanning, saya akan masuk kepada proses kedua iaitu mengeluarkan jin yang ada di dalam badan anda. Di dalam proses ini, anda akan mula menunjukkan tindakbalas di mana ianya bergantung kepada jenis dan tahap gangguan anda.

Proses kedua ini juga boleh mengambil masa yang lama jika gangguan yang anda alami melibatkan gangguan yang kuat dan kronik, contohnya sihir ataupun gangguan saka yang sudah lama.

Ketiga: Scanning Kedua

Maksud scanning kali kedua ini ialah untuk memastikan apakah gangguan yang anda alami masih ada atau tidak. Sekiranya masih ada, apakah ianya masih lagi pada tahap yang sama ataupun sudah berkurangan. 

Sekiranya perlu, saya akan ulang lagi proses yang kedua iaitu mengeluarkan jin. Jika tidak, anda akan melakukan proses yang terakhir iaitu mandi limau selama tujuh hari.

Keempat: Mandi Limau

Proses mandi limau ialah proses untuk mengeluarkan saki baki jin yang masih ada di dalam tubuh badan anda. Untuk mandi limau, anda boleh pilih samada hendak menggunakan limau nipis, ataupun limau purut. Tetapi saya lebih menggalakkan anda untuk menggunakan limau purut kerana baunya yang lebih kuat.

Untuk mandi limau, anda perlulah membawa sendiri limau tersebut yang berjumlah 21 biji. Ianya akan digunakan selama tujuh hari. Bermakna sehari anda akan menggunakan 3 biji limau.