Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

makhluk halus

Tip Mencari Barang Sihir

sihir
perbuatan sihir menjatuhkan kita ke lembah kesyirikan

Dalam artikel saya yang lepas bertajuk “4 Cara Bagaimana Sihir Dihantar”, saya ada kongsikan bahawa salah satu caranya ialah barang sihir itu ditanam selepas ianya dipuja oleh bomoh-bomoh. Jika anda belum membaca artikel tu, saya sarankan untuk anda baca dulu artikel tersebut.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pula tip bagaimana nak kesan barang yang ditanam tersebut dan apa yang perlu dilakukan jika barang yang ditanam itu berjaya dijumpai.

Continue reading “Tip Mencari Barang Sihir”

Apakah Penyakit Gila Disebabkan Oleh Makhluk Halus?

Apakah makhluk halus boleh menyebabkan penyakit kepada kita? Pernahkah soalan ini bermain di fikiran anda?

Inshaa Allah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikannya dengan anda. Jawapannya memanglah makhluk halus boleh mengakibatkan penyakit kepada kita. Tapi pada pandangan saya, penyakit-penyakit itu bukanlah seperti penyakit moden zaman sekarang.

Untuk mengupas masalah ini, kita perlulah kembali kepada petunjuka al-Quran dan as-Sunnah. Ini kerana , makhluk halus termasuk di dalam perkara-perkara ghaib. Dan yang benar-benar mengetahui tentang hal-hal ghaib ini ialah al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Ok, teruskan bacaan anda.

Berdasarkan kepada nas-nas al-Quran dan Sunnah, Allah telah menjelaskan bahawa makhluk halus seperti jin, syaitan, ifrit dan sebagainya boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kepada manusia pada masa dan waktu tertentu.

Continue reading “Apakah Penyakit Gila Disebabkan Oleh Makhluk Halus?”

Mengapa Kita Tidak Boleh Melihat Makhluk Halus?

Antara pertanyaan yang kerap kali diajukan kepada saya ialah: “Ustaz nampak apa-apa tak kat saya?”. Sebenarnya tiada seorang pun manusia normal yang boleh nampak atau melihat makhluk halus. Persoalannya di sini ialah apakah hikmah Allah menciptakan makhluk halus yang boleh melihat kita sedangkan kita tak boleh melihat mereka?

Secara logiknya bukankah lebih baik kalau Allah jadikan kita dapat melihat makhluk halus supaya dapat mengelakkan mereka dari menyakiti kita. Sebenarnya bukan semua makhluk halus sentiasa menyakit manusia. Ini kerana, makhluk halus juga seperti kita di mana mereka adalah makhluk yang dibebankan dengan tanggungjawab, sama seperti kita.

Dikalangan mereka ada juga yang beriman dan kafir, yang bertaqwa dan fasik, yang beramal soleh dan melakukan maksiat. Golongan yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh dikalangan mereka tidak akan mengganggu dan menyakiti kita.

Continue reading “Mengapa Kita Tidak Boleh Melihat Makhluk Halus?”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!