ayat pendinding sihir

pagar rumah pagar rumah

Sepanjang enam tahun penglibatan saya di dalam bidang perubatan Islam, selain merawat pesakit-pesakit yang diganggu makhluk halus, saya juga kerapkali diminta untuk pagar rumah.

Kebiasaannya, mereka meminta saya untuk pagar rumah disebabkan mereka mengatakan yang rumah mereka mengalami gangguan makhluk halus.

Jadi, di dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang bagaimana caranya untuk memagar rumah. Tetapi, apa yang akan saya kongsikan ini agak berbeza sedikit.

tanda-tanda sihir tanda-tanda sihir

 

Hubungan manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama, ia terbentuk sewaktu awal kejadian manusia diatas muka bumi ini sehinggalah hari ini. Berpunca dari perasaan dengki, cemburu, cinta dan kasih dan sebagainya mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk membicarakan pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu seni untuk dibicarakan.

a) Berkata Ibnu Manzur: “Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal”

b) Ibnu Qayyim: “Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan).”

c) Abu Laits berkata : “Sihir adalah suatu perbuatan yang di lakukan dalam rangka mendekatkan diri pada syaitan dengan bantuan syaitan tersebut.”

pendinding pendinding

Kita semua tahu bahawa pemakaian tangkal sebagai pendinding adalah diharamkan sama sekali di dalam Islam, tetapi bagaimana jika tangkal tersebut merupakan ayat-ayat al-Quran? Apakah ianya dibolehkan? Kerana ada yang mengatakan bahawa ada seorang sahabat yang memakaikan tangkal kepada anak-anak mereka dan apabila ianya ditanyakan kepada Rasulullah, baginda tidak melarang.

Apa yang perlu difahami, di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal sebagai pendinding merupakan suatu amalan umum yang telah sebati dalam masyarakat ketika itu.