as-Sunnah

syirikSyirik adalah perosak iman paling berbahaya. Sebab itulah Allah s.w.t telah meletakkannya sebagai suatu perbuatan kezaliman yang paling besar sekali. Firman Allah:

Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar,” (QS. Lukman [31] : 13)

Nabi s.a.w pula telah bersabda yang bermaksud:

Inginkah aku beritahu tentang dosa besar yang paling besar? Yaitu memperserkutukan Allah,” (HR. Muslim).

Sesungguhnya orang-orang yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka pasti Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun,” (QS. Al-Maidah [5] : 72)

Post thumbnail

Dalam artikel yang lalu, saya telah pun kongsikan dengan anda secara ringkas apakah kaedah rawatan Ruqyah Syariah. Dan saya harap perkongsian tersebut membantu anda.

Baiklah, dalam artikel kali ini, saya akan menulis pula tentang dari manakah sumber rujukan yang digunakan untuk kaedah rawatan pengubatan Islam, ataupun ruqyah syariah ini. Apabila kita tahu dari mana sumbernya, kita akan dapat menggunakan kaedah rawatan ini dengan yakin dan tanpa ragu-ragu.