Bagaimana Elakkan Dari Pukau?

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Dalam banyak-banyak amalan sihir, ada sejenis sihir yang dikenali oleh masyarakat kita sebagai ilmu pukau. Menurut kamus dewan, ilmu pukau bermaksud jampi serapah yang digunakan oleh seseorang untuk membuatkan orang lain menjadi mabuk atau tidur dengan lelap, tidak dapat berbuat atau berkata apa-apa kerana telah menjadi sasaran jampi.

Apabila perkataan pukau tadi ditambah dengan imbuhan ‘ter’, ia menjadi terpukau dengan maksud terpedaya, terkaku, dan tertidur, disebabkan oleh perbuatan sipemukau.

Dari maksud di atas, kita dapat memahami bahawa pukau ini adalah suatu ilmu atau teknik yang digunakan oleh seseorang untuk menjadikan orang lain (mangsa pukau) tertidur, lidah menjadi kelu untuk berkata-kata, mengantuk secara tiba-tiba, menurut segala kemahuan pemukau dan akhirnya mangsa akan diperdaya.

Saya cenderung untuk mengatakan bahawa ilmu pukau ini adalah sejenis ilmu yang termasuk dalam amalan sihir. Dan apabila dikatakan perbuatan sihir, maka sudah tentulah ianya berlaku dengan adanya bantuan jin.

Anda perlu berhati-hati kerana pukau boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah melalui hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan atau mesej), bersalaman, angin, tepukan dibelakang, serta membuang najis, telur busuk, atau pakaian buruk dihadapan rumah mangsa.

Jadi, anda perlulah berhati-hati sekiranya menemui sesuatu yang pelik dihadapan rumah seperti telur busuk, selipar sebelah, dan najis manusia dihadapan rumah kerana itu mungkin salah satu cara yang digunakan untuk menghantar pukau ke rumah dengan tujuan jenayah, seperti mencuri, menculik dan sebagainya.

Tanda-Tanda Pukau

Diantara tanda-tanda yang menunjukkan KEMUNGKINAN anda telah terkena pukau ialah:

1) Nampak sesuatu seperti sebaliknya, contohnya nampak sesuatu yang hodoh itu sebagai cantik.

2) Jantung berdebar-debar.

3) Selalu menerima panggilan tetapi pemanggilnya senyap dan tidak berkata-kata.

4) Sakit dibahagian belakang terutamanya diantara waktu Asar ke Maghrib.

5) Sakit kepala terutamanya diwaktu Asar ke Maghrib.

6) Anda tiba-tiba menjadi tidak sedar apa yang berlaku kecuali selepas ditegur oleh orang disekeliling.

Pernah diceritakan oleh pesakit saya bahawa suatu hari dia pergi ke bank untuk mengeluarkan wang melalui mesin ATM. Kemudian tiba-tiba datang seorang yang tidak dikenalinya, menepuk belakangnya dan selepas itu beliau tidak sedar apa yang berlaku. Beliau terus sahaja pulang ke rumah dalam keadaan terpinga-pinga.

Sehinggalah ditegur oleh isterinya, barulah dia sedar diri dan kemudian menceritakan apa yang berlaku. Bila disemak semula baki akaunnya, ternyata semua duitnya telah tiada. Inilah bahaya pukau. Dan di zaman ekonomi yang sangat menekan ini, mereka yang lemah imannya tidak lagi memperdulikan bagaimana cara untuk mendapatkan wang dengan mudah, maka kaedah pukau adalah cara yang paling mudah.

Cara Melindungi Diri Dari Pukau

Oleh kerana pukau termasuk dalam perbuatan sihir, maka satu-satunya jalan ialah anda perlu sentiasa memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. Untuk itu, amalan-amalan yang boleh anda lakukan secara istiqamah ialah:

1) Berwuduk

Cara yang paling mudah untuk diamalkan ialah pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk. Berwuduk maksudnya anda berada dalam keadaan suci dari hadas kecil. Apabila anda sentiasa berada dalam keadaan suci, inshaaAllah jin tidak dapat menguasai diri anda.

