Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

rawatan islam

Hukum Perubatan Islam Jarak Jauh

Ada yang bertanyakan pendapat saya tentang kaedah perubatan Islam jarak jauh. Adakah ianya dibolehkan? Adakah kaedah ini haram secara mutlak atau ada perbahasannya? InshaaAllah dalam artikel ini saya akan huraikan terlebih dahulu secara umum tentang isu-isu ini bersama dengan dalil yang berkaitan dengannya ataupun yang berkaitan dengan cara pelaksanaannya.

Dan diakhir tulisan ini nanti baru saya akan memberikan pandangan saya secara khusus. Dan selepas itu, terpulanglah pula kepada diri anda sendiri samada untuk bersetuju atau tidak berkaitan dengan kaedah rawatan secara jarak jauh ini.

Continue reading “Hukum Perubatan Islam Jarak Jauh”

Jangan Berubat Jika Perawat Lakukan 9 Perkara Ini (Bahagian 2)

Jika anda merupakan pelawat kali pertama ke blog ini, saya sangat menggalakkan supaya anda baca tulisan awal artikel ini di sini.

Baiklah, dalam artikel yang lepas, saya sempat kongsikan tiga perkara yang jika ada perawat Islam lakukan perkara tersebut, nasihat saya tinggalkanlah mereka dan jangan sekali-kali gunakan khidmat mereka.

Jadi dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan cuba habiskan apakah sembilan perkara tersebut. Sambung yang keempat.

4) Ilmu perubatan Islam adalah satu cabang ilmu yang perlu dipelajari secara bertalaqqi. Bertalaqqi ini apa dia? Untuk mudah faham, bertalaqqi ini ialah kita mempelajari sesuatu bidang ilmu secara berhadapan dengan guru kita. Kita baca dan dia dengar. Jika ada kesalahan guru akan membetulkan kesalahan tersebut.

Continue reading “Jangan Berubat Jika Perawat Lakukan 9 Perkara Ini (Bahagian 2)”

4 Sebab Lambat Sembuh Dari Gangguan Jin

Ramai pesakit-pesakit saya yang mengalami gangguan jin bertanya kepada saya, mengapa mereka masih tak sembuh walaupun dah buat rawatan. Adakah anda juga mempunyai persoalan yang sama? Di dalam artikel kali ini saya kongsikan 4 sebab mengapa anda lambat sembuh.

1) Pesakit terlalu beriktikad pada perawat bahawa perawat mampu menyembuhkan gangguan jin yang dialami pesakit. Perlu diingat,perawat tiada kuasa langsung dalam menyembuhkan sebarang penyakit,hanya ALLAH SWT yang mempunyai kuasa mutlak dalam penyembuhan.Tugas perawat hanyalah sebagai tukang doa,dan tak lebih dari itu pun. Pesakit perlu betulkan iktikad bahawa hanya Allah SWT mampu memberi kesembuhan dan berjumpa dengan perawat hanyalah sebagai satu usaha dan ikhtiar.

Continue reading “4 Sebab Lambat Sembuh Dari Gangguan Jin”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!