Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

gangguan makhluk halus

Bagaimana Mengenali Diantara Gangguan Jin & Kejiwaan

depressionBagaimanakah caranya kita nak membezakan diantara gangguan jin dan juga gangguan kejiwaan?

Ini kerana berdasarkan pengalaman saya, ciri-ciri mereka yang mengalami gangguan jin adalah agak sama dengan mereka yang mengidap gangguan kejiwaan.

Disebabkan kesamaan ini juga kadang-kadang masyarakat selalu tersalah anggap tentangnya. Jadi, di dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda ciri dan bagaimana nak tahu samada seseorang itu mengalami gangguan jin atau gangguan kejiwaan.

Continue reading “Bagaimana Mengenali Diantara Gangguan Jin & Kejiwaan”

Adakah Gangguan Jin Dalam Bulan Ramadhan?

gangguan jin

Bila tibanya bulan Ramadhan, antara persoalan paling banyak ditanya oleh pesakit-pesakit saya ialah betulkah masih ada gangguan jin dalam bulan Ramadhan?

Persoalan mereka berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datangnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”

Adakah anda juga mempunyai persoalan di atas? Inshaa Allah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda jawapan berkaitan dengan persoalan tersebut.

Continue reading “Adakah Gangguan Jin Dalam Bulan Ramadhan?”

14 Sebab Punca Gangguan Jin

Permusuhan diantara jin dan manusia sangat berbeza keadaannya diantara permusuhan manusia dengan manusia. Ini kerana, apabila terjadinya permusuhan diantara manusia dan manusia, Islam mengajar kita agar bersabar, bahkan dianjurkan supaya berbuat baik kepada mereka yang memusuhi kita.

Apa tujuan Islam mengajar kita cara yang begitu? Ini kerana tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghilangkan permusuhan dan kebencian sesama manusia. Tetapi permusuhan diantara manusia dan syaitan, cara yang dianjurkan di atas tidak akan memberikan kesan. Kesabaran dan kebaikan yang kita tunjukkan tidak akan menghilangkan rasa permusuhan dan kebencian jin terhadap manusia.

Continue reading “14 Sebab Punca Gangguan Jin”

Perkhidmatan Pagar Rumah

Assalamualaikum,

Untuk makluman, jika anda berhajat untuk melakukan pendinding pada rumah kediaman anda, samada rumah baru atau rumah yang telah sedia didiami, inshaa Allah saya menyediakan perkhidmatan tersebut.

Sebelum itu saya nak kongsikan antara tanda-tanda rumah yang ada gangguan makhluk halus. Antaranya ialah:

  • makanan di dalam rumah cepat basi.
  • dengan semacam bunyi guli atau benda berat jatuh di atas bumbung. Kalau rumah anda dua tingkat, bunyi tersebut datangnya dari tingkat atas.
  • dengar seperti perabot di dalam rumah anda diubah.
  • anda perasan seperti kelibat melintas dan rasa seperti diperhatikan.
  • anda sering merasa seram sejuk atau bulu roma meremang apabila berada di dalam rumah.

Perhatian: Jika anda tinggal dengan keluarga, biasanya tanda-tanda yang saya sebutkan di atas akan dapat dikesan oleh semua atau beberapa orang ahli rumah.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat temujanji, atau untuk senarai upah yang saya kenakan, sila hubungi saya.

 

Bagaimana Mengenali Rumah/Premis Perniagaan Yang Mengalami Gangguan?

Gangguan jin bukan sahaja berlaku kepada seseorang, tapi juga boleh berlaku kepada kediaman ataupun premis pernigaan anda.

Sebab itulah Nabi s.a.w telah memberitahu kepada kita melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah” (Hadis riwayat Muslim: 780)

Di dalam hadis di atas, ada perkara yang Nabi nak bagitahu kepada kita iaitu:

  1. Jangan biar rumah sunyi tanpa diisi dengan amal ibadah.
  2. Amalkan membaca Surah Al-Baqarah kerana syaitan akan lari dari rumah tersebut.

Berdasarkan kepada hadis di atas, maka memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa jin boleh menggangu rumah ataupun premis perniagaan anda.

Jadi, di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana caranya untuk mengenali rumah ataupun premis perniagaan yang mengalami gangguan jin ataupun sihir.

Continue reading “Bagaimana Mengenali Rumah/Premis Perniagaan Yang Mengalami Gangguan?”
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!