Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

ayat sihir

Bagaimana Mengatasi & Membuang Barang-Barang Sihir?

Pernahkah berlaku di tempat kerja anda ada individu-individu yang tidak dikenali meletakkan barang-barang yang bertujuan untuk menghantar sihir? Contohnya kemenyan, kain pelbagai warna, beras kunyit dan sebagainya. Bila keadaan seperti ini berlaku, sudah tentu akan mengundang ketakutan kepada kita kalau-kalau mungkin ada yang berniat jahat nak menyihir.

Melalui pengalaman rawatan, memang menjadi tabiat masyarakat kita jika ada rakan sekerja yang dinaikkan pangkat atas kecemerlangan prestasinya dalam melakukan tugas, pasti ada yang iri hati. Apabila iri hati, mulalah nak melakukan sesuatu yang dilarang agama, contohnya sihir.

Baca Selanjutnya

Pengaruh Sihir: Realiti Atau Ilusi?

Adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan, bahawa sihir memiliki pengaruh, seperti dapat membunuh orang yang terkena sihir, dapat membuatkan seseorang jatuh sakit, sihir dapat memisahkan antara suami dan isteri, juga boleh menimbulkan pergaduhan antara dua orang yang bersahabat dan berkasih-sayang. Semua perkara yang saya sebutkan di atas adalah termasuk salah satu aqidah Ahlu Sunnah wal Jama’ah. Iaitu meyakini bahawa pengaruh sihir benar-benar nyata dan ianya satu realiti yang memang benar berlaku.

Para ulama berbeza pendapat tentang hakikat sihir dan jenis-jenisnya, tetapi majoriti ulama Ahlu Sunnah wal Jama’ah berpendapat, sihir dapat memberikan pengaruh langsung terhadap kematian orang yang disihir, atau membuatnya jatuh sakit, tanpa terlihat tanda-tanda zahiriyah yang menyebabkannya. Sebahagian lainnya pula, iaitu mereka yang terdiri dari kalangan ahli falsafah dan kelompok Mu’tazilah, mereka meyakini bahawa gangguan sihir hanyalah khayalan (ilusi) belaka.

Continue reading “Pengaruh Sihir: Realiti Atau Ilusi?”
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!