30 Ciri-Ciri Anda Terkena Penyakit Ain


Bagaimanakah cara nak mengenalpasti seseorang yang terkena penyakit ain? Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda ciri-ciri orang yang terkena penyakit ain.

PADA ORANG DEWASA YANG SIHAT JASMANI

  1. Mengantuk dan selalu rasa nak tidur sahaja.
  2. Selalu rasa nak menggeliat, seperti orang yang bangun tidur. Walaupun orang tersebut bukannya baru bangun dari tidur.
  3. Rasa lemah dan berat di seluruh tubuh badan, ataupun disalah satu bahagian dari kedua betis.
  4. Banyak dan kerap berpeluh, terutamanya di bahagian kening dan punggung.
  5. Perut selalu rasa memulas yang berlarutan dan berlakunya cirit-birit tanpa sebab perubatan.
  6. Orang yang dipandang sering merasa mual dan akan muntah tanpa sebab.
  7. Banyak mengeluarkan air liur dan berkumpul di mulut.
  8. Kerap sendawa.
  9. Orang yang dipandang selalu akan berasa nak menangis tanpa sebab.
  10. Rasa dingin di bahagian hujung tubuh, terutamanya di bahagian tangan dan kaki.
  11. Rasa berdenyut-denyut di bahagian hujung tubuh tanpa sebab.
  12. Rasa gatal di seluruh tubuh atau sebahagian sahaja tanpa sebab perubatan.
  13. Denyutan jantung menjadi tidak teratur dan kadang-kadang berdegup dengan sangat kuat.
  14. Rasa panas di badan, seperti demam, dan kadang-kadang rasa panas tersebut hanya berlaku pada bahagian hujung tubuh sahaja.
  15. Mata berkelip dengan laju, sehingga tidak dapat tidur dalam jangka masa yang lama.
  16. Terasa seperti banyak mata yang sedang memerhatikannya, samada di dalam mimpi ataupun dalam keadaan sedar.
  17. Apabila mendengar ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat ruqyah, orang itu akan menguap dengan mengeluarkan air mata.
  18. Rasa sakit di bahagian bawah punggung dan rasa berat dikedua-dua bahu.
  19. Mudah rasa nak marah dan stress tanpa sebab.
  20. Sukar untuk memberikan tumpuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau dalam pembelajaran.
  21. Hilang selera makan.
  22. Selalu rasa sakit kepala.
  23. Insomnia, atau mengalami masalah susah atau tidak dapat tidur malam.
  24. Kerap berpeluh walaupun ketika tidak melakukan sebarang aktiviti.
  25. Tidak dapat mendiamkan diri, dan kadang-kala kaki rasa seperti bergerak sendiri.
  26. Mempunyai perasaan takut yang berlebihan, rasa sempit dan sedih di bahagian dada.

Artikel Berkaitan: Bahaya Ain (Sihir Mata) Dan Cara Mencegahnya

PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

  1. Kerap menangis dan sukar untuk berhenti menangis.Sayyidah Aishah r.aha berkata: “Suatu ketika Nabi masuk rumahnya kemudian mendengar seorang bayi sedang menangis. Baginda berkata: “Mengapa bayi anda menangis?”Mengapa kamu tidak bacakan ayat-ayat ruqyah supaya sembuh dari penyakit ain?” (Sahihul Jami’ 988 no 5662)
  2. Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas.
  3. Tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.
  4. Keadaan tubuh yang kurus kering.

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Jaafar memakai bacaan ruqyah dari sengatan ular. Beliau berkata kepada Asma’ binti Umais, “Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab: “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa penyakit ain.” Kata beliau: “Kalau begitu bacakan ruqyah kepada mereka” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Adakah Anda Terkena Penyakit Ain?

Ketahui RAHSIA bagaimana atasi sihir dengan mudah, berkesan dan praktikal dalam masa 7 hari. Klik di sini untuk ketahui rahsianya.

Kredit: http://www.kabarmakkah.com

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada pandangan? Kongsikannya.