apa itu ayat ruqyah

penyakit ain dalam islam penyakit ain dalam islam

Kenikmatan adalah satu perkara yang sangat diinginkan oleh setiap orang. Dan setiap kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita juga adalah merupakan satu ujian.

Salah satu dari banyak-banyak nikmat dari Allah kepada pasangan suami isteri adalah dengan kehadiran cahaya mata yang menjadi pelengkap di dalam sebuah rumahtangga.

Apabila telah lahir seorang bayi, kebiasaannya tubuh badan dan wajahnya yang comel sangat menarik perhatian orang untuk memandang, memanjakan, menyentuhnya.

Dan apabila bayi tersebut semakin membesar menjadi kanak-kanak, segala tingkahlakunya pula tetap menjadi dan menarik perhatian orang.

Oleh kerana itulah, kita perlu mengetahui dan sentiasa ingat akan pesan Nabi SAW yang bermaksud, “Setiap yang memiliki kenikmatan, pasti ada yang dengki”. (Sahihul Jami’ 223).

Perlulah menjadi perhatian kepada ibubapa bahawa di dalam syariat Islam telah dijelaskan kepada kita bahawa adanya bahaya ain yang berpunca dari pandangan mata, terutamanya bagi kanak-kanak.

Pandangan mata yang merbahaya ini datangnya dengan sebab kedengkian orang yang memandang atau kerana kekaguman mereka terhadap apa yang dipandang.