Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

cara meruqyah

Rawatan Menggunakan Jampi Serapah. Apa Hukumnya?

Sejak kebelakangan ini, kaedah rawatan alternatif untuk merawat penyakit-penyakit yang dihadapi, terutamanya yang melibatkan makhluk halus semakin mendapat sambutan masyarakat. Antara kaedah yang tak dapat dipisahkan dalam rawatan alternatif, antaranya menggunakan jampi serapah. Persoalannya, apakah jampi serapah ini dibolehkan agama?

Amalan perubatan dengan menggunakan jampi, khususnya di dalam bahasa Arab dikenali sebagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-­kadang amat digalakkan. Galakan ini merujuk kepada peristiwa di mana ketika Baginda Rasulullah s.a.w sakit, Jibril turun menemui Baginda dan menawarkan kepada Baginda untuk dijampi. Nabi bersetuju dan jampi Jibril itu dikenali sebagai Ruqyah Jibril.

Continue reading “Rawatan Menggunakan Jampi Serapah. Apa Hukumnya?”

5 Bentuk Kemusyrikin Yang Mungkin Anda Lakukan

syirikSyirik adalah perosak iman paling berbahaya. Sebab itulah Allah s.w.t telah meletakkannya sebagai suatu perbuatan kezaliman yang paling besar sekali. Firman Allah:

Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar,” (QS. Lukman [31] : 13)

Nabi s.a.w pula telah bersabda yang bermaksud:

Inginkah aku beritahu tentang dosa besar yang paling besar? Yaitu memperserkutukan Allah,” (HR. Muslim).

Sesungguhnya orang-orang yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka pasti Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun,” (QS. Al-Maidah [5] : 72)

Continue reading “5 Bentuk Kemusyrikin Yang Mungkin Anda Lakukan”

Bagaimana Jin Merasuk Tubuh Manusia?

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang menggunakan khidmat jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.

Sebagaimana sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Saiyidah Syafiyyah binti Huyay, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan (jin) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya”.

Dari hadis di atas jelaslah bahawa jin dapat masuk ke dalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh badan manusia seperti arus elektrik mengalir dalam kabel penyalurnya.

Continue reading “Bagaimana Jin Merasuk Tubuh Manusia?”
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!