doa pendinding

pagar rumah pagar rumah

Sepanjang enam tahun penglibatan saya di dalam bidang perubatan Islam, selain merawat pesakit-pesakit yang diganggu makhluk halus, saya juga kerapkali diminta untuk pagar rumah.

Kebiasaannya, mereka meminta saya untuk pagar rumah disebabkan mereka mengatakan yang rumah mereka mengalami gangguan makhluk halus.

Jadi, di dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang bagaimana caranya untuk memagar rumah. Tetapi, apa yang akan saya kongsikan ini agak berbeza sedikit.

pendinding pendinding

Kita semua tahu bahawa pemakaian tangkal sebagai pendinding adalah diharamkan sama sekali di dalam Islam, tetapi bagaimana jika tangkal tersebut merupakan ayat-ayat al-Quran? Apakah ianya dibolehkan? Kerana ada yang mengatakan bahawa ada seorang sahabat yang memakaikan tangkal kepada anak-anak mereka dan apabila ianya ditanyakan kepada Rasulullah, baginda tidak melarang.

Apa yang perlu difahami, di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal sebagai pendinding merupakan suatu amalan umum yang telah sebati dalam masyarakat ketika itu.