Bagaimana Mengenali Orang Yang Menghantar Sihir?

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Sihir adalah satu amalan kejahatan yang telah wujud sejak dari zaman dahulu lagi. Sehingga di dalam Al-Quran pun ada ayat-ayat yang menyentuh tentang perkara sihir ini.

Dari pengalaman saya sendiri, boleh dikatakan sihir ini dilakukan atas pelbagai tujuan. Ada sihir yang digunakan untuk membalas dendam kerana cinta tidak terbalas. Ada sihir yang digunakan oleh isteri untuk menundukkan suami. Ada sihir yang digunakan untuk melariskan jualan dalam perniagaan.

Pendek kata, amalan sihir dilakukan dengan pelbagai tujuan. Tambahan pula, diakhir zaman ini di mana kemuliaan seseorang itu dinilai dari sudut material, maka dengan sihir, manusia yang lemah imannya akan tertipu dengan janji manis jin dan syaitan yang kononnya mampu menjadikan seseorang itu kaya raya hanya dengan mengamalkan sihir.

Memandangkan saya yang boleh dikatakan telah lama menceburkan diri di dalam bidang perubatan Islam ini, kes-kes yang melibatkan sihir banyak yang datang berjumpa saya.

Diantara persoalan yang paling popular yang diajukan kepada saya oleh ramai pesakit ialah, “Siapakah manusia yang menyihir mereka?

Secara jujurnya saya mengaku bahawa saya tidak tahu siapa yang menghantar sihir. Ini kerana perbuatan sihir adalah perbuatan yang dilakukan secara tersembunyi di mana mereka yang terlibat dengan sihir ini biasanya menggunakan bantuan dari jin untuk menyihir mangsa.

Tetapi, walaupun saya tidak mengetahui siapa yang menghantar sihir kepada anda, apa yang boleh saya kongsikan dengan anda ialah bagaimana untuk mengenali ciri-ciri tukang sihir.

Tahukah anda bahawa ada kes-kes yang saya kendalikan, pesakit sebenarnya bukanlah disihir oleh orang lain yang berniat jahat kepada mereka, tetapi mereka disihir adalah kerana kesilapan mereka sendiri di mana mereka yang datang kepada tukang sihir tersebut.

Oleh kerana itu bagi saya, adalah sangat penting untuk anda mengenali ciri-ciri tukang sihir ini bagi mengelakkan anda dari bertemu dan mendapatkan rawatan dengan mereka.

Antara barang-barang yang digunakan oleh tukang sihir untuk menghantar sihir kepada mangsanya ialah melalui gambar, rambut, kuku, pakaian dalam mangsa dan sebagainya.

Sekarang saya nak kongsikan dengan anda ciri-ciri yang ada pada tukang sihir. Antara ciri-ciri yang patut anda ketahui ialah:

1) Bertanya kepada pesakit namanya dan juga nama ibunya.

2) Meminta kepada pesakit supaya disediakan haiwan untuk tujuan disembelih. Ini agak meragukan kerana di dalam amalan perubatan Islam tidak perlu pun pesakit menyediakan haiwan untuk disembelih. Alasannya ialah untuk tujuan disembelih dan disedekahkan. Tetapi sebenarnya jika hendak digunakan untuk bersedekah tidak semestinya haiwan. Benda lain pun boleh. Jadi nasihat saya jangan berubat dengan perawat yang menggunakan kaedah begini. Dikhuatiri haiwan itu sebenarnya hendak dipersembahkan sebagai korban kepada jin belaan mereka.

3) Membaca jampi serapah, kadang-kadang dalam bahasa yang tidak dapat difahami, dan kadang-kadang bacaan tersebut dibaca dengan perlahan. Tidak ada sebarang suara yang dapat didengari, hanya mulut yang terkumat-kamit. Jika apa yang dibaca itu ialah Al-Quran, bacaannya mestilah dibaca dengan kuat supaya didengari oleh jin yang berada di dalam badan pesakit.

4) Kadang-kadang perawat dapat meneka dengan tepat apa masalah atau penyakit yang dihadapi oleh anda

. Perawat yang begini juga anda perlu berhati-hati kerana kemungkinan dia menggunakan jin untuk membantunya dalam sesi rawatan.

5) Meminta kepada pesakit supaya diberikan sesuatu yang merupakan milik pesakit kononnya untuk tujuan perubatan. Contohnya perawat meminta anda menyediakan baju, atau pakaian dalam, atau sikat, atau kuku dan sebagainya. Pastikan anda tidak mengikuti apa yang disuruh oleh perawat tersebut.

6) Perawat memberikan sesuatu kepada pesakit dan meminta supaya anda menanam barang tersebut dikawasan rumah. Alasannya ialah untuk dijadikan pendinding dari jin. Hakikatnya adalah tidak benar sama-sekali.

7) Memberikan sesuatu yang dibungkus dengan kain kepada anda. Dan perawat meminta anda menyimpan dan membawanya ke mana sahaja. Ada sesetengah perawat juga akan menyuruh supaya anda berikir sambil memegang bungkusan tersebut. Ini juga perlulah anda berhati-hati.

Inilah tujuh ciri-ciri yang biasanya terdapat pada diri seorang tukang sihir dan juga bomoh. Apa yang perlu anda faham di sini ialah kaedah perubatan Islam hanyalah menggunakan bacaan Al-Quran dan juga zikir-zikir yang diajarkan Nabi s.a.w.

Di dalam perubatan Islam juga sepatutnya tidak dilakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan di dalam kaedah rawatannya. Jika ada, nasihat saya tinggalkanlah.

Baiklah, semoga dengan perkongsian artikel ini, dapat membantu dan memberikan manfaat kepada anda keseluruhannya.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Ustaz Abdullah

Saya berkemahiran membantu anda yang menghadapi sihir, saka dan gangguan jin yang lain dengan cara melakukan terapi Ruqyah Syariah agar dalam tempoh 7 hari gangguan yang anda hadapi dapat disembuhkan beransur-ansur.

Ada pandangan tentang artikel di atas? Kongsikan pandangan anda dengan pembaca lain.

error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: