9 Tanda Anda Terkena Sihir Pemisah Rumahtangga

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Sihir pemisah adalah sihir yang dihantar kepada mangsa dengan tujuan untuk memutuskan sesuatu perhubungan. Oleh sebab itu, sihir ini bukan sahaja ditujukan kepada psangan suami isteri sahaja, boleh juga berlaku kepada pasangan yang baru bertunang, hubungan diantara ibu/ayah dengan anaknya, hubungan diantara sahabat, dan lain-lain hubungan.

Ingatlah bahawa sihir tidak hanya berlaku apabila kita ada musuh sahaja. Sihir sebenarnya berlaku adalah disebabkan adanya perasaan dengki, iri hati, dendam dan sebagainya, orang lain kepada kita. Jalan yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah sentiasa amalkan zikir-zikir pendinding dan doa-doa pelindung yang diajarkan oleh Baginda.

Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda 9 tanda yang menunjukkan kemungkinan pasangan suami dan isteri telah terkena sihir pemisah.

Antara tanda-tandanya ialah:

1) Suami atau isteri atau kedua-duanya sudah hilang keinginan untuk melakukan persetubuhan. Jika hubungan tersebut berlaku, kemungkinan mereka tidak akan merasa nikmatnya sama sekali.

2) Suami ataupun isteri akan berasa sangat rimas, tidak tenang, dan panas apabila berada di dalam rumah tetapi apabila berada diluar rumah, perasaan tersebut akan hilang dengan serta-merta.

3) Suami atau isteri akan mula merasa tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

4) Suami atau isteri akan melihat pasangannya dalam rupa bentuk yang hodoh, buruk atau menakutkan.

5) Suami atau isteri akan mudah marah dan melenting sehingga menimbulkan pergaduhan yang kadang-kadang boleh membawa kepada perceraian, walaupun pergaduhan itu hanya berpunca dari perkara yang kecil.

6) Suami sangat ringan mulutnya (mudah hilang sabar) untuk melafazkan cerai, manakala isteri pula sangat ringan mulutnya untuk meminta cerai kepada suami apabila berlakunya pergaduhan yang kecil.

7) Suami ataupun isteri akan sering mengalami mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan.

8) Suami atau isteri akan selalu melihat adanya kelibat yang melintas atau berkeliaran samada di dalam rumah ataupun dikawasan luar rumah.

9) Suami atau isteri akan sering mengalami masalah kesihatan yang tidak diketahui punca-puncanya seperti sakit kepala yang teramat sangat, sakit di perut, tangan kaki ataupun di anggota-anggota yang lain.

Jika anda perasan adanya tanda-tanda di atas berlaku dalam rumahtangga anda, janganlah bertangguh. Lagi lama anda bertangguh, lagi cepat kesan buruknya akan berlaku. Segeralah mendapatkan rawatan dari perawat yang syar’i untuk dipastikan apakah benar anda disihir dan dikeluarkan sihir tersebut.

Semoga Allah menyelamatkan dan melindungi diri kita dan ahli keluarga kita dari kejahatan tukang-tukang sihir.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.