bomoh

Kebanyakan dari kita mengaku kita adalah Muslim. Kita juga selalu menyebut di dalam solat kita, ketika membaca surah al-Fatihah, “Hanya akan Engkau aku sembah, dan hanya Engkau aku memohon pertolongan”. Ini yang kita sebut setiap rakaat di dalam solat kita, lima kali sehari.

Tetapi hakikatnya, apabila kita menghadapi masalah, bukanlah kepada Allah kita meminta pertolongan, kita mengharap kepada makhluk-Nya, bahkan sehingga kita mensyirikkan Allah.

Seringkali kita mencampur adukkan antara yang haq dan yang batil. Kita menganggap bahawa apa yang kita lakukan itu adalah benar dan tak salah di dalam agama. Tetapi kita tak sedar bahawa perbuatan kita itu bukannya menyelesaikan masalah, bahkan menambah lebih banyak masalah selain masalah sedia ada tidak dapat diselesaikan. Inilah tandanya yang anda semakin menjauh dari pertolongan Allah.

Post thumbnail

Dalam artikel saya yang lalu, saya dah pun kongsikan mengapa masih ramai orang suka berjumpa dengan bomoh. Percaya dengan bomoh. Jika anda baru menjumpai blog ini, boleh baca artikel tersebut di sini. Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pula bagaimana kita nak kenal bomoh. Pentingkah nak kenal bomoh ni? Jawapannya ya, sangat penting supaya kita tak terjebak dengan tipu daya bomoh. Ingat, bila kita dah mula berubat dengan bomoh, susah kita nak lepaskan diri.

Satu perkara yang tidak ada beza diantara bomoh sekarang dan bomoh di zaman Nabi dulu ialah, mereka ini mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang. Bagaimana mereka berani untuk mendakwa yang sedemikian? Ini kerana kebiasaannya bomoh ini akan mengadakan hubungan dengan jin. Maksudnya jin itulah yang menceritakan kepada bomoh apa-apa yang ditanyakan oleh masyarakat kepada sibomoh tadi.

bomoh bomoh

Semalam ketika aktiviti merawat saya bagi sesi malam berjalan, saya didatangi oleh satu keluarga. Masalah pada anak perempuannya. Saya lihat anak perempuannya nampak macam murung, tak banyak bercakap, orang kata nampak ‘blur’ je. Saya bertanyakan pada mak dan ayah kepada perempuan tersebut, apa masalah sebenar anak mereka. Mereka sendiri tak tahu.

Mereka memaklumkan kepada saya yang anak mereka tu baru je keluar dari wad. Kata doktor denggi. Tapi setelah dibuat pemeriksaan terperinci, bukan denggi. Demam pun tak kuat. Ketika nak memulakan sesi rawatan, mata saya terpandang pada tangan kanan perempuan tersebut. Ada dipakaikan seperti tangkal. Sah, mesti pergi jumpa bomoh. Tetapi saya masih membuat sangkaan baik, mungkin anak perempuan mereka ni pakai sekadar fesyen (macam tak masuk akal fesyen).

perbuatan sihir menjatuhkan kita ke lembah kesyirikan
perbuatan sihir menjatuhkan kita ke lembah kesyirikan

Sihir merupakan sejenis penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus (jin) yang biasanya dihantar oleh bomoh. Bomoh ini pula telah diupah oleh manusia lain untuk menyihir manusia yang lain disebabkan oleh dendam, iri hati dan sebagainya.

Sihir telah pun wujud sejak zaman dahulu lagi, hinggalah sampai kepada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana perbuatan sihir ini telah sabit dengan nas dari al-Quran dan As-Sunnah, wajiblah kita sebagai orang beriman mempercayai kewujudannya.

benanghitamAntara amalan yang telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam kita, ialah suka melilit benang, atau tangkal, biasanya berwarna hitam pada tangan anak-anak. Amalan ini biasanya diberikan oleh bomoh dan dilakukan jika anak tersebut menangis tak henti-henti. Kononnya nak bagi berhenti menangis. Ini biasa sangat saya lihat di pusat rawatan.

Bila ditanya kenapa pakaikan benang itu, kata mereka saja-saja pakaikan. Dari segi akal pun tak boleh terima alasan yang diberikan. Biasanya, sebelum saya mulakan rawatan, saya akan minta ibubapa supaya buka benang tersebut.

Persoalannya, adakah amalan seperti ini diharuskan atau dibolehkan oleh syarak?

Sebenarnya amalan yang saya sebutkan di atas sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang melarang perbuatan memakai benang atau tangkal ini. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada ‘Uqbah ibn ‘Amir al-Juhani: