Bagaimana Mengenali Makanan Yang Disihir?

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh tukang sihir untuk menghantar sihir kepada mangsanya. Jika anda pernah membaca artikel saya sebelum ini yang bertajuk 4 Cara Sihir Dihantar Kepada Mangsa, saya ada kongsikan bahawa salah satu caranya sihir dihantar adalah melalui makanan.

Jadi, bagaimana kita nak mengetahui jika makanan atau minuman yang telah dijampikan dengan mentera-mentera sihir? Apakah gejala-gejala yang akan berlaku kepada mangsa yang memakan makanan atau minuman tersebut?

Seperti yang selalu saya jelaskan dalam artikel-artikel saya sebelum ini, apabila seseorang itu telah disihir akan ada pada dirinya gejala-gejala. Dari situlah, kita akan dapat mengenalpasti mereka yang terkena sihir.

Tanda-tanda sihir yang dimasukkan melalui makanan atau minuman ialah…

1) Jika sihir yang dimasukkan melalui makanan atau minuman yang masih baru, maka akan timbul rasa sakit dibahagian perut iaitu rasa bisa disebelah tepi perut. Selain itu mangsa juga akan mengalami muntah yang banyak pada awalnya.

2) Rasa mual dibahagian leher apabila mendengarkan ayat-ayat Al-Quran, terutamanya ayat-ayat ruqyah.

3) Perut terasa banyak angin dan akan menjadikan seseorang itu membuang angin setiap kali selesai berwudhu atau dipertengahan solat.

4) Merasakan adanya pergerakan diperut sewaktu diruqyah atau ketika mendengar bacaan Al-Quran.

5) Merasakan seperti adanya bebola dibahagian kerongkong setiap kali ingin membaca Al-Quran.

6) Merasakan adanya bahang panas dihujung-hujung jari ataupun diseluruh badan terutamanya ketika mendengar bacaan Al-Quran.

7) Munculnya bau busuk dibahagian tepi perut dan akan bertambah bau busuknya ketika diruqyah.

8) Hilang selera makan, dan tidak suka bahkan mungkin akan benci kepada susu dan madu.

9) Suami dan isteri tidak dapat melakukan persetubuhan dalam tempoh yang lama.

10) Sakit yang teramat sangat ketika datangnya haid.

11) Lemah dalam penglihatan.

12) Akan ternampak dihadapan matanya seakan-akan helaian rambut atau seutas tali yang terlilit dan akan kelihatan lebih jelas jika dipejamkan mata.

13) Mangsa akan berasa sakit dibahagian tapak sihir itu berada walaupun hanya disentuh sedikit sahaja.

14) Rasa susah untuk bernafas walaupun tidak mempunyai penyakit asma atau penyakit lainnya.

15) Wajah akan bertukar menjadi kehitaman ketika diruqyah. Apabila diruqyah dan hilang sihir tersebut, maka wajah akan kembali cerah seperti sediakala.

16) Sakit dibahagian bawah punggung, terutamanya dibahagian tulang ekor.

17) Pembengkakan pada tangan dan kaki atau akan munculnya lebam-lebam kebiruan, dan kemungkinan disitulah pusat sihir berada. Boleh diruqyah dan dibekam dikawasan tersebut.

18) Mengeluarkan hingus dan meludah ketika diruqyah.

19) Rasa berat di badan, terutamanya dibahagian tengkuk dan kedua bahu.

Jika anda mengalami 19 gejala-gejala di atas, besar kemungkinan anda telah terminum atau termakan makanan/minuman yang telah dijampi dengan jampi-jampi sihir.

Mungkin anda telah termakannya ketika menghadiri majlis  keramaian atau kenduri-kendara. Jadi untuk mengelakkan termakan makanan atau minuman yang telah disihir, anda boleh lakukan kaedah yang saya kongsikan dalam artikel saya yang bertajuk Cara Elakkan Sihir Melalui Makanan. InshaaAllah ada kebaikannya.

Jika anda telahpun terkena sihir yang dihantar melalui makanan atau minuman, boleh amalkan kaedah di bawah:

1) Menjaga solat berjemaah untuk lelaki. Jika perempuan, pastikan sentiasa solat diawal waktu di rumah (wanita lebih utama solat dirumah berbading di masjid)

2) Membaca atau mendengar bacaan Surah Al-Baqarah dan menghayati maknanya. Lakukan amalan ini setiap hari.

3) Membaca ayat-ayat pendinding/pelindung diri iaitu Al-Muawwizatain setiap hari.

4) Istiqamah mengamalkan zikir, terutamanya zikir pagi dan petang. Amalkan setiap hari.

5) Jauhkan dari mendengar muzik atau menonton filem kerana ia akan melalaikan dari mengingati Allah.

6) Pesakit perlu memahami bahawa ketaatan adalah faktor yang sangat penting yang mana ianya mempengaruhi cepat atau lambatnya kesembuhan kerana kesembuhan itu datang daripada Allah semata-mata.

7) Dan terakhir sekali, perbaiki semula akidah kita dan ikhlaskan segala amalan soleh yang dilakukan. Sentiasalah mengaku dan sedar akan dosa-dosa yang dilakukan dan selalulah memohon ampun kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

Sekiranya anda melakukan kaedah-kaedah di atas dengan iqtiqamah, yakinlah Allah akan memberikan kesembuhan kepada anda.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Ustaz Abdullah Idris

Saya berkemahiran membantu anda yang menghadapi sihir, saka dan gangguan jin yang lain dengan cara melakukan terapi Ruqyah Syariah agar dalam tempoh 7 hari gangguan yang anda hadapi dapat disembuhkan beransur-ansur.

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: