Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Ayat-Ayat Ruqyah Yang Patut Anda Hafal

ayat ruqyah yang patut dihafal sebagai pendinding diri

Dikemaskini pada 09/11/2019 oleh Ustaz Abdullah

Sebelum saya tulis lebih lanjut tentang ayat-ayat ruqyah standard ini, saya ulang kembali apakah yang dimaksudkan dengan ruqyah.

Secara ringkasnya ruqyah bermaksud jampi. Atau lebih terperinci ruqyah bermaksud mentera-mentera atau jampi serapah yang dibaca kebiasaannya untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus.

Manakala ruqyah syar’iyyah pula bermaksud jampi-jampi atau mentera yang dibenarkan syarak yang digunakan untuk merawat penyakit.

Ayat-ayat al-Quran yang digunakan di dalam terapi ruqyah biasanya adalah ayat-ayat yang berkaitan tentang azab Allah, nikmat Allah, tentang sihir, jin dan juga syaitan.

Ayat-ayat ruqyah standard pula adalah ayat-ayat yang dibacakan oleh Rasulullah SAW dalam meruqyah. Dan ayat-ayat ini jugalah yang dibaca oleh peruqyah ketika meruqyah semua jenis penyakit.

Ayat-ayat tersebut berasal dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya (2/1175), dari Abdurrahman bin Abu Laila, ayat-ayat tersebut adalah seperti di bawah:

  • Al-Fatihah
  • Al-Baqarah ayat 1-5
  • Al-Baqarah ayat 163-164
  • Al-Baqarah ayat 255
  • Al-Baqarah ayat 284-286
  • Ali Imran ayat 18
  • Al A’raaf ayat 54-56
  • Al Mukminun ayat 116-118
  • Al Jin ayat 3
  • Ash Shafaat ayat 1-10
  • Al Hasyr ayat 22-24
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Nas

Selepas itu, ayat-ayat Ruqyah di atas telah dilengkapkan lagi oleh para ulama yang berkemahiran dalam bidang ruqyah. Setelah dilengkapkan lagi, ayat-ayatnya seperti di bawah:

  • Surah Al-fatihah
  • Al Baqarah: 1-5
  • Al-Baqarah ayat 102-103
  • Al-Baqarah ayat 163-164, 285-286
  • Al-Imran ayat 18-19
  • Al-A’raaf ayat 54-56
  • Al-A’raf ayat 117-122
  • Yunus ayat 81-82
  • Taha ayat 69,
  • Al-Mukminun ayat 115-118
  • As-Shaffat ayat 1-10
  • Al-Ahqaf ayat 29-32
  • Ar-Rahman ayat 33-36
  • Al-Hasyr ayat 21-24
  • Al-Jin ayat 1-9
  • Al-Ikhlas
  • Al Falaq
  • An-Nas.

Untuk melakukan terapi ruqyah, hal pertama yang harus dilakukan adalah melakukan muqodimah Ruqyah atau persiapan sebelum meruqyah iaitulah berwudhu, solat sunat mutlak 2 atau 4 rakaat , istighfar, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dan mohon kekuatan kepada Allah.

Lalu bacakan ayat ruqyah diatas dengan khusyuk sambil memperhatikan reaksi yang terjadi, jika tidak ada reaksi, ulang lagi sehingga tiga kali. Jika terjadi reaksi berupa getaran, kedutan keras, kedip-kedip, sendawa, batuk-batuk, mengantuk, menguap, menangis dan reaksi halus yang lain maka bacaan haruslah diteruskan dan baca dalam intonasi yang lebih kuat dan keras. Jika pesakit mula bertindak keras atau kasar, contohnya memarahi peruqyah atau seperti hendak memukul, atau melihat dengan mata yang berani maka hal berikutnya adalah mengendalikannya.

Jangan panik, sekeras apapun reaksinya, meskipun pesakit berkeadaan seperti harimau yang mengaum atau ular yang meliuk-liuk. Dekatkan kepada pesakit tersebut dan pegang ubun-ubunya lalu bacakan surah-surah Al Qur’an sebagai peringatan kepada dia misalnya saja dengan berkata;

“Wahai bangsa jin. Dengarkan, takutlah kamu kepada Allah. Kamu diciptakan dari nyalaan api bukan untuk mengganggu manusia, tapi untuk beribadah kepada Allah! Segeralah bertaubat dan keluarlah dari tubuh ini. Ingatlah wahai bangsa jin, kalian tidak berhak tinggal di tubuh manusia ini dan ingatlah setiap detiknya akan dihitung sebagai kezaliman yang besar. Takutlah kepada Allah dan keluarlah…”.

Dan biasanya jin yang berada di dalam badan tidak akan keluar dengan begitu mudah. Jika melihat keadaan ini, lanjutkan bacaan ayat ruqyah standard tadi hingga selesai. Biarkan dia teriak-teriak sekerasnya. Jika dibacakan pada ayat-ayat tertentu dimana teriakan pesakit semakin mengeras. ulangilah bacaan tersebut sehinggalah jin di dalam badan bertaubat dan hendak keluar.

Jika jin bercakap-cakap melalui mulut pesakit, maka ajaklah jin tersebut bercakap yang sepatutnya. Ajak dia untuk bertaubat, jika dia melawan dengan kekerasan seperti melukai pesakit atau melukai kita maka ancam dia dengan ayat ruqyah yang lebih keras lagi seperti Surah Al-Hasyr atau Al-Anfal ayat 17, disertai pukulan di daerah punggung atau dada.

Anda Dapat Belajar Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Ayat-Ayat Ruqyah Yang Patut Anda Hafal
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!