cara menghindari perbuatan syirik

syirik syirik

Sekiranya kita mengimbas kembali sejarah dakwah Nabi SAW ketika di Mekah dan Madinah, kita akan dapat melihat perbezaan antara keduanya.

Ini kerana, ketika Baginda berdakwah di Mekah yang berlangsung selama lebih kurang 13 tahun, isi dakwah Nabi ketika itu ialah menentang penyembahan berhala dan mengajak kepada menyembah hanya Allah yang Esa dan tidak mensyirikan-Nya dengan sesuatu.

Mengapa mereka diajak supaya tidak mensyirikkan Allah?

Ini kerana, masyarakat Arab Mekah ketika itu bukanlah tidak mengenal Allah sebagai Tuhan yang berkuasa, yang menciptakan, mereka tahu semua itu. Tetapi mereka menyamakan Allah dengan berhala-berhala mereka di dalam ibadah.

maksud syirik maksud syirik

Rasulullah SAW telah dibangkitkan dikalangan kaumnya yang merupakan golongan Arab musyrikin mekah. Mereka digelar dengan musyrikin kerana mereka adalah orang-orang yang menyembah berhala.

Jangan pula kita menyangka bahawa bangsa Arab ketika itu adalah bangsa yang tidak mengenal Allah. Pemahaman begitu adalah tidak benar sama sekali.

Bahkan mereka sangat mengenal Allah. Apakah dalilnya? Begitu banyak dalil di dalam Al-Quran, antaranya:

Dalil pertama, Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Yunus ayat 31 yang bermaksud:

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?” (Surah Yunus ayat 31)