Bagaimana Mengesan Jin Dalam Badan?


Selama hampir lima tahun saya terlibat dalam bidang rawatan Islam, banyak pesakit yang telah saya rawat. Tetapi, dalam kesemua yang datang, bukanlah semuanya memang betul-betul ada gangguan jin. Ada sesetengahnya sebenarnya mengidap penyakit fizikal seperti kencing manis dan darah tinggi.

Dan ada sesetengahnya pula yang mengidap penyakit kejiwaan, contohnya seperti kemurungan. Jika anda mempunyai masalah kemurungan, boleh baca artikel saya tentang bagaimana merawat masalah kemurungan.

Sebenarnya, ada kaedah yang boleh kita lakukan untuk mengesan adakah benar-benar dalam badan kita ada gangguan jin, ataupun sebaliknya.

Jadi, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda kaedahnya. Ada tiga langkah yang anda kena lakukan untuk menjayakan kaedah ini. Selamat mencuba.

Langkah 1: Pasang Bacaan Ruqyah

Di bawah ini saya ada sertakan video bacaan ruqyah yang telah dikongsikan oleh CahayaIslam.net. Apa yang anda kena buat dengan video di bawah?

Mudah je. Anda hanya perlu mainkan bacaan ayat ruqyah di bawah. Kemudian anda dengar sehinggalah habis. Pastikan anda dengar bacaan tersebut dengan menggunakan earphone dan bacaan yang kuat.

Langkah 2: Dengar Dengan Teliti

Pejamkan mata anda dan dengar dengan teliti bacaan tersebut. Tapi pastikan anda jangan ikut bacaan ayat-ayat ruqyah ini baik di mulut ataupun dalam hati.

Langkah 3: Perhatikan Tindakbalas 

Selepas anda selesai mendengar bacaan ruqyah, cuba perhatikan sebarang tindakbalas yang berlaku pada diri anda.

Jika anda mengalami gejala-gejala di bawah, pastikan anda terus berjumpa dengan mana-mana perawat Islam untuk mendapatkan rawatan.

  • batuk
  • berpeluh-peluh
  • terasa nak muntah
  • jantung berdegup dengan laju
  • terasa berdebar-debar
  • terasa benda bergerak di bawah kulit
  • sendawa
  • mengantuk
  • pening kepala
  • menguap

Gejala-gejala yang anda alami di atas menunjukkan yang memang ada makhluk dari kalangan jin yang tinggal di dalam badan anda. Nasihat saya, dapatkan rawatan dengan segera. Jika dibiarkan, ianya akan menjadi lebih sukar untuk dirawat.

Rujukan: Klik di sini

Adakah anda mempunyai masalah untuk hadir ke mana-mana pusat rawatan bagi mendapatkan rawatan gangguan makhluk halus?

Jangan risau kerana di sini, saya boleh membantu anda dengan mengesyorkan satu teknik yang mudah, praktikal dan berkesan untuk merawat masalah gangguan anda dalam tempoh 30 hari! Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

2 Comments on "Bagaimana Mengesan Jin Dalam Badan?"


  1. Salam tuan.di sini saya ingin mengetahui cara untuk rawatan seperti gangguan dan saka…

    Reply

    1. Waalaikumussam Nazri,

      Cara terbaik untuk merawat gangguan sihir dan saka ialah dengan menggunakan kaedah ruqyah syariyyah.

      Reply

Ada pertanyaan?