Cara Untuk Memutuskan Buhul Sihir

tanda sihir

Dalam artikel yang lepas, saya telah menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan buhul. Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan pula dengan anda bagaimana caranya untuk memutuskan buhul sihir.

Tetapi, apabila mahu melakukan cara ini mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, tidak ragu-ragu, dan yang penting mestilah dilakukan dalam keadaan hati yang ikhlas kepada Allah.

Ikhlas kepada Allah, ikhlas kepada semua manusia, baik yang menyakiti kita ataupun yang telah kita sakiti mereka samada dalam keadaan sedar atau tidak.

Langkah-langkah untuk memutuskan buhul sihir yang ada di dalam tubuh badan anda ialah:

1) Berwuduk dengan sempurna.

2) Lakukan solat sunat hajat dua rakaat. Ketika di dalam sujud yang terakhir, mohon di dalam hati agar Allah menampakkan buhul sihir tersebut dan mohonlah agar Allah memutuskannya.

3) Duduklah dalam keadaan menghadap kiblat, dan kemudian bacalah Surah Al-Fatihah sebanyak-banyaknya. Ketika sampai pada ayat “Ihdinas Siratal Mustaqim”, tetapkan niat di dalam hati dan fokuskan pada niat tersebut dengan bersungguh-sungguh dan berdoa “Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku di mana letaknya buhul tersebut.

4) Ketika sudah nampak atau dapat merasakan buhul tersebut, maka genggamlah buhul tersebut sambil membaca bismillah dan takbir lalu bacakan “la haula walaquwata illabillah hil’aliyil adzim” lalu tarik hingga putus. Yakinlah dalam hati jika buhul itu benar-benar putus.

5) Tali yang telah putus itu, tetaplah anda genggam di dalam tangan anda. Kemudian anda berdoalah kepada Allah, “Ya Allah Ya Rabb, aku lemparkan buhul ini kepada mereka yang menghantarnya kepadaku, maka Engkau balaslah segala perbuatan jahat mereka ke atas diriku. Kemudian lemparkan buhul tersebut sambil bertakbir.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

4 Comments on "Cara Untuk Memutuskan Buhul Sihir"


  1. Asalamu alaikum saya ada satu soalan, bapa’ mertua saya sering merapu seraya mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu kemudian dihembus. Kadang pula tidak sedarkan diri, kononnya kata orang dia pernah belajar sesuatu dan ada surat amalan sekarang surat amalan itu hilang entah kemana menyababkan dia kadang hilang ingatan serta selalu sakit urat. Untuk pengtahuan tuan umurnya sekarang lebih kurang seratus tahun, Ada kawan dia yg umurnya lebih tua darinya sudah bongkok masih boleh datang berjemaah dimusalla dan masih sehat lagi.
    Minta pandangan Ustaz

    Reply

    1. Waalaikumussalam, pandangan saya ialah cuba cari surat amalan tersebut. Cari juga sekiranya ada tangkal atau azimat yang beliau pakai atau simpan. Ambil dan musnahkan. Kemudian, bawa beliau berjumpa dengan mana-mana perawat untuk diruqyah.

      Reply

Ada pertanyaan?