jenis jin

syaitan syaitan

Di dalam Al-Quran, selain menyebutkan tentang manusia, Allah juga ada menyatakan tentang makhluk lain selain kita iaitu, jin, syaitan dan iblis.

Ramai yang terkeliru dengan ketiga-tiga istilah ini kerana menyangka ianya sama. Tetapi hakikatnya berbeza.

Ada yang menyangka bahawa jin, syaitan dan iblis adalah 3 jenis makhluk yang berlainan. Jadi dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan cuba membahaskan tentang ketiga-tiga istilah ini menurut pandangan Islam.

Bila menyebutkan dari sudut pandangan Islam, maka tidak lain tidak bukan, rujukannya mestilah dari Al-Quran dan juga Hadis.

Kerana, tidak ada yang lebih mengetahui tentang persoalan yang melibatkan makhluk ghaib ini melainkan Allah dan Rasul-Nya.

syaitan syaitan

Sepertimana kita semua sedia maklum bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran menegaskan perkara tersebut.

Iblis, sejak dia telah dilaknat oleh Allah akibat kesombongan dirinya sendiri, maka sejak itu dia terus berfikir dan mengatur strategi bagaimana untuk menyesatkan, memesongkan atau paling kurang, menjauhkan manusia itu dari Tuhannya, yakni Allah SWT.

Diantara strategi syaitan untuk menjayakan agendanya ialah ketika manusia itu sedang tidur. Apabila manusia tidur, syaitan akan datang dan mengikat manusia dengan ikatan. Bukan satu, tetapi tiga ikatan.

Sekiranya tidak dibuka ikatan ini, maka ianya akan memberikan kesan buruk pada jiwa dan semangat anda. Khususnya semangat untuk beribadah.