Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Susuk & Bagaimana Mengeluarkannya?

Dikemaskini pada 09/10/2015 oleh Ustaz Abdullah

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Apa khabar? Saya doakan anda semua sihat bersama keluarga. Saya alhamdulillah sihat-sihat je. Takde ke mana-mana ke dengan keluarga?

Di Ipoh, khususnya Manjoi ni, jerebu agak kuat. Jadi saya dan keluarga tidaklah ke mana-mana. Takut pulak nanti menjejaskan kesihatan diri dan anak-anak terutamanya. Jadi saya ambil kesempatan siapkan artikel.

Lagipun agak lama dah saya tak update blog ni dengan artikel baru. Mungkin ada pembaca yang tertunggu-tunggu perkongsian terbaru dari saya.

Beberapa hari yang lepas, ada pesakit yang datang berjumpa saya dan bertanyakan tentang susuk. Jadi, dalam artikel kali ni saya nak kongsikan dengan anda tentang susuk. Tapi artikel yang saya nak kongsikan tentang susuk ni bukan berkaitan dengan jamu susuk dara tu ye 🙂

APAKAH SUSUK?

Susuk ni adalah amalan turun-temurun yang diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya. Di dalam bangsa lain, saya tak pasti apakah ada atau tidak mereka mengamalkan pemakaian susuk.

Susuk ialah suatu amalan di mana pemakainya akan memasukkan bahan asing ke dalam badan, contohnya di muka dengan tujuan untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan tertentu.

Antara bahan-bahan susuk yang digunakan ialah:

  • emas
  • perak
  • intan
  • berlian
  • permata
  • sayap binatang
  • tulang haiwan
  • tulang manusia
  • besi baja dan lain-lain

KEGUNAAN SUSUK

Jika dilihat pada bahan-bahan yang digunakan di atas, kita boleh agak yang susuk ni digunakan atas tujuan-tujuan tertentu. Antaranya ialah:

  • untuk menambahkan kecantikan
  • untuk awet muda
  • untuk kebal
  • dan untuk menjaga rumah dari segala kejahatan

HUKUM SUSUK

Hukum menggunakan susuk adalah haram dan tidak boleh diamalkan oleh orang-orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah. Sebab-sebab diharamkan ialah:

1) Pemakaian susuk ni biasanya dikaitkan dengan sihir. Dan sihir pula biasanya pasti menggunakan jin. Ini disebabkan dengan bantuan dari jinlah (hakikatnya dengan izin Allah), pemakai susuk mampu mencapai apa yang diinginkannya.

Berkenaan dengan sihir, banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan sihir sebenarnya telah kufur dengan Allah. Contohnya dalam ayat di bawah:

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), akan tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang Malaikat di negeri Babil, yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir. Maka, mereka mempelajari dari kedua Malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepada mereka dan tidak memberi manfaat. Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (Kitabullah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan diakhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya sendiri dengan sihir, kalau mereka mengetahui”. (Surah al-Baqarah: ayat 102)

2) Pengamal susuk biasanya memakai susuk adalah atas tujuan tertentu. Contohnya seperti untuk kelihatan cantik dan menarik atau pun untuk menjadi kebal.

3) Biasanya orang yang memakai susuk ini mereka yakin sangat pada susuk. Mereka rasa susuk itu lah yang memberikan sebesar-besar pertolongan hingga tercapai tujuan yang mereka inginkan. Perbuatan begitu dah jadikan pengamal susuk ni termasuk dalam golongan orang-orang yang mensyirikkan Allah.

CARA MENGELUARKAN SUSUK DARI TUBUH

Di sini saya juga ingin kongsikan dengan anda cara mengeluarkan susuk dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran (ruqyah). Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Caranya ialah:

Baca surah di bawah:

  • al-Fatihah
  • surah al-Baqarah, ayat  1-5, 163-164, 255-257, 284-286.

Setelah baca ayat-ayat tu, perhatikan tindakbalas orang yang pakai susuk tu, ada apa-apa yang berlaku atau tidak. Tindakbalas orang yang diruqyah tu ada dua keadaan seperti di bawah:

  1. Tindakbalas kuat (pesakit akan meracau (histeria), tubuh akan bergetar, muntah.)
  2. Tindakbalas biasa (pesakit akan rasa mengantuk, berdebar-debar, tubuh terasa panas dan terasa ada benda bergerak-gerak)

Untuk tindakbalas yang kedua, biasanya hanya pesakit sahaja yang akan tahu benda tu. Sebab itulah, jika anda merawat mereka yang memakai susuk, jika tiada tindakbalas yang pertama, sila tanyakan kepada mereka ada tak alami tindakbalas yang kedua.

Contohnya rasa panas dan lain-lain, dan tanyakan di mana rasa macam tu. Kalau pesakit rasa panas di tempat yang bukan aurat, pegang tempat tersebut, dan kemudian sambung baca ayat-ayat di bawah:

  • Ali Imran 18-19
  • Al A’raf 54-56 & 117-122,
  • Yunus 81-82
  • Al Mu’minun 115-118
  • Thaha 65-70
  • Ash Shaffat 1-10
  • Al Ahqaf 29-32
  • Ar Rahman 33-36
  • Al Hasr 23-24
  • Al jin 1-9,
  • Al Ikhlas
  • Al Falaq,
  • An Naas

Kalau dah dibaca ayat-ayat di atas, tetapi tidak ada sebarang tindakbalas, inshaa Allah itu tandanya susuk di dalam badan sudah tidak ada.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

Follow saya di sosial media:
Apakah Susuk & Bagaimana Mengeluarkannya?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!