Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Buhul?

Dikemaskini pada 23/10/2019 oleh Ustaz Abdullah

Di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Falaq ayat keempat, Allah memerintahkan kepada kita supaya memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan ahli sihir wanita yang meniup pada buhul-buhul. Ataupun disebut juga dengan simpulan-simpulan.

Maksud ayatnya seperti di bawah:

“Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)”

Apabila saya kongsikan tentang buhul ini di facebook saya, saya mendapat soalan tentang apakah yang dimaksudkan dengan buhul (simpulan-simpulan) itu?

Dan bagaimana ianya digunakan oleh ahli sihir yang menghantar sihir kepada mangsanya?

InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang buhul ini.

Apakah Buhul?

Di dalam Al-Quran Allah menggunakan perkataan Al-U’qad (ٱلۡعُقَدِ) yang bermaksud ikatan. Jadi buhul ini bolehlah diibaratkan seperti tali ghaib ataupun seperti antena yang menjadi penghubung diantara barang-barang sihir (boneka, patung, gambar, dan lain-lain) dengan mangsa sihir di mana kedua-duanya saling diikat diantara satu sama lain.

Bagaimana Buhul Sihir Berfungsi?

Apabila tukang sihir telah mendapatkan barang-barang yang digunakan untuk tujuan sihir (biasanya kepunyaan mangsa), barang tersebut akan disimpulkan dengan ikatan tali. Kemudian, tukang sihir akan membaca mentera-mentera sihir dengan tujuan untuk memanggil jin sihir yang menjadi pembantunya.

Kemudian jin itu akan pergi kepada mangsa, masuk ke dalam tubuh badan mangsa dan menanamkan tali ghaib tadi untuk menghubungkan barang sihir kepunyaan mangsa, dan juga mangsa. Jin akan menanamkan tali ghaib tadi mengikut perintah tukang sihir.

Jika tukang sihir hendak menyakitkan perut mangsa, maka jin akan menanam dibahagian perut. Jika tukang sihir hendak mengawal seluruh tubuh badan mangsa, maka jin akan menanam dibahagian otak mangsa. Ini kerana otak adalah pusat yang mengawal seluruh tubuh badan kita.

Maka apabila telah sempurna ikatan tersebut, tukang sihir boleh melakukan apa sahaja yang diingininya ke atas tubuh badan mangsa.

Cuba kita lihat kembali kepada peristiwa Rasulullah SAW yang telah disihir. Selepas diruqyah oleh dua Malaikat yang datang dalam mimpi Baginda, telah diutuskan sahabat Baginda iaitu Saidina Ali, Zubair dan juga Ammar ibnu Yassir pergi ke sebuah perigi yang bernama Zarwan.

Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai, kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan. Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui ‘bungkusan berikat’ tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum. Kemudian Rasulullah membaca ‘Surah Muawwizatain’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi semalam. Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas), terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya.

Maka dengan takdir-Nya, Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan. Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Baginda yang kemudiannya beransur hilang.

Dalam peristiwa ini, saya berpandangan bahawa Yahudi yang menyihir Baginda ini telah menggunakan kaedah buhul. Kerana itu Allah swt telah menyebut dalam ayat keempat Surah Al-Falaq yang bermaksud:

Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)”

Bagaimana Cara Merawat Sihir

Kaedah yang mengikut syarak, yang boleh digunakan untuk merawat masalah sihir adalah seperti yang telah diterangkan oleh Ibnul Qayyim. Beliau telah menjelaskan bahawa cara merawat masalah sihir yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW terdapat dua cara.

Pertama: Cara yang pertama dan paling berkesan inshaaAllah ialah dengan mencari, mengeluarkan dan menghancurkan buhul-buhul sihir. Ini kerana, sebagaimana yang telah sahih dari Nabi SAW, apabila Baginda mengetahui telah disihir, Baginda telah berdoa kepada Allah agar ditunjukkan tempat letaknya buhul-buhul sihir tersebut.

Dan akhirnya Allah SWT yang Maha Mengetahui telah mengabulkan doa Baginda dan menunjukkan kepada Baginda tempat tersebut. Dan tidak sekadar mengetahui, selepas itu Baginda telah mengeluarkan buhul tersebut dan memusnahkannya.

Maka selepas itulah dengan izin Allah, telah hilangkah pengaruh sihir pada diri Nabi SAW. Seolah-olah Baginda merasakan telah dilepaskan dari tali yang telah disimpulkan ikatannya.

Kedua: Menurut Ibnu Qayyim lagi, cara kedua untuk merawat sihir ialah dengan cara menggunakan pengubatan ilahiyah iaitu dengan cara mengamalkan membaca zikir-zikir, membaca ayat-ayat al-Quran dan juga doa-doa yang disyariatkan.

Berdasarkan cara yang saya gunakan, ayat-ayat Al-Quran tadi hendaklah dibaca kepada mereka yang terkena sihir dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu berupa picitan dan juga tepukan. Selepas itu, pesakit tadi akan dimandikan dengan air penawar dan juga limau purut ataupun daun bidara yang juga telah dijampi dengan ayat-ayat Al-Quran.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kini anda mampu untuk keluarkan jin-jin sihir yang bersarang dalam badan walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Buhul?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!