ayat pendinding

pagar rumah pagar rumah

Sepanjang enam tahun penglibatan saya di dalam bidang perubatan Islam, selain merawat pesakit-pesakit yang diganggu makhluk halus, saya juga kerapkali diminta untuk pagar rumah.

Kebiasaannya, mereka meminta saya untuk pagar rumah disebabkan mereka mengatakan yang rumah mereka mengalami gangguan makhluk halus.

Jadi, di dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang bagaimana caranya untuk memagar rumah. Tetapi, apa yang akan saya kongsikan ini agak berbeza sedikit.

Post thumbnail

Apabila berbicara tentang sihir, kita semua takut terkena bahayanya. Tak dinafikan, pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam, banyak kes-kes akibat sihir yang saya rawat. Dan macam-macam akibat yang saya tengok.

Ada kes suami isteri bercerai. Ada sihir yang sebabkan kemaluan suami tak berfungsi bila nak bersama dengan isteri. Ada sihir yang mampu menjahanamkan sesuatu perniagaan. Dan macam-macam lagi mudharat yang boleh berlaku diakibatkan oleh sihir.

Disebabkan itulah ramai sangat orang nak tahu bagaimana caranya nak mempertahankan diri dari terkena bahaya sihir. Saya yakin, anda yang sedang membaca artikel ini pun nak tahukan. Jadi, dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda 10 perkara yang boleh anda lakukan dalam usaha untuk elakkan diri dari terkena sihir.

pendinding pendinding

Kita semua tahu bahawa pemakaian tangkal sebagai pendinding adalah diharamkan sama sekali di dalam Islam, tetapi bagaimana jika tangkal tersebut merupakan ayat-ayat al-Quran? Apakah ianya dibolehkan? Kerana ada yang mengatakan bahawa ada seorang sahabat yang memakaikan tangkal kepada anak-anak mereka dan apabila ianya ditanyakan kepada Rasulullah, baginda tidak melarang.

Apa yang perlu difahami, di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal sebagai pendinding merupakan suatu amalan umum yang telah sebati dalam masyarakat ketika itu.