2) Berdoa

Setiap kali anda hendak keluar dari rumah, pastikan anda tidak lupa membaca doa pelindung. Apakah doa yang sebaiknya dibaca. Doa yang ringkas tetapi fadhilatnya besar ialah anda membaca doa di bawah:

Berdasarkan dari hadis Nabi s.a.w, baginda telah bersabda yang bermaksud; “Barangsiapa yang membaca doa di atas diwaktu pagi dan petang sebanyak tiga kali, tidak ada sesuatupun yang dapat memudharatkannya”. (Lihat Sahih Sunan At-Tirmidzi, no 2689)

3) Amalkan membaca ayat 255 dari Surah Al-Baqarah, atau yang selalu kita panggil sebagai ayat kursi.

Selain dari membacanya setiap kali hendak keluar rumah, anda juga boleh istiqamah membacanya dengan suara yang jahar (dapat didengari) setiap hari iaitu sebelum tidur malam dan juga setiap pagi dan niatkan untuk perlindungan diri.

4) Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas (Al-Muawwizatain)

Surah Al-Ikhlas ialah surah tentang penegasan keagungan dan keesaan Allah s.w.t. Manakala surah Al-Falaq dan An-Nas pula disebut sebagai Al-Muawwizatain kerana surah ini dimulai dengan memohon perlindungan kepada Allah. Kelebihan dan fadhilat mengamalkan ketiga-tiga surah ini dapat kita hayati melalui hadis Nabi s.a.w di bawah:

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’iid, telah menceritakan kepada kami Al-Mufadhdhal bin Fadhaalah, dari ‘Uqail, dari Ibnu Syihaab, dari ‘Urwah, dari ‘Aaisyah, bahwa dahulu Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam jika hendak beranjak ke pembaringannya pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya kemudian meniup keduanya dan beliau membaca, “Qul huwallaahu ahad, Qul a’uudzubirabbil falaq dan Qul a’uudzubirabbin naas,” kemudian beliau mengusap dengan kedua telapak tangannya apa yang dapat dijangkau dari anggota tubuh beliau, dimulai dari kepala, wajah dan pada anggota tubuh yang dapat beliau jangkau, beliau melakukannya tiga kali.
[Shahiih Al-Bukhaariy no. 5018; Sunan Abu Daawud no. 5056; Jaami’ At-Tirmidziy no. 3402]

Telah menceritakan kepada kami ‘Abd bin Humaid, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ismaa’iil bin Abu Fudaik, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Dzi’b, dari Abu Sa’iid Al-Barraad, dari Mu’aadz bin ‘Abdullaah bin Khubaib, dari Ayahnya -radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata, kami keluar pada malam hari ketika hujan lebat dan gelap, kami meminta Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam untuk shalat bersama kami, ‘Abdullaah bin Khubaib berkata, maka aku mendapati beliau dan beliau pun bersabda, “Ucapkan!” Namun aku tidak mengucapkan apapun, kemudian beliau bersabda lagi, “Ucapkan!” Namun aku tidak juga mengucapkan apapun, beliau bersabda kembali, “Ucapkan!” Aku berkata, “Apa yang harus kuucapkan (wahai Rasul)?” Beliau bersabda, “Ucapkan, Qul huwallaahu ahad dan Al-Mu’awwidzatain (Al-Falaq dan An-Naas) saat sore dan pagi hari tiga kali, maka mereka akan mencukupimu dari segala sesuatu.”
[Jaami’ At-Tirmidziy no. 3575; Sunan Abu Daawud no. 5082; Sunan An-Nasaa’iy no. 5428; Musnad Ahmad no. 22156] – Hasan. Dihasankan Al-Haafizh Ibnu Hajar dalam Nataa’ijul Ifkaar 2/345 dan Syaikh Al-Albaaniy dalam Takhriij Al-Misykaah no. 2104.

Selamat beramal dengan penuh keikhlasan dan semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan makhluk-Nya samada dari kalangan jin mahupun manusia.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

Ustaz Abdullah Idris

Saya berkemahiran membantu anda yang menghadapi sihir, saka dan gangguan jin yang lain dengan cara melakukan terapi Ruqyah Syariah agar dalam tempoh 7 hari gangguan yang anda hadapi dapat disembuhkan beransur-ansur.

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: