ayat ar ruqyah

ruqyah ruqyah

Adakah anda sudah beberapa kali mendapatkan rawatan Ruqyah Syariyyah? Tetapi masih juga belum mendapatkan kesembuhan dari rawatan yang anda terima.

Ataupun masalah sihir anda masih juga berulang kembali walaupun sudah diruqyah.

Sehingga anda tertanya-tanya, mengapa dah guna kaedah perubatan yang mengikut syarak pun, masalah gangguan jin yang anda hadapi masih tidak sembuh sepenuhnya.

Dalam keadaan begini, anda pun sudah mulai ragu-ragu dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi:

“Allah tidak akan menurunkan penyakit, melainkan menurunkan ubatnya juga”. (Sahih Bukhari 5246)

Juga hadis dari Jabir dari Rasulullah SAW, Baginda telah bersabda:

“Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubatnya tepat, maka sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah”. (Sahih Muslim 4084)

InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 7 faktor yang menyebabkan rawatan ruqyah yang anda lakukan tidak berhasil.

ruqyah ruqyah

Muqaddimah ruqyah ialah prosuder-prosuder yang perlu dilakukan oleh seseorang perawat atau pun diri kita sendiri (sekiranya melakukan ruqyah mandiri) sebelum memulakan proses meruqyah.

Sebelum memulakan ruqyah, pastikan bahawa pesakit sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk diruqyah. Selain itu, ada juga beberapa perkara lain, selain diri pesakit, yang perlu dilakukan sebelum memulakan terapi ini.

Ingat, jangan abaikan Muqaddimah ruqyah ini kerana ia juga menjadi faktor penyebab kesembuhan diri pesakit.

ayat ruqyah ayat ruqyah

Sebelum saya tulis lebih lanjut tentang ayat-ayat ruqyah standard ini, saya ulang kembali apakah yang dimaksudkan dengan ruqyah.

Secara ringkasnya ruqyah bermaksud jampi. Atau lebih terperinci ruqyah bermaksud mentera-mentera atau jampi serapah yang dibaca kebiasaannya untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus.

Manakala ruqyah syar’iyyah pula bermaksud jampi-jampi atau mentera yang dibenarkan syarak yang digunakan untuk merawat penyakit.

Ayat-ayat al-Quran yang digunakan di dalam terapi ruqyah biasanya adalah ayat-ayat yang berkaitan tentang azab Allah, nikmat Allah, tentang sihir, jin dan juga syaitan.