Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Ketahui Syarat-Syarat Ruqyah Dan Kepentingannya

Dikemaskini pada 17/06/2020 oleh Ustaz Abdullah


Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Saya pernah mendapat persoalan dari pembaca blog saya berkaitan dengan amalan dalam ruqyah. Soalannya seperti di bawah:

Assalamualaikum ustaz,

Bagaimana jika sudah berubat dengan bomoh, selepas itu bomoh meminta menanam sesuatu di kubur dengan bertujuan. Adakah itu khurafat atau syirik?

Saya tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan bomoh di atas ialah memang bomoh betul, ataupun hanya panggilan sipenanya sahaja.

Tetapi pertanyaan yang seterusnya mengesahkan kemungkinan yang dijumpai oleh sipenanya ialah bomoh betul kerana apa yang disuruh oleh bomoh tersebut bertentangan dengan kehendak agama.

Jadi apa yang saya nak kongsikan dalam artikel kali ini, walaupun nampak simple, tetapi hakikatnya ianya sangatlah penting. Kerana inshaaAllah sekiranya anda mengetahui tentang perkara ini dapat mengelakkan anda dari terjebak ke dalam perbuatan syirik.

Apa yang saya nak kongsikan dalam penulisan kali ini ialah tentang syarat-syarat yang perlu anda ketahui dan patuhi dalam amalan ruqyah. InshaaAllah jika anda berpegang dengan syarat-syarat ini, anda akan terselamat dari fitnah syirik.

Syarat-syarat di dalam ruqyah syariyyah ada 4 semuanya, iaitu:

1) Bahawa ayat-ayat yang digunakan ketika meruqyah mestilah ayat-ayat A-Quran, atau dengan nama-namaNya, ataupun dengan menggunakan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w

2) Ayat-ayat ruqyah mestilah dibaca di dalam bahasa arab ataupun dalam bahasa yang boleh difahami. Penting untuk saya jelaskan di sini, jika anda mendapatkan rawatan, untuk memastikan syarat kedua ini dapat dipatuhi, perawat MESTI membaca dengan suara yang dapat anda dengari. Sebab hanya dengan bacaan yang kuat sahajalah, baru dapat dipastikan perawat membaca dalam bahasa arab atau dalam bahasa yang anda fahami. Kesimpulannya, jauhi perawat yang membaca dengan suara yang tidak didengari.

3) Anda sebagai pesakit, perlulah memperbetulkan niat anda iaitu dengan meyakinkan di dalam hati bahawa ayat-ayat ruqyah, walaupun dari Al-Quran, tidak dapat memberikan sebarang kesan (kesembuhan dari penyakit), tetapi segalanya datang hanyalah dari Allah s.w.t semata-mata.

4) Praktik ruqyah yang dilakukan pula mestilah tidak mengandungi sebarang amalan atau perbuatan yang dilarang dalam agama. Contohnya membaca ayat-ayat ruqyah dalam keadaan berhadas besar, ataupun membacanya ketika dikuburan atau di dalam tandas.

Inilah empat syarat yang perlu anda patuhi. Tidak kira anda berada diposisi mana. Samada anda sebagai pesakit mahupun sebagai perawat. Jadi, saya berharap anda dapat memahami dengan betul dan ingatlah syarat-syarat yang saya kongsikan di atas.

Sebagai pesakit, 4 syarat inilah yang akan menjadi panduan anda apabila mahu mendapatkan rawatan dari mana-mana perawat. Sedarlah bahawa di zaman sekarang ini terdapat banyak golongan yang mengaku melakukan perubatan secara Islam, tetapi hakikatnya bertentang dengan kehendak Islam itu sendiri.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga dengan orang yang anda sayangi. Daftar sebagai ahli newsletter untuk tidak terlepas semua artikel terbaru yang diterbitkan di masa akan datang. Klik di sini untuk mendaftar secara percuma.

Anda kecewa disebabkan sihir yang menyerang anda masih belum pulih? Walaupun berubat merata tempat? Klik di sini untuk penyelesaiannya!

Follow saya di sosial media:
Ketahui Syarat-Syarat Ruqyah Dan Kepentingannya
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